Monday, February 7, 2011

~Suami saya...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Orang yang mencintai aku, menyatakan hasrat ingin memiliki aku, melafazkan ijab dan qabul seterusnya mengangkat darjat aku hingga takhta yang teratas dari seorang wanita, isteri hingga menjadi ibu.. dan orang yang mencintai aku akan memimpin aku menuju ke syurga akhirat..."


Ada beberapa teman yang bertanyakan tentang suami aku..
Kenapa dalam blog ni jarang sangat aku menceritakan tentang suami..
Kenapa ya ?
Urmm.. Tak perlu rasanya.. Cukup sekadar orang tahu aku sudah berumahtangga..
Ada juga aku bertanya pada suami..
Perlukah aku bercerita tentang dia di sini..
Katanya, cukuplah dia jadi supporting actor je.. Hehehe..
Cuma entry kali ni aku akan bercerita serba sedikit tentang suami dan aku..
Selamat berkenalan dengan suami aku..


Mohamad Azhan bin Mohamed Adnan..
Dilahirkan pada 24 July 1969, di Air Lanas, Jeli, Kelantan Darul Naim..
Dibesarkan di dalam keluarga yang besar..
Terdiri dari 7 orang adik beradik dan suami merupakan anak kedua dan juga anak lelaki sulung..
Mempunyai seorang kakak dan 5 orang adik lelaki..
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Kai Chih dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kamil sehingga tingkatan tiga dan meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Krai..
Menyambung pelajaran di Federal Institute of Technology di Taman Taynton View dalam bidang Electrical Engineering..
Kemudian terus bekerja di beberapa buah syarikat di ibukota..
Perkenalan kami bermula sewaktu suami sebagai agent Unit Trust di Arab Malaysian Unit Trust..
Dan aku bekerja di tempat yang sama..
Perjumpaan yang kerap membuatkan hati sama-sama terpaut..
(tak pasti siapa yang jatuh hati dulu..Hehe..)
Dua tahun menyulam cinta dengan melalui pelbagai ujian dan dugaan..
Cinta kami dipatrikan dengan ijab dan qabul yang pertama pada 1 May 2004..
Dan kemudian melalui ijab dan qabul yang kedua pada 7 October 2006..
Kami dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel pada 2 May 2007 diberi nama Muhammad Airel Etiqaz yang setahun selepas itu ditukar namanya kepada Muhammad Imad Addin atas sebab-sebab tertentu..
Kehidupan berumahtangga bukanlah semudah yang dijangka..
Seperti pasangan lain, kehidupan kami juga dilanda badai dan taufan..
Adakala umpama semilir yang bertiup lembut..
Dan ada ketika ribut taufan yang menjelma..
Alhamdulillah, setelah enam tahun melayari bahtera..
Kami mampu mengharungi segala ujian dan dugaan biarpun bukan sekecil dan semudah yang difikirkan..
Untuk pengetahuan pembaca, suami pada permulaannya bukanlah seorang lelaki yang menjadi idaman hati aku..
Sewaktu bujang dahulu, antara ciri-ciri lelaki idaman hati aku adalah yang lebih tinggi dari aku, romantik, suka membuat kejutan, pendengar yang baik, mengingati segala tarikh penting dan pelbagai lagi ciri-ciri yang biasanya diidamkan seorang wanita muda..
Jujur aku akui, suami bukanlah seorang lelaki yang romantik, dia juga bukan seorang pendengar yang baik..
Sukar sebenarnya untuk mendapatkan perhatiannya bila aku perlukan seseorang untuk berbicara..
Maka disebabkan itulah aku lebih gemar menulis.. Hehe..
Akan tetapi dalam keadaan tertentu, suami lebih bijak berfikir dan mencari jalan penyelesaian tanpa perlu ada pertelingkahan yang panjang..
Sepanjang enam tahun dialam rumahtangga, hanya sekali suami pernah memberi hadiah pada aku..
Itu pun tanpa sebab dan alasan sebenarnya..
Cuma hati dia terpaut kepada barang itu, maka dibelikan dan dihadiahkan kepada aku..
Nak harapkan dia untuk ingat tarikh harijadi mahupun ulang tahun perkahwinan..
Hmm.. Tak perlu la nak harap sangat..
Akan tetapi setelah lama mengenali suami..
Jujur aku katakan..
Dalam hati aku tak mungkin ada orang lain selain dia..
Mengapa ?
Suami adalah satu-satunya lelaki yang mampu membuka pintu hati aku untuk mempercayai rumahtangga..
Setelah satu demi satu perkara yang membuatkan aku menolak alam perkahwinan dulu..
Uikss !! Kenapa ??
Urmm.. itu rahsia peribadi antara aku dan Allah swt..
Setiap hari aku berdoa untuk kami berjumpa kembali di syurga akhirat setelah kami kembali mengadap PENCIPTA nanti..
Tu je la kut..
Lebih-lebih nanti kata over la pulak ye !! Hehe..
Lain kali aku cerita lagi..






















~Inilah suami saye.. Susah sket nak ambik gambar dia.. hehe~

-AkU-
Syurga addin...
17:57 petang...

3 comments:

  1. nyampah! :P
    bajet laki lu hensem laa???
    wekkkkkkkkkkkkkk!!!!

    ReplyDelete
  2. laki gua memang hensem.. bakal laki lu je muka pecah rumah !! wakakak !!

    ReplyDelete
  3. opsss !! lu dah takde bakal.. sume pun dah lari tinggalkan lu kan ??!! hakhak !!

    ReplyDelete