Friday, December 17, 2010

~Aku yang tewas~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam gelap tanpa bulan dan bintang..
Hanya berteman suara rintik-rintik hujan yang membasahi bumi dari petang..
Sesekali terlihat kenderaan yang melintas diruang jalan..
Aku hanya tegak berdiri ditepi jendela merenung tanpa tujuan..
Beberapa kali mengeluh sendirian..
Bayu dingin yang menyapa kubiarkan selesa mengusap wajah..
Dan damai hati ini berkocak lagi..
Mengapa manusia sering tewas kepada perasaan ?
Soalan ini kerap kuajukan buat diri sendiri..
Kerana aku juga seringkali tewas..
Sentiasa gagal dalam mempertahankan perasaan sendiri..
Hampir setiap ketika perasaan aku berubah..
Aku tak mampu nak kecewa biarpun hati telah luka berdarah..
Aku tak mampu nak marah biarpun maruah dan harga diri dipersendakan..
Aku tak mampu nak sedih biarpun jiwa merintih pilu..
Aku tak mampu nak benci biarpun kejahatan melingkari hidup..
Aku tak mampu nak suka biarpun kebaikan mengelilingi diri..
Aku tak mampu gembira biarpun bunga-bunga bahagia sedang mekar berkembang..
Aku tak mampu nak sayang biarpun hati menerima..
Aku tak mampu nak rasa apa-apa lagi...
Aku hampir tiada perasaan..
Dan untuk kesekian kalinya aku merintih diatas sejadah..
Memohon moga dikembalikan diri aku yang dulu..
Aku yang senantiasa mampu mempertahankan diri sendiri..
Aku yang tak mudah tewas dengan keadaan..
Aku yang sering tabah meniti dugaan hidup..
Aku yang sukar mengalah pada nasib..
Aku yang setiap ketika tetap bersemangat menempuh cabaran..
Namun Allah lebih tahu apa yang terbaik buat aku..
Maka aku biarkan titik-titik mutiara ini menyentuh lembut sejadah..
Mengadu padaNYA..
Bercerita padaNYA..
Mengaku padaNYA..
Segala-galanya kuluahkan..
Moga tenang jiwa yang sekian lama terbeban..
Berilah aku ketenangan..kedamaian..ketabahan..
Agar langkah aku semakin yakin dan nyata..

~Mampukah kamu mengerti ?~


-AkU-
Syurga Addin...
20:37 malam...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment