Thursday, January 20, 2011

~Nota buat Mr. Nik~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari cuti begini, aku lebih selesa berada dirumah..
Sementelah suami yang kurang sihat, memerlukan kehadiran aku disisinya..
Maka sepenuh tumpuan aku curahkan, tidak lupa juga buat Imad..

Aku terima satu komentar dari seorang teman berkenaan tulisan aku yang bertajuk "Kepercayaan Itu".
Berbunyi begini :-

“Tidak ada persahabatan tanpa kepercayaan, dan tidak ada kepercayaan tanpa "integriti".
Kepercayaan bukanlah suatu pemberian dari orang lain. Kepercayaan adalah suatu upaya yang merupakan hasil timbal balik dari seseorang yang telah menunjukkan "integriti", komitmen dan loyalti." (Mr. Nik..)


Terima kasih aku ucapkan kerana sudi membaca dan berkongsi pandangan..
Aku terima pendapat itu..
Cuma ingin aku tambah sedikit..


INTEGRITI...
Integriti sebenarnya berasal dari istilah Bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik..
Dalam Bahasa Melayu ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang..
Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan ; keutuhan..
Dari maksud yang didapati dari kamus diatas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan sebagainya..
Maka integriti itu telah menerangkan segala-galanya..
Sesungguhnya dalam bersahabat atau perhubungan apa sekalipun..
Seharusnya ada integriti..
Dan apabila kita berpendapat sebegitu..
Cuba soal diri kita sendiri..
Adakah kita juga punyai sifat-sifat sebegitu ?
Apabila kita menghendaki orang lain agar punyai sifat sebegitu..
Kita sendiri harus mendidik diri sendiri agar tidaklah dikata umpama ketam yang mengajar anak berjalan lurus.. 
Dalam menjalin perhubungan..
Kita juga harus ada sifat memberi dan menerima ataupun bersikap toleran..
Sentiasa berlapang dada untuk menerima pendapat, pandangan, kritikan atau apa sahaja pendirian orang lain yang berbeza dari kita..
Menyentuh tentang kepercayaan..
Ini adalah amanah yang diberi berdasarkan sifat-sifat murni yang kita pertontonkan..
Justeru, sejauh manakah amanah itu kita jaga dan pelihara ?
Usah disebut soal kesetiaan..
Apabila amanah itu menjadi suatu permainan kata..
Lantas apakah masih punya erti buat kesetiaan ?
Aku sekadar memberi pandangan dan pendapat diri sendiri..
Terpulang pada yang membaca..
Kita sama-sama muhasabah diri, menilai kekurangan, kelemahan dan kelebihan diri..
Agar kita tahu dimana silapnya, khilafnya, kurangnya, lebihnya, lemahnya dan sebagainya tentang diri sendiri..
Setelah itu berubahlah kepada yang lebih baik..
Sememangnya kita tak mampu menjadi yang terbaik untuk orang lain..
Tetapi sekurang-kurangnya jadilah yang terhebat untuk diri sendiri..
Semoga rahmat dan kasih sayang Allah swt akan senantiasa bersama-sama kita..
InsyaAllah.. Amin..


Salam kasih buat semua...




-AkU-
Syurga Addin...
11:47 Pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment