Monday, December 20, 2010

~Airmata seorang LELAKI~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lelaki,
Terbina atas keizinan dan kehendak Pencipta,
Lahiriah yang tiada kemesraan,
Namun nurani yang penuh kehalusan,
Jiwa sarat kerinduan terpendam,
Emosi yang kadang-kala tidak ketentuan,
Namun itu yang telah ditakdirkan,
Lantas terima segala keadaan,
Diri tak pernah punya kesempurnaan,

Andai diberi pilihan…………………
Antara kau dan aku,

Antara suka dan sayang,
Ku pilih suka,
Kerana suka timbulnya kasih,
Antara kasih dan cemburu,
Ku pilih cemburu,
Kerana disitu letaknya rindu,
Antara rindu dan juga dendam,
Kupilih dendam,
Kerana dendam wujudnya cinta,
Antara cinta dan benci,
Kupilih benci,
Kerana…… benci 
Aku dan kau bertemu……. Bersatu…

Antara sahabat dan kekasih,
Kupilih sahabat,
Kerana disitu punya keikhlasan dan kejujuran…
Yang pastinya tiada tandingan…

Disudut hatimu,
Kutanamkan setia,
Setia pada niatmu teman,
Ku bajakan luhur,
Seluhur budimu padaku,
Kusiramkan percaya,
Kepercayaan pada sucinya perasaanmu,
Dan kubina tembok yakin,
Keyakinan akan segala usaha,
Menceriakan lagi suasana antara kita.

Lelaki,
Disudut hati ini kuukir namamu,
Antara teman yang pernah menghuni takhta jiwa,
Segala memori yang pernah kita ukirkan bersama,
Kusimpan kemas di lipatan kenangan.

-shahputra-

22 August 2005
19:05 p.m.



Puisi diatas aku ukirkan sewaktu berusia 15 tahun..
Sudah lama..
Namun masih kusimpan..
Bercerita mengenai lelaki..
Beratkah airmata buat seorang lelaki ?
Aku pernah saksikan luruhnya airmata lelaki hanya kerana cinta..
Bukan hanya seorang..
Berbaloikah menangis kerana itu ?
Aku tiada jawapan..
Berkemungkinan mereka yang menangis kerana cinta adalah seorang lelaki yang jujur dan ikhlas terhadap cintanya..
Namun siapa yang tahu..
Wajah yang sendu belum tentu menggambarkan hati di dalam jua turut berlagu sayu..
Acap kali keduanya tidak berjalan seiring..
Maka dimana nilai setitis air mata ?
Maaf LELAKI..
Aku bukan ingin mempersendakan kalian..
Cuma sekadar berkongsi kisah..
Biarpun hati aku tidaklah selembut mana..
Namun hanya kerana airmata..
Hati yang keras terus menjadi lemah selemahnya..
Dan pastinya segala situasi bertukar wajah..
Ternyata aku kalah dengan airmata lelaki..
Cuma satu pesanan aku..
Jangan terlalu murah airmata itu..
Belum tentu cinta yang ditangisi menjadi milik anda..
Hargailah airmata itu untuk sesuatu yang lebih berharga..
Semoga kebahagiaan dan kasih sayang menjadi milik anda..
InsyaAllah...




-AkU-
Syurga Addin...
23:47 malam...

2 comments:

  1. Diriku bukanlah pemain teater mahupun pelakon handalan yang mampu mengeluarkan airmata untuk babak tersebut tapi terbit dari sudut hati yang tak mampu ditahan mahupun disuruh berhenti..jadi,berbaloikah..

    ReplyDelete
  2. pompuan pon akn sedey klo tgk lelaki mengalirkan air matanya utk kite..terharu.air mata lelaki sgt berharga..jd hargai la mereka

    ReplyDelete