Tuesday, March 8, 2011

~Adilkah kita ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semalam.......
Usai solat, aku termenung seketika..
Aku terfikir satu persoalan dan situasi..
Waktu awal-awal kawin dulu..
Seringkali aku persoalkan keadilan suami antara aku dan madu..
Urmm.. Itu perkara biasa dalam institusi keluarga yang berbilang peringkat (poligami).. Hehe..
Tapi, lama kelamaan persoalan itu hilang dan tak pernah timbul dipihak aku..
Cuma baru semalam aku terfikirkan tentang itu..
Andai kata soal itu ingin aku tanyakan lagi pada suami..
Aku harus bertanyakan pada diri sendiri dulu..
Cukup adilkah aku selama hari ini ??
Adil pada siapa ??
Adil pada orang sekeliling aku..
Adil pada suami..
Adil pada keluarga..
Adil pada anak-anak..
Adil pada teman-teman..
Dan yang pentingnya..
Cukup adilkah aku pada diri sendiri ??
Bagaimana nak dikira keadilan pada diri sendiri ??
Adilkah aku pada perasaan sendiri ?
Adilkah aku pada hati sendiri ?
Adilkah aku pada tubuh badan sendiri ?
Adilkah aku pada minda sendiri ?
Adilkah aku pada keseluruhan diri sendiri ?
Apa kaitannya ??
Ya.. Ada kaitannya..
Adilkah aku pada perasaan, bila aku selalu merasa syak wasangka pada orang lain..
Maka merosakkan perasaan aku sendiri..
Adilkah aku pada hati, bila selalu ingin orang menjaga hati aku..
Tapi aku sendiri membiarkan hati merasa resah dan gelisah..
Maka melukakan hati sendiri..
Adilkah aku pada tubuh badan sendiri, bila termenung memikirkan perkara bukan-bukan hingga mengabaikan kesihatan dan makan minum..
Maka membiarkan penyakit bermaharajalela..
Adilkah aku pada minda, bila selalu memikirkan perkara negatif tanpa mahu menimbang balik dengan perkara positif..
Maka membuatkan fikiran aku jadi tidak tenteram..
Adilkah aku pada keseluruhan diri sendiri, bila seringkali menyalahkan orang lain untuk setiap keadaan tanpa mahu muhasabah diri sendiri..
Maka jadilah aku orang yang bongkak, egois dan mementingkan diri sendiri..
Ini apa yang aku fikirkan sepanjang petang di tepi pintu kaca sambil memandang butir-butir hujan yang tidak jemu membasahi bumi..
Lantaran itu suka untuk aku ingatkan kita semua termasuk diri aku sendiri..
Andaikata ada ketika ingin kita persoalkan tentang diri orang lain..
Pergilah duduk atau berdiri dihadapan cermin..
Dan renunglah sepuasnya..
Muhasabah diri sendiri sebelum meneliti diri orang lain..
Jangan terus-terusan menghukum orang lain tanpa merenung sedalamnya pada diri kita sendiri..
Telah Allah swt jadikan manusia ini tidak sempurna..
Pasti ada kekurangan dan kelemahan..
Terima la segala yang diberi oleh PENCIPTA..
Sebagaimana orang lain menerima diri kita..
InsyaAllah.......


P/s : Bila aku luahkan pada suami apa yang aku fikirkan.. katanya "Baguslah kalau boleh fikir macam tu, tak la peningkan kepala abang".. Aku jawab.. Semua tu aku belajar dari pembacaan.. Maka jangan marah bila rumah jadi macam library.. bacaan itu la juga yang banyak mematangkan aku.. (Pssttt !! Ada sape-sape nak hadiahkan aku buku ?? Aku sudi je terima.. Hehe..)


-AkU-
Syurga Addin...
19:47 senja...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment