Monday, December 6, 2010

~Papa dan cerekarama~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Mata aku dah sembab..
Semalam aku tak tidur sampai la jam menginjak ke subuh..
Pukul 6.30 pagi baru aku dapat lelapkan mata..
Pukul 10 aku bangun, itupun sebab Mama kejut kata nak keluar pergi hospital..
Kalau tak, mahu terlajak sampai pukul 1 petang..
Perut aku tak terasa nak makan biarpun berkali-kali Mama pesan suruh makan..
Duduk rumah papa ni, aku asyik dipaksa makan je la..
Hehe.. Mama pun asyik membebel je bila aku tak makan..
Sorry la Ma.. Bukan tak nak makan.. Tak ada selera..
Sekarang, biarpun mata aku terpisat-pisat lagi..
Tapi mood nak menulis datang pulak..
Aku nak bercerita pasal semalam..
Lepas balik dari membeli barang kat Tesco..
Aku duduk sebelah Papa tengok cerita Melayu..
Channel 106 Oasis sedang tayangkan cerita "Liang Lahad"..
Mula-mula aku layan je la biarpun aku dah tengok cerita ni berpuluh kali..
Biasa la Astro, suka ulang cerita..
Cerita yang mengisahkan seorang lelaki bernama Pak Dollah..
Dipendekkan cerita.. Masa tu bulan puasa, ada roh yang datang ke rumah dia untuk minta Pak Dollah ni doakan untuk mereka agar dikurangkan sedikit seksaan yang mereka tanggung..
Orang kampung yang dengki dengan ilmu Pak Dollah ni tuduh dia gila.. Tangkap lepas tu kurung dia dalam macam sangkar.. Tapi biasa la ending cerita.. Mesti la orang kuat agama ni lepas.. Dan orang yang jahat dihukum..
So, di pertengahan cerita, Papa dah mula komen..
Aku yang duduk kat sebelah ni, dengar je la..
Cuma sesekali aku menyampuk..
Antara komen Papa.. :-

1)Mana boleh roh orang yang dah mati datang balik untuk minta orang doakan dia.. (aku pun bagi komen yang tak munasabah.. "Kut roh orang tu tak tenteram, jadi dia datang la balik kat dunia ni.." Papa pandang aku dengan mata terbeliak !! "Bila kita mati roh kita dijemput naik ke atas.. Bukan kita pergi sendiri.. Jadi kat mana pulak tiba-tiba roh boleh datang bal;ik ??" Aku biarkan soalan Papa tu tak berjawab..)

2)Bila kita mati, Allah kata apa yang akan kita bawa di sana nanti (papa soal aku balik.. Nasib baik aku berjaya menjawab dengan jayanya.. Tapi aku pun tanya papa balik.. "Tapi Pa, doa orang lain pun boleh sampai jugak kan ? Sebab tu adanya tahlil dan bacaan Yassin untuk disedekahkan kepada arwah si mati.." "Betul, tapi syarat utama yang kita akan bawa nanti apa dia ? Kalau la boleh roh datang balik cari orang untuk doakan dia, senang la macam tu.. Tak ada la diorang ni dapat seksa sangat kat dalam kubur..")

3)Kenapa pulak orang kampung boleh tangkap lebai tu suka-suka ? ("Sebab diorang kata lebai tu gila, cakap sorang-sorang.." Papa mengeluh panjang.. "Bila masa lebai tu kacau orang.. Tak boleh macam tu.. Main suka tangkap orang je! Pastu kurung orang.. Ni kalau report polis dengan hospital pun tak patut diambil tindakan.. Salah ni.." Aku diam je la )

4)Skrip ni tak mengikut ajaran agama yang sebenar.. Waktu ni bulan puasa.. Macam mana pulak roh boleh terseksa waktu tu ? (Aku cuba la jawab.. "Ni cerita je Pa.. Penerbit hanya nak cerita yang boleh jual. Bukan kisah logik atau tak cerita ni.." Sekali lagi Papa pandang aku.. Mata aku terus pandang tepat ke arah tv, tak sanggup bertentang mata dengan Papa.. "Tak boleh macam tu ! Jangan ambik mudah pasal agama, nanti terpesong akidah kita !" Banyak lagi yang keluar dari mulut Papa sebenarnya.. Dan aku hanya terus diam je..)

5) Papa cakap sepatutnya ada orang yang tolong tegur benda-benda yang macam ni.. (Aku pun cakap kat Papa "Tak apa la Pa.. Nanti orang tulis kat blog.. Hehe.." Papa diam je.. Kut dia fikir aku ni main-mainkan dia..)

6) Ada benda lagi yang Papa cakap, tapi disebabkan masa tu phone di tangan aku berbunyi.. Maka aku biarkan adik aku mengambil alih tempat aku.. Aku pun melarikan diri ke dalam bilik.. Tak sanggup lagi berdebat dengan Papa pasal cerita Melayu kat tv.. Ceramah Papa takkan habis kalau tak ada gangguan.. Hahah.. Sorry la Pa.. Bukan tak nak dengar.. Tapi tak sanggup nak berdebat dengan Papa..


Kesimpulannya..
Memang banyak cerita Melayu yang mengarut dan tak logik..
Tapi penerbit lebih suka memperbodohkan kita semata-mata nak cari untung..
Dan kita tak pernah sedar atau sengaja tak nak sedar tentang itu..
Betul, ada cerita yang bagus dan kena dengan logik akal..
Tapi boleh dikira cerita yang bermutu ditayangkan di tv..
Bukan aku nak memperlekehkan penerbit cerita Melayu..
Tapi diorang ni kadang-kadang buat kerja sambil lewa je..
Benda-benda kecik macam tu takkan tak boleh nak fikir..
Aku antara penyokong cerita Melayu..
Tapi sangat hampa bila orang Melayu buat kerja tak ikhlas..
Bila kita kritik, kata kita tak sokong..
Tapi bila kita sokong, diorang buat kerja nak tak nak je..
Janji cerita mendapat sambutan dan boleh jual..
Logik atau tidak cerita tu, belakang kira..
Susah bila kerja berpaksikan duit tanpa kira logik akal dan kesahihan dalam agama..
Media antara medium untuk kita mendidik..
Tapi bila apa yang dipaparkan itu tak betul..
Bagaimana untuk kita mendidik masyarakat ??
Entah la.. Banyak lagi yang aku tak puas hati..
Tapi siapa la aku untuk menilai...



-AkU-
Syurga Papa...
11:23 tengah hari...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment