Thursday, December 16, 2010

~Bicara hati buat Suamiku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Semua wanita ingin dirinya dimiliki oleh seorang lelaki yang nyatanya mampu menjadi nakhoda kepada sebuah bahtera rumahtangga..
Namun bukan semua wanita itu mampu memiliki mahligai ini..
Akan tetapi tidak bermakna anda tidak disayangi Pencipta..
Mungkin telah Allah tetapkan jodoh anda bukan disini..
Redha la dengan ketentuan Ilahi..
Sewaktu saya dilamar suami..
Saya telah karangkan puisi ini buat penghias rumahtangga kami..
Ilham ini tercetus sewaktu saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja..
Sewaktu menanti tren untuk pulang ke rumah..
Diwaktu itulah saya telah dilamar suami untuk menduduki takhta jiwanya sekaligus mengangkat darjat saya sebagai seorang isteri..
Saya khayal mengukirkan kata-kata itu di atas kertas hinggakan saya ketinggalan beberapa tren..
Kenangan itu takkan saya lupa..
Dan disini saya persembahkan puisi jiwa saya untuk tatapan anda yang sudi membaca..
Maaf jika bahasa saya tak seindah pujangga..
Namun ini la hasil dari sulaman jiwa saya yang dihiasi cinta tika itu..


Lelaki..
Saat pertama kali namamu menghiasi mindaku..
Aku hampir terputus nafas..
Damai yang senantiasa hadir..
Berkocak seketika..
Cintakah itu ?
Aku tidak punya kepastian..
Lantaran hati ini masih ragu-ragu akan kehadiranmu..
Dikau bukannya camar yang mampu terbang bebas..
Lantas menerimamu..
Umpama meniti bara..
Yang penghujungnya belum kutahu akhirnya..
Andai jujur dan ikhlas penghias hatimu..
Dampinglah aku sebagai seorang teman..
Bimbinglah aku sebagai seorang kekasih..
Didiklah aku sebagai seorang isteri..
Pimpinlah tangan aku sebagai seorang permaisuri..
Menuju ke singgahsana rumahtangga..
Aku tak akan mampu berjanji kesempurnaan..
Terimalah diri aku seadanya..
Demi Allah swt..
Aku serahkan segalanya kepadamu..
Bentuklah aku menjadi isteri solehah..
Agar kita mampu bertemu disyurga nanti..
Andai bahagiamu itu deritaku..
Aku rela hanya kerana syurgaku..
Namun jika deritamu itu bahagiaku..
Aku rela kau pergi dariku..
Kerana hadirnya aku bukan untuk mencipta derita buatmu..
Sayangilah aku selayaknya aku seorang isteri..
Kasihilah aku selayaknya aku seorang isteri..
Cintailah aku selayaknya aku seorang isteri..
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Aku terima lamaranmu..
~Mohamad Azhan Bin Mohamed Adnan~
Menjadi pengemudi bahtera hidupku hingga keakhirnya..
*Selasa, 27 April 2004, 20:47 p.m, Station LRT Star Masjid Jamek*


-AkU-
Syurga Addin...
03:57 Pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment