Wednesday, January 19, 2011

~Putusnya cinta itu...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam tadi seawal pukul 4.30 pagi aku dah terjaga..
Migrain yang kedua untuk tahun ini kembali menunjuk diri..
Sakit yang tak terkata..
Tak terfikir untuk kejutkan suami aku yangsedang lena tidur bersama Imad..
Aku gagahkan diri ke bilik air..
Air yang sejuk aku biarkan mengalir keseluruh kepala..
Lebih kurang satu jam aku disitu..
Setelah agak reda, aku keluar dan terus ke bilik tetamu..
Disitu aku tunduk sujud pada Yang Maha Esa..
Menyerah diri sepenuhnya pada DIA yang sentiasa ada untuk mendengar keluhan hati..
Setelah itu aku berehat seketika..
Aku kembali teringat perbualan dengan seorang teman yang baru sahaja putus kasih..
Sebagai orang luar yang diberi kepercayaan untuk mengetahui keseluruhan cerita..
Dia lalu mengadu pada aku tentang kemelut yang dihadapi..
Aku hanya mendengar sambil sesekali memberi kata-kata semangat..
Selaku kaunselor yang dilantik secara tak rasmi, aku pinjamkan telinga aku untuk dia mengadu..
Setiap hari tak kurang tiga panggilan dari dia mengadu tentang hal yang sama..
Ada kala esak tangis dia kedengaran di dalam talian..
Aku tahu, bukan mudah melalui saat cinta itu harus pergi dari hidup kita..
Namun sebagai manusia yang waras, kita harus hadapi dengan penuh ketenangan..
Kisah ini baru saja berlaku kira-kira empat hari yang lepas..
Benar, segalanya terjadi kerana salah dan silap teman ini sendiri..
Cuma penerimaan dari pihak yang satu lagi itu tak dapat aku gambarkan..
Sebagai seorang manusia kita tak akan pernah lepas dari kesilapan..
Sementelah kita bukan manusia yang sempurna..
Pada aku salah teman ini bukanlah sebesar mana untuk dihamburkan kata-kata yang amat pedih biarpun tidaklah sekecil mana untuk terus dimaafkan..
Tapi, sekurang-kurangnya susunlah budi bahasa itu sekalipun amarah masih menebal di jiwa..
Hari yang pertama dan kedua aku masih lagi melayan setiap rintihan yang datang dari teman ini..
Sungguh hebat penangan hati luka..
Hinggakan diri terlupa kebesaran Allah swt..
Tetapi hari yang ketiga, hati aku mula diamuk amarah..
Bukan aku tak sudi untuk mendengar, tetapi keadaan teman itu yang terlalu lemah untuk berhadapan dengan realiti..
Itu yang aku tak dapat terima..
Banyak sudah kata-kata semangat yang aku suntikkan ke dalam jiwanya..
Dan ianya hanya bertahan sehingga perbualan kami tamat..
Bila sahaja suaranya kembali di talian, kelemahan yang sama ditampilkan..
Tertanya aku, sempurna sangatkah insan yang ditangisi itu ?
Hinggakan lebih rela dizalimi dan diseksa diri sendiri atas nama cinta..
Jangan begini teman..
Aku faham perasaan itu, kerana aku juga pernah disakiti..
Cuma sedarlah, fahamlah, redhalah.. 
Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab dan alasan..
Terima dengan sepenuh hati dan jiwa akan ketentuan Allah andai telah tertulis dia bukan untukmu..
Mengapa perlu ditangisi sesuatu yang tak pernah pasti ?
Cinta itu untuk bahagia bukan untuk derita..
Jangan sesekali menghambakan diri pada cinta..
Kerana cinta takkan pernah simpati pada episod duka yang tercipta sewaktu kita di dalam dunia cinta..
Dan hari ini aku menerima lagi panggilan dari teman itu..
Semangat dan keyakinan dirinya kembali bertapak..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..
Katanya, jiwa dan hati dia sudah redha dengan segala keadaan..
Biarlah tiada cinta andai tiada bahagia..
Kemaafan sudah dipohon, biarpun tidak diterima sepenuhnya..
Tetapi kamu sudah menjalankan tanggungjawab yang dituntut..
Bukan hak kita untuk memaksa, tapi hak kekasih hati itu untuk menerima..
Jauhilah kekasih hati itu untuk seketika, demi mengutip kembali diri kamu yang hilang..
Dan sekarang apa yang perlu, adalah memohon kemaafan, kasih sayang dan belas ihsan dari PENCIPTA..
Itu yang sebaiknya..
Bangkitlah teman dari mimpi-mimpi sedih dan luka itu..
Hidup ini perlu diteruskan, ianya takkan pernah terhenti hanya kerana cinta yang terputus ditengah jalan..
Ingatilah dia secara sederhana, demi menjaga hatimu sendiri..
Aku disini masih lagi teman yang sama..
Seperti mana dahulu, aku tetap akan menjadi pendengar yang setia dan cuba meminjamkan sedikit semangat dan kebahagiaan andai itu yang diperlukan..
Datanglah padaku andai kamu perlukan aku..

p/s : Maaf teman, kerana aku paparkan kisah luka kamu itu dihalaman aku.. Sekadar berkongsi bicara dengan mereka yang sudi membaca.. Doa aku, semoga kamu bertemu bahagia dengan dia yang lebih mampu menghargai kehadiran kamu didalam hidupnya..


-AkU-
Syurga Addin...
16:07 Petang...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment