Friday, December 31, 2010

~Melayu dan Tahun Baru~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Bertemu lagi kita di penghulu segala hari.. Hari Jumaat..
Jumaat terakhir sebelum kita memasuki tahun yang baru - 2011..
Di Fesbuk dan Twitter sedang berperang ucapan tahun baru..
Masing-masing dengan gaya tersendiri..
Kadang-kadang apa yang ditulis tak menggambarkan apa yang sepatutnya..
Ada juga yang sibuk berkongsi apa sambutan yang bakal diadakan..
Perlukah disambut ?? Ini persoalannya..
Bukanlah nak kata diri aku ni baik dan sempurna..
Aku juga pernah mencuba menyambut Tahun Baru..
Tapi tak ingat tahun bila..
Sekadar mencuba apa keseronokan sambutan Tahun Baru ni..
Dan apa yang aku dapat ??
Diraba (walaupun sikit), pening kepala (sebab sesak), sakit kaki (sebab berjalan), penat (tak dapat apa-apa), habis duit (beli makan, minum dan tambang pergi balik)..
Jadi apa yang dapat aku simpulkan kat sini..
Sambutan Tahun Baru tak memberi keuntungan pada aku..
Masa aku bekerja dulu..
Syarikat aku memang terkenal dengan Sambutan Tahun Baru ni..
Tak perlulah aku ceritakan kat mana aku bekerja..
Memang setiap tahun nama dia naik sebagai penganjur..
Cuma mungkin tahun 2004 tak ada sambutan..
Kerana peristiwa Tsunami dulu..
Persoalannya ialah..
Apa yang kita dapat setelah habis sambutan ??
Ok.. Apa yang aku dapat simpulkan..
Habis je Sambutan Tahun Baru..
Sampah memang bersepah di merata-rata tempat.. Ini memang tabiat rakyat Malaysia.. Buang sampah merata-rata biarpun tong sampah duduk kat tepi kaki je..
Hotel dari yang lima bintang sampailah yang tak berapa nak ada bintang pun penuh..
Rumah tumpangan jangan ceritalah.. Memang bersepah-sepah orang nak sewa.. Bukan lama mana pun.. Paling kuat pun semalam..
Berita muka depan akhbar-akhbar keesokannya pasti ada gambar-gambar tentang sambutan Tahun Baru..
Dan mesti jugak ada cerita tentang azam Tahun Baru.. Azam yang saja-saja direka cipta pun ada jugak.. Saja je nak mengikut tradisi.. 
Tak kurang juga berita tentang kejadian lumba haram.. Tak kiralah lumba motor atau kereta.. Pernah jugak aku dengar budak-budak buat lumba basikal waktu sambutan tahun baru.. Hehe.. Tapi tu masa kat kampung la..
Satu lagi berita yang wajib ada selepas sambutan Tahun Baru ialah..
Tentang penangkapan pasangan-pasangan yang kononnya nak jadikan sambutan Tahun Baru sebagai pertemuan cinta abadi mereka.. Hahaha !! Cinta la sangat !!
Inilah perihal masyarakat kita sekarang ni..
Inilah Melayu yang dididik selama berzaman..
Yang menghairankan aku..
Berita-berita begini lebih kepada anak-anak Melayu kita..
Orang Melayu yang lebih ramai menyambut Tahun Baru..
Orang Melayu yang lebih ramai masuk keluar lokap..
Orang Melayu yang lebih ramai check in rumah tumpangan..
Orang Melayu yang lebih ramai lumba haram..
Orang Melayu yang lebih ramai masuk berita kes macam-macam..
Banggakah kita jadi Orang Melayu yang sebegini ??
Mungkin ada yang bangga kerana kita dah setaraf dengan orang barat.. Kemajuan kita dah setara mereka.. Bukan kemajuan dari segi negara, tapi dari segi sikap dan perilaku..
Setiap tahun cerita-cerita begini berulang..
Apa, tak sedarkah kita semua ?? Tak cukup lagi ke apa yang dah berlaku ??
Bila orang buruk-burukkan Orang Melayu, kita tahu melenting tak puas hati..
Tapi kenapa kita sendiri tega melihat kemusnahan dan kehancuran Orang Melayu ??
Kita sendiri yang menghancurkan bangsa kita..
Kalau kaum lain boleh bersatu padu memakmurkan dan memajukan bangsa mereka..
Kenapa kita tak boleh ?? Kita adalah bangsa majoriti..
Susah sangatkah untuk berubah ? Cerminlah diri kita.. Bukan hebat sangat pun untuk jadi tajuk utama setiap akhbar dan berita..
Cukup-cukuplah apa yang telah terjadi..
Sudah sampai masanya Bangsa Melayu bangkit dari mimpi-mimpi yang melalaikan..

~Aku menulis dalam keadaan kewarasan yang sangat normal~

"Kita kena ingat, jadi anak Melayu jangan sombong dan bangga diri. Kita kaum Melayu harus jadi tuan dibumi sendiri tapi jangan sampai menongkat langit. Semua bangsa sama saja didunia ini. Allah Maha Melihat, kita tetap hambaNYA walau sekaya manapun diri kita. Jangan kerana status bumiputera dan hak keistimewaan tu kita jadi bangsa yang mengemis ditanah air sendiri. Jangan sampai kedaulatan kita menjadi dagangan... L.A.M"

p/s :- Aku bukan anti hiburan atau sambutan.. Tapi benda-benda ni semua tak memberi keuntungan.. Berapa banyak yang dihabiskan hanya untuk satu sambutan yang membawa kepada bermacam-macam masalah dan salah laku ? Benda-benda macam ni tak perlu nak tegur setiap tahun.. Masing-masing dah ada otak untuk berfikir.. Gunakanlah sebaiknya.. Tak ada salahnya kalau menganjurkan solat hajat dan zikir di masjid-masjid untuk dihadiri orang ramai.. Lebih berkat duit yang dibelanjakan begitu.. Kadang kala kelainan ini la yang akan membawa kepada perubahan yang baik..


Salam perjuangan..

-AkU-
Syurga Addin...
12:03 tengah hari...

1 comment: