Monday, November 1, 2010

~Permata Hati yg Hilang~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Beberapa hari ini aku tak punya idea nak menulis..
Memang mood tak ada..
Pensel dengan kertas yang dah berhari-hari atas meja tulis pun tak bersentuh..
Aku ni agak tradisional sikit..
Lebih suka tulis atas kertas..
Entah la.. Satu kepuasan rasanya..
Hari ni mood tu datang balik..
Dari pagi tadi lagi aku nak menulis..
Tapi kerja yang menghalang..
Aku nak bercerita satu kisah...

Banyak keluh kesah yang aku dengar atau baca dari ibu-ibu atau bakal ibu-ibu tentang kandungan mereka..
Ya, sedih bila kandungan yang kita harapkan akan lahir..
Tapi tiba-tiba hilang dalam sekelip mata..
Allah lebih menyayangi mereka..
Aku juga pernah berkeadaan begitu..
Sebelum kehadiran Muhammad Imad Addin dalam hidup aku..
Aku juga pernah berkeadaan seperti kalian..
Sedih sangat tak boleh nak aku kisahkan disini..
Pertama kali aku rasakan kebahagiaan untuk bergelar ibu..
Tiga bulan aku bersama anak itu..
Tapi ikatan antara kami tak berpanjangan..
Beberapa hari sebelum kami "terpisah"..
Aku bermimpi..
Satu nama yang tak akan aku lupakan..
Muhammad Harith Ilham..
Ya! Nama itu kukira menandakan anak itu adalah lelaki..
Berhari-hari selepas "perpisahan" itu, aku dilanda kemurungan yang amat hebat..
Masa terluang kuisikan dengan bermenung dan menangis..
Disaat itu jujur aku katakan, aku tak punya sesiapa untuk berkongsi kesedihan..
Namun Alhamdulillah.. Sebelum aku jauh tersesat.. Allah memberi aku kesedaran..
Disaat itu juga aku sedar, ujian Allah itu menandakan aku masih disayangi..
Anak itu bukan milikku di dunia..
"Moga kita bertemu di sana sayang..."
Dan setelah itu Allah kurniakan aku permata hati yang satu ini.. Imad..
Namun begitu Allah tetap mahu menduga aku..
Imad didatangkan tidak sesempurna anak-anak lain..
Kisah tentang Imad pernah aku ukirkan di nota FB..
Selepas Imad aku berusaha untuk mengandung lagi..
Entahlah.. Mungkin rezeki aku setakat ini sahaja atau belum hadir lagi..
Dalam tempoh dua tahun selepas Imad..
6 kali aku keguguran biasa dan sekali terpaksa digugurkan kerana kandungan luar biasa..
Yang terakhir ialah bulan lepas..
Aku tak tahu apa yang patut aku rasakan saat ini..
Sedih ?? Ya, aku sedih..
Tapi entah kenapa tiada lagi air mata yang mampu kutitiskan..
Cuma saat nota ini aku tuliskan disini..
Kolam mutiara aku melimpah jua..
Sendu yang tak dapat kutahan lagi..
Lantas bersama-sama airmata ini kuakhiri nota ini disini..
Sementelah mata aku semakin kabur..
Tabahlah..
Sabarlah..
Redhalah...
Allah Maha Mengetahui Segalanya...

"...Andai hujan yang kita pohon,
Namun Allah kurniakan bayu lembut..
Bersyukurlah..
Kerana belum tentu hujan itu mampu menyamankan bahang yang membara..."

~Gadis Desa~


-AkU-
14:00 petang...
Syurga Addin...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment