Friday, November 19, 2010

~Apakah itu CINTA ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Petang Jumaat macam ni..
Aku seperti biasa bersantai bersama anak bujang aku..
Sementara menunggu malam tiba..
Aku dah janji dengan Imad nak bawa ke rumah Atok di Cheras..
Hehehe.. sekarang Imad dah pandai tagih janji..
Kalau tak bawa, satu hari dia boleh tunjuk perasaan..
Derita la jugak melayan kerenah dia..
Tapi itulah satu-satunya anak kesayangan..
Macam biasa aku letak Imad dalam playpen..
Tak nak bagi dia kacau aku tengok tv..
(tak guna juga sebab dia boleh panjat keluar !)
Macam biasa aku layan cerekarama kat tv..
penuh cerita cinta je..
Hmm.. Cinta..

Apa maknanya CINTA ?
Sepanjang aku hidup, aku punya makna yang berbeza tentang cinta..
Cuma sekarang baru aku faham apa itu CINTA..
Tapi mengikut tafsiran dan fahaman aku la..

"...Kisah cinta antara aku dan dia..."

Cinta budak kecik..

Cinta muncul dalam hidup aku sejak aku berumur 5 tahun..
Hahaha.. memang kecik lagi..
Tapi aku dah mula rasa apa itu cinta..
Di waktu itu perkiraan aku, cinta adalah apabila kita suka melihat seseorang itu..
Tak kira apa keadaan pun..
Dan seingat aku..
Disebabkan cinta itu la, sampai aku sanggup berjalan memandang kebelakang..
Semata-mata untuk memerhati dari jauh sidia..
Tau-tau je, aku dah terjerumus ke dalam longkang..
Hehehe.. Berbulan luka kat lutut aku nak sembuh hanya kerana penangan cinta "budak kecik" !!
Dan parut luka cinta itu masih ada hingga ke hari ini..

Cinta kanak-kanak...

Cinta itu pudar setelah aku melangkah ke sekolah..
Darjah 6 aku mula mengenali cinta kanak-kanak..
Diwaktu itu cinta bagi aku bila seseorang melayan aku dengan baik..
Sentiasa memihak kepada aku bila kami bermain..
Haha.. saat romantik yang aku ingat bila dia bawak aku naik basikal..
Memang tak jauh, hanya sekadar 20 meter..
Tapi bagi aku.. Itu sudah cukup menyatakan hasrat hati..
Cinta itu juga tak bertahan lama.. Setelah aku berpindah rumah..
Dan sidia pergi mengadap Ilahi dalam usia yang cukup muda..
Semoga aman dia "disana"..

Cinta remaja...

Setelah itu aku melangkah ke alam remaja..
Di sekolah menengah aku mula mengenal cinta remaja di awal usia 14 tahun..
Di waktu itu cinta pada pandangan aku..
Sekadar sidia "menjemput" aku untuk menjadi temannya..
Dan persetujuan aku bukanlah kerana rasa hati yang sungguh-sungguh..
Tapi lebih kepada tradisi remaja ketika itu..
Ramai kawan-kawan yang mempunyai kekasih hati..
Makanya aku juga tak nak ketinggalan..
Cinta kami sekadar ucapan saja..
Dua tahun menyulam cinta dengan dia..
Tiada istilah "dating" atau pun berdua-dua an..
Perbezaan aku dan dia sangat ketara..
Dari segi pelajaran mahupun keluarga..
Maka cinta itu tidak bertahan..
Bila mana dia "tiada lagi" di sekolah..
Waktu ini sidia telah berjaya menjadi artis terkenal..
Semoga dia sentiasa sukses didalam kehidupannya..

Cinta dewasa...

Diwaktu ini cinta pada pandangan aku..
Seseorang yang aku suka dan dia juga menyatakan suka pada aku..
Aku mengenali cinta ini sewaktu aku berusia 19 tahun..
Tiada apa yang lebih kuharapkan..
Sekadar mendengar suaranya di talian setiap pagi..
Ataupun mendengar nyanyiannya di waktu malam..
Pertemuan kami berdua juga tidak pernah berlangsung berdua..
Pastinya ditemani teman kami yang seorang..
Mengenalinya dari sekolah menengah membuatkan aku yakin ini la cinta yang aku cari selama ini..
Namun, bukan semua yang aku rancangkan akan menjadi nyata..
Sidia mengkhianati cinta aku dan berpaling kepada gadis lain..
Maka terputuslah cinta itu disitu..
Persahabatan kami juga terlerai bila dia nekad melupakan kami..
Teman yang lebih lama dikenali berbanding isteri yang baru dinikahi..
Namun ternyata cinta itu tak pernah mengikat aku untuk terus bersedih..
Dia kulepaskan saat ijab dan qabul antara mereka terlafaz..
Kini dia berbahagia bersama isteri dan 3 orang cahaya mata yang comel..

Cinta ke Syurga...

Saat ini aku mula faham makna sebenar cinta..
Dan cinta ini lah yang aku semai dalam hati..
Aku serahkan segala-galanya atas nama cinta..
Tiada cinta seindah cinta sidia..
Tatkala dia melamarku untuk bersatu disinggahsana rumahtangga..
Inilah cinta setelah dia mengangkat martabatku sebagai seorang isteri..
Ini juga cinta apabila dia menyempurnakan hidup aku sebagai seorang ibu..
Dan inilah yang kunamakan cinta bila dia bersungguh-sungguh memimpin tanganku untuk sama-sama ke syurga Allah..
Cinta inilah yang cuba kupertahankan hingga hujung nyawa..
InsyaAllah...
Cinta buat suamiku ~Mohamad Azhan bin Mohamed Adnan..
Cinta buat anakku ~ Muhammad Imad Addin bin Mohamad Azhan..
Cinta mereka inilah yang lebih membahagiakan aku dari cinta-cinta yang pernah singgah dalam hidup aku..

Kini..
Pusara-pusara cinta yang pernah wujud dalam hidup aku makin sepi..
Biarpun sesekali aku singgah bertandang..
Tiada apa yang kulihat..
Sekadar pengalaman hidup seorang aku..
Menjadi cebis-cebis kenangan untuk sesekali aku lewati...

Moga kalian juga berjumpa cinta.. sesuci cinta yang telah aku perolehi...


Salam kasih buat anda yang sudi membaca...

-AkU-
Syurga Addin...
14:42 petang...

4 comments:

  1. cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, maka itu lebih baik utk kamu, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih "Cinta"..
    Benar, cinta itu adalah yang teratas dan terunggul dalam kamus hidup aku..Terima kasih atas peringatanmu..

    ReplyDelete
  3. biar apa erti cinta pd mu,namun cinta itu indah,indah umpama rembulan dikala malam,indah dipandang namun memilikinya belum pasti menjadi milik kita..tidak perlu membenci pada cinta yg tlah lalu..kerna itu ketentuanNya,tiada siapa yg tahu..hikmah setiap kejadian,membuatkan kita lebih mensyukuri nikmat hari ini,disebalik pahit ada manisnya..mengingati akan cinta lalu membuatkan kita rasa tenang,jika benar2 memahami erti cinta itu..dtg dan pergi tanpa diduga..namun,setiap detik cinta itu takkan luput dari ingatan..setiap madah,setiap jalan,setiap lagu masih segar diingatan..biarlah ianya menjadi peneman disudut hati dikala sunyi..syukur akan cinta yg penah hadir walaupun bukan milik kita,namun C.I.N.T.A itu S.U.C.I..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih "sUcI"..
    Benar apa yang dikata.. Cuma bagi aku cinta yang lalu hanya sekadar kenangan yang ditinggalkan.. Bukan membenci, aku menghargai setiap cinta yang hadir.. Cuma adilkah untuk aku terus meniti kenangan cinta yang lalu bila Cinta yang ada dalam genggaman lebih membahagiakan aku ? Itu soalan pada diri aku sendiri.. Aku bersyukur untuk setiap kenangan dan pengalaman cinta yang pernah hadir.. Ia mengajar aku sesuatu.. Namun aku telah temui satu "CINTA" yang mampu membimbing aku untuk ke syurga akhirat.. Maka seharusnya aku melupakan cinta yang lalu demi sebuah redha suami..
    Aku hargai setiap kata-kata kamu.. Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete