Wednesday, February 9, 2011

~Pesan buat seorang anak~

"Aku tujukan penulisan ini buat seorang anak yang telah lupa diri sendiri hanya kerana mengejar nafsu dunia.. Bukan bertujuan untuk memalukan kau.. Tetapi sekadar satu pesanan daripada seorang yang berpangkat kakak yang seringkali terfikirkan kau.. Biarpun kau telah buang aku dari hidup kau.. Tapi kau tahu setiap kata-kata aku bukan dusta.. Aku bukan kenal kau sehari dua.. Tapi sepanjang hidup kau.. Bulan ni umur kau naik lagi setahun.. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, tiada ucapan dan kata-kata yang ingin aku sampaikan.. Rasanya tak perlu, dan aku pasti kau juga tidak mengharap.. Bertambahnya umur kau bermakna berkurang lagi kehidupan kau.. Dan seharusnya kau juga sudah matang dan dewasa untuk berfikir sebaiknya sebagai seorang manusia yang punya akal fikiran.. Kau bukanlah anak kecil yang boleh dipukul dan diajar bila setiap kali kau buat kesilapan.. Kau sudah terlalu dewasa untuk dididik bagaimana menghormati orang tua.. Taraf kau hanya seorang anak.. Belum naik lagi sebagai seorang isteri mahupun seorang ibu.. Walau taraf kau seorang isteri pun dan syurga terletak pada redha suami.. Belum lagi agama menghalalkan kau untuk berkata sesuatu yang boleh melukakan hati seorang ayah.. Kau patut sedar diri sendiri.. Kau hidup atas belas ihsan, kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah.. Dialah ayah, dan dialah ibu.. Mungkin dia bukan ayah terbaik yang kau ada.. Tapi dia adalah ayah kau.. Tak ada apa yang boleh menidakkan hak itu.. Kalau kau boleh baca tulisan ni.. Aku nak kau faham betul-betul apa yang cuba aku sampaikan.. Bukan aku nak bangga diri sebagai seorang anak.. Tetapi sekurang-kurangnya aku sedar diri aku siapa.. Dan belum lagi aku disumpah atau dituduh anak derhaka oleh ibu bapa sendiri.. Kau kena ingat, kau juga akan jadi seorang ibu jika diizinkan Allah swt.. Kau akan merasa juga bagaimana lara dan dukanya hati bila anak yang kau tatang dan sayang serta cintai berpaling dari kau semata-mata kerana orang luar yang belum tentu mampu menjamin syurga akhirat.. MasyaAllah.. Janji Allah swt itu benar dan nyata !! Renunglah diri.. Cerminlah peribadi.. Berfikir guna akal yang waras.. Bertindak guna hati yang ikhlas.. Usah pentingkan diri sendiri, kelak kau akan merasa betapa sakitnya dikhianati.. Jangan terlewat waktu.. Baliklah ke pangkal jalan.. Hati seorang ayah, walau sesakit mana pun.. Andai diraih keampunan.. Dirayu kemaafan.. Pasti lebur segala amarah yang terpendam.. Jangan nanti kau hanya mampu menyembah tanah kubur yang merah.. Di waktu itu, pastinya segala kesalan dan tangisan tidak berguna lagi.. Aku bercerita dari sudut seorang anak yang pernah melukai hati seorang ayah.. Namun luka yang aku ukirkan tidaklah sedalam dan seperit yang kau ciptakan.. Dan demi syurgaku, aku padamkan segala ego yang merajai hati dan jiwa untuk sebuah kemaafan dan keampunan yang tak terhitung manisnya.. Kau juga harus begitu.. Usah biar dendam terus menghuni hati yang hitam dan kotor !! Doa aku setiap saat.. Moga kau akan sedar akan kebenaran yang terbentang dihadapan mata.. Dan kembali menjadi anak yang solehah.. Pulanglah.. Hati seorang ayah yang telah lama terguris harus kau ubatinya dengan kata maaf dan keinsafan.. Hapuskanlah airmata yang sekian waktu mengalir dipipi tua yang kian dimakan usia.. Renungkan.. Fikirkan.. Dan sedarlah.."

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Kata-kata yang aku paparkan di atas bukan sekadar tulisan kosong tanpa makna..
Disitu ada kemarahan, kesedihan, kelukaan, kerinduan, kedukaan dan segala rasa hati yang lara..
Mewakili hati seorang ayah yang aku kenal sepanjang usia aku hampir 30 tahun..
Menelah jiwa hampa seorang lelaki tua..
Entah la.. Sukar meneka hati seorang anak..
Tidak kasihkah ? Tidak sayangkah ? Tidak cintakah ?
Apa sudah lupakah dia pengorbanan seorang ayah membesarkan anak-anak tanpa seorang suri ?
Aku hanya mampu berbicara disini..
Sementelah suara aku telah lama dinafikan haknya untuk sampai ketelinga dia..
Lantas apa lagi yang tinggal..
Hanya kata tanpa suara..
Andai matanya sudi menatap ungkapan yang lahir dari nurani seorang kakak..
Maka.. disini aku tinggalkan secebis pesanan..
Kiranya dia terbaca..
Fahamilah.. Mengertilah.. Disaat dirinya mungkin sedang berbahagia..
Ada hati yang sarat terluka.. Memendam segala-galanya..
Dan aku tak mampu menjadi penawar luka itu..

















-AkU-
Syurga Addin...
22:37 malam...

5 comments:

  1. hahahaha! lu ape barang tiru wa???
    wa pon wat jugakkk! tp, ayat ta la berbunga+beralas mcm lu! bwerkkk!

    hakhakhaka!!
    p/s: harap2 dye bace laaa :)

    ReplyDelete
  2. kurang-kurang gua tak la publish nama dia.. tu dah kira mengaibkan !! gua reti gak beralas dari lu !! Ces !! hehe.. ye.. ye.. harap2 dia baca la..

    ReplyDelete
  3. hakhakhak! sape2 yg rapat tawu lerrr..
    klaw ta, ta tawu ler.. :P

    ReplyDelete
  4. wa nk komen gk ! sy sngt cntek ! hee

    ReplyDelete
  5. ahhh !! setakat tunjuk dada kira cantik la ye ??!! heh !!

    ReplyDelete