Friday, December 17, 2010

~Mood aku hari ni~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekejap je dah hari Jumaat..
Macam tak rasa je hari-hari yang lain..
Tau-tau je dah nak hujung minggu..
Tapi tak ada apa la yang nak diseronokkan..
Lain la time aku kerja dulu..
Boleh la hoorey sakan bila tiba hari Jumaat..
Semalam memang mata aku mengantuk awal..
Sempat tido setengah jam then bangun..
Layan member datang umah kejap..
Lepas tu aku tidur balik..
Aku sedar je dah dekat pukul 6.30 pagi..
Aku dengar suara Imad tengah main bola yang banyak dalam bakul..
Apa kejadahnya Imad main-main waktu Subuh macam ni ?
Aku pun buka lampu..
Owhh.. Patut la, pampers Imad dah basah..
Lepas buat apa yang patut, aku sambung tidur sambil Imad aku baringkan kat sebelah..
Aku sedar balik pukul 8.45 pagi..
Member sms pepagi buta..
Baru aku ingat ada appointment pukul 11 pagi..
Dan setelah habis sesi berbalas sms dengan Padil..
Kesimpulan yang boleh aku buat ialah..
Program hari ni telah dibatalkan..
Dan aku sambung tidur balik..
Aku terjaga lebih kurang pukul 12 tengah hari..
Tengok phone.. ada dua missed call dari Sara..
Imad tengah syok tidur atas katil aku..
Aku pun slow-slow turun kat tingkat bawah call balik Sara..
Lepas bercakap beberapa puluh patah perkataan..
Aku terus set divert call kat phone aku..
Makanya hanya sms je yang boleh masuk..
No calls !!
First time untuk bulan ni aku rasa bosan untuk bercakap dengan orang..
Aku nak diam sepanjang hari..
Lepas masak bubur Imad..
Aku on tv..
Tengok je cerita apa pun..
Sambil tengok aku on laptop..
Check FB, Blog, YM, Skype.. apa je yang aku ada..
Lepas sejam mengadap laptop, aku pun mula uruskan Imad..
Dah settle.. aku mengadap laptop balik..
Sampai la mata aku tertutup untuk kali yang ke4 hari ni..
Bila aku sedar je.. Aku tengok dah bertabur muntah Imad kat depan tv..
Cepat-cepat aku bangkit takut ada apa-apa jadi kat Imad..
Aku pun tak tau punca Imad muntah..
Lepas dah bersihkan semuanya, aku letak Imad dalam playpen sambil hisap botol susu..
Aku sambung duk kat depan laptop..
Rasa macam cepat sangat masa berlalu..
Tau-tau je dah petang..
Dan tau-tau je mata aku tertutup lagi..
Huh !! Asyik tidur je..
Aku sedar balik pun sebab phone aku berbunyi sms masuk..
Lepas dah reply beberapa sms..
Aku terus off phone..
Makanya tak ada siapa pun dapat call aku..
Hari ni satu apa pun tak masuk dalam perut..
Tak selera langsung..
Aku hanya nak tengok tv, tidur, layan laptop, senyap, fikir........diam.....


-AkU-
Syurga Addin...
19:38 Senja...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment