Friday, December 24, 2010

~Mengapa Blog ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekarang ni, ramai orang dah pandai tulis blog..
Macam-macam jenis blog yang boleh kita jumpa..
Dan macam-macam jenis blog yang aku dah baca..
Dari blog business, blog politik, blog kisah kehidupan, blog artis dan lain-lain lagi..
Dari budak kecik hingga la orang tua..
Ramai yang dah ada blog..
Kenapa tulis blog ??
Nak tulis blog..
Kita tak perlu pandai dan kreatif..
Tulis blog biasa lebih kurang macam tulis diari je..
Cuma apa yang ada dalam diari, tak semuanya kita boleh tulis dalam blog..
Takkan yang personal pun nak cerita dalam blog..
Tulis yang orang lain patut tahu je la kan..
Urmm.. Kenapa aku tulis blog ? Jawapan aku..
Aku menulis kerana aku memang suka menulis..
Tak kira apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan..
Tapi kenapa blog ??
Sesiapa pun boleh baca blog aku tanpa perlu dipaksa untuk jadi follower..
Urmm.. aku ingin kongsikan kisah-kisah dalam kehidupan aku..
Walaupun bukan keseluruhan.. Itu semestinya..
Namun kisah yang disampaikan sekurang-kurangnya ada sedikit pengetahuan dan pengalaman hidup yang mungkin boleh diambil pengajaran biarpun tidak banyak..
Aku tak mengharap untuk orang diluar sana membaca blog aku..
Tapi jika ada yang membaca..
Aku ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah ke dunia aku ini..
Benar.. Kisah didalam ini tidak menarik untuk dibaca..
Tapi ini la realiti..
Aku menulis apa yang berlaku..
Bukan mencipta cerita hanya untuk mempopularkan blog aku..
Tak perlu begitu..
Aku bukan inginkan perhatian..
Cuma cuba menterjemahkan sedikit rahsia hati buat tatapan orang lain..
Kadang-kadang ada sesuatu yang tak mampu aku perkatakan secara lisan..
Maka aku gunakan kuasa tulisan untuk berbicara..
Begini lebih mudah dan selesa buat aku..
Aku tak mudah untuk bercerita secara berdepan..
Tetapi kekuatan aku adalah melalui tulisan..
Dalam tawa ada tangis.. Dalam sedih ada gembira.. Dalam marah ada suka.. Dalam benci ada kemaafan..
Semua itu aku muatkan dalam blog ini..
Biarpun tak mampu meredakan semua rasa sekaligus..
Tetapi sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit ruang untuk aku bernafas dari perasaan yang membelenggu diri..
Maaf jika kisah-kisah aku tidak indah untuk dibaca..
Aku cuba berlaku jujur dan mengasihani diri sendiri..
Apabila tiada tempat untuk aku bercerita..
Maka disini lebih sudi menerima..
Mengapa tidak aku pergunakan peluang ini sebaiknya..
Tanpa perlu mencemarnya dengan kisah-kisah yang lebih peribadi..
Justeru ini la aku..
Aku yang boleh dikenali dan "dibaca" melalui tulisan..
Biarpun tidak sepenuhnya..
Tetapi beginilah yang orang perlu tahu..


-AkU-
Syurga Addin...
01:17 pagi...

1 comment:

  1. Kadang-kadang ada perkara yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.. Disinilah gunanya penulisan..:)

    ReplyDelete