Wednesday, November 24, 2010

~Imad sakit apa?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Setiap kali aku post status kat FB..
Atau pun upload gambar Imad di FB..
Ramai member-member tanya, Imad sakit apa..
Ok.. aku boleh terangkan secara ringkas..
Apa yang aku faham tentang penyakit Imad..
Ini sikit sebanyak yang Doktor di HKL bagitau aku la..

Muhammad Imad Addin bin Mohamad Azhan..
Lahir pada 02 Mei 2007..
Dilahirkan pada tepat pukul 10 malam..
Di Hospital Kuala Lumpur..
Berat waktu dilahirkan 885 gram..
Sila bayangkan sendiri besar Imad waktu tu..
Tag yang dipakaikan di kaki Imad hanyalah sebesar saiz keliling ibu jari aku yang kurus..
Waktu aku lahirkan Imad, kandungan aku baru mencecah 8 bulan..
Makanya Imad lahir dalam keadaan tak cukup bulan..
Kebiasaannya kata Doktor, bayi pramatang begini banyak mengalami masalah..
Seperti Imad.. Sebaik lahir Imad terus dikejarkan ke NICU untuk diletakkan ke dalam incubator..
Perkembangan sebagai janin yang belum cukup matang ketika itu menyebabkan Imad memerlukan bantuan pernafasan (oksigen) selama lapan hari bagi membolehkan paru-parunya berfungsi..
Selain memerlukan bantuan pernafasan, Imad juga mempunyai rekod pernah mengalami masalah nafas terhenti (apnea) yang memungkinkan bekalan oksigen ke otaknya terganggu..
Apabila masalah ini berlaku, ia boleh menjejaskan fungsi saraf pada otak yang mengawal perkembangan pergerakan..
PEMBENTUKAN otak yang sempurna merupakan titik permulaan yang paling penting dalam perkembangan awal kehidupan manusia..
Ketidaksempurnaan atau sebarang kecederaan yang berlaku pada otak memungkinkan fungsinya terganggu sekali gus menjejaskan lain-lain fungsi tubuh yang berkaitan dengannya..
Kecederaan otak yang dialami sama ada sebelum, semasa atau selepas dilahirkan boleh menyebabkan fungsi saraf yang mengawal pergerakan dan tubuh termasuk kaki dan tangan (postur) seseorang terganggu..
Sewaktu hari kedua aku jumpa Doktor Farah, Doktor Pakar di HKL..
Katanya Imad discan dan didiagnos ~ Hypoplastic Lung, Cardiomegaly dan Dysplastic Kidney..
(nak tahu apa makna tu ?? Rujuk pada kamus perubatan) haha !!
Sekali imbas, jika dilihat dari riak wajah, fizikal mahupun mentalnya, Imad tidak ada bezanya jika dibandingkan dengan anak-anak normal yang lain..
Malah Imad juga memiliki kemahiran bersosial dan mudah mesra dengan sesiapa saja di sekelilingnya..
Bagaimanapun, jika diteliti cara dia berjalan, Imad mengalami kesukaran kerana kedua-dua belah tapak kakinya agak sedikit menjingkit dan tirus ke dalam..
Setelah menjalani pemeriksaan doktor, Imad disahkan menghidap cerebral palsy (CP) iaitu sejenis spastik diplegia yang mengakibatkan kekejangan otot-otot pada kedua-dua belah kakinya..
Cerebral Palsy menyebabkan pergerakan (motor) otot-otot gagal berfungsi secara normal..
Kedua-dua belah kaki Imad menjadi spastik yang menyebabkan keabnormalan ketika berjalan, dia terpaksa menjingkit dan kedua-dua belah tapak kakinya termasuk ke dalam..
Menurut laporan doktor, masalah yang dialami oleh Imad mempunyai kaitan dengan sejarah kelahirannya iaitu kelahiran yang tidak cukup bulan..
Menurut Doktor, CP menyukarkan Imad melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak seusianya seperti berjalan, merangkak atau mengambil sesuatu objek..
Kekejangan otot yang berlaku ini menyebabkan cara Imad berjalan tidak normal seperti menjingkit, otot-otot tangan yang lembik, tidak dapat berdiri dengan seimbang dan sebagainya..
Bagaimanapun, sebahagian besar kanak-kanak spastik ini mempunyai tahap perkembangan mental yang cukup baik..
Bila aku tanya Doktor, katanya punca sebenar CP tidak diketahui, namun ia dikaitkan dengan kecederaan pada otak yang berlaku sama ada dalam proses kehamilan, semasa dan selepas bayi dilahirkan.
"Pakar-pakar perubatan masih dalam proses kajian untuk mencari punca sebenar CP".. Ini jawab Doktor..

PUNCA CP..

Ada 3..

Semasa dalam kandungan..

*Jangkitan kuman seperti rubella, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus (CMV) dan AIDS boleh menjejaskan pembentukan otak janin dalam tempoh empat bulan pertama kehamilan.. (tapi aku disahkan bebas untuk semua ni)..
*Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras, tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah. Bahan-bahan kimia yang terkandung dalam kesemua elemen itu boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.. (yang ni mungkin ada sebab ayah Imad merokok !! Jadi pada bakal-bakal ayah.. sila hentikan tabiat merokok untuk kesihatan bakal anak-anak anda)..
*Kekurangan zat pemakanan. Ibu yang kurang mengambil makanan yang seimbang seperti asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin.. (mungkin juga.. Sebab aku mengalami kemurungan tahap kronik masa mengandung.. Jadi tak berapa titik beratkan pasal makanan)..
*Faktor genetik. Masalah terlebih kromosom Trisomi 13 dan Trisomi 18 boleh mengakibatkan muka, jantung, otak, kaki dan tangan janin mengalami kecacatan.. (yang ni tidak la..)
*Ibu-ibu yang menghidap penyakit-penyakit yang serius seperti diabetes, jantung, buah pinggang, tiroid dan epilepsi..(yang ini juga tidak)..

Semasa kelahiran..
Dengan kecanggihan dan kepakaran dalam bidang obstetrik pada masa kini, risiko untuk bayi mengalami kecederaan pada otak semasa dilahirkan terlalu rendah..
Kriteria yang meningkatkan risiko seseorang bayi mendapat CP semasa dilahirkan ialah:

*Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (premature). Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan mempunyai risiko mendapat CP yang cukup tinggi berbanding bayi yang normal.. (Ya, Imad lahir sewaktu kandungan baru mencapai usia 8 bulan)..
*Bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 2.5 kilogram. Dianggarkan risiko bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang daripada 1.5 kilogram mendapat CP ialah antara lima hingga lapan peratus.. (Ya, Imad dilahirkan dengan berat 885 gram.. bayangkan.. kecil lagi dari gula 1 kilo !!)..Malah, bayi-bayi ini juga mempunyai risiko 25 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat CP berbanding bayi yang dilahirkan normal..

Selepas kelahiran...

*Asphyxia. Masalah kesukaran bernafas seperti penyakit asma menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. (ya)
*Shaken Baby Syndrome. Bayi yang digoncang dengan kuat supaya berhenti menangis boleh menggegarkan bahagian otak.. (mungkin.. sebab lepas keluar dari hospital, Imad dijaga oleh pembantu rumah.. Waktu tu Imad menangis 24 jam (sawan tangis).. Aku pernah nampak pembantu rumah tu menggoncang Imad untuk menghentikan tangisan.. waktu tu aku tak tahulah akibatnya)..

Masalah-masalah yang dikaitkan dengan CP..
Dianggarkan lima hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap CP menghadapi beberapa masalah lain seperti:

*Lewat perkembangan mental (ya)
*Epilepsi (ya) (Imad mula dikesan mengalami Epilepsi sewaktu berusia dua bulan. waktu ni Imad masih dalam incubator.. Sawan kedua menyerang sewaktu Imad hampir satu tahun.. Sehingga ke hari ini, Imad telah diserang sawan beratus kali.. Aku pun dah tak ingat.. Setiap bulan Imad pasti mengalami sawan..)..
*Kerencatan otak (tak)
*Masalah pembelajaran (ya)
*Masalah pertuturan (ya)
*Masalah kepekakan (pernah)
*Masalah penglihatan seperti juling, rabun atau hilang penglihatan (tak)
*Masalah emosi (mungkin)

Rawatan..

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menghidap CP dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan doktor kerana terdapat kaedah yang boleh membantu masalah anak-anak ini.

Kaedah yang digunakan ialah:
- Ubat-ubatan. Ia untuk mengurangkan masalah ketegangan otot-otot dan masalah epilepsi.
Selain itu suntikan ubat Botulinum Toxin pada bahagian otot-otot yang tegang juga dapat membantu mengurangkan keadaan anggota tubuh yang spastik. (Imad masih dalam proses pangambilan ubat secara harian)..
- Pembedahan. Sekiranya rawatan ubat-ubatan gagal, kaedah pembedahan akan dilakukan dengan memotong dan memanjangkan otot-otot yang tegang. (Imad belum lagi sampai tahap ini.. Hampir sebenarnya.. Tapi Doktor masih menimbangkan untuk pembedahan Imad)..
- Proses pemulihan - Rehabilitasi. Proses pemulihan kanak-kanak CP ini merangkumi pakar fisioterapi, juru pulih cara kerja, pakar terapi pertuturan, pakar telinga, pakar mata dan pakar psikologi. (memang setiap bulan akan ada appointment Imad untuk semua ni)..
- Selain itu, ia juga membabitkan guru-guru sekolah khas yang mempunyai latihan dalam pembelajaran kanak-kanak istimewa.( yang ni belum lagi)..
- Penggunaan splint, kasut khas dan alat-alat bantuan orthotic termasuklah corner feat iaitu kerusi khas, standing frame, rollator dan walker juga diperlukan. (so far, Imad hanya dibantu oleh splint)..


Sekian..
Inilah saja yang dapat aku terangkan..
Kalau ada apa-apa yang tak faham, sila rujuk saudara-mara yang tahu berkenaan perubatan..
Haha..

-AkU-
Syurga Addin...
22:00 malam...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment