Wednesday, March 9, 2011

~Hadirnya dia...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah lama dia pergi..
Meninggalkan dunia yang sementara ini..
Menghitung detik untuk bertemu PENCIPTA..
Perginya dia 11 tahun yang lalu..
Meninggalkan satu perubahan untuk diri aku..

HADIRNYA DIA...

Waktu itu aku baru mencecah usia 6 tahun..
Bila diperkenalkan aku pada seorang wanita yang perlu kupanggil "auntie"..
Berbadan agak besar, berkulit putih cina, berambut panjang, wajahnya agak garang terhias make up yang bermacam..
Setiap kali bersua, aku dicium dan dipeluk..
Kemesraan dia mengundang keselesaan dalam hati aku..
Biarpun seringkali tertanya mengapa wanita ini begitu rapat dengan abah..
Namun persoalan itu terungkai bila ijab qabul mereka berlaku diwaktu usiaku mencapai 7 tahun..
Takdir Ilahi, siapa kita untuk mempersoalkannya..
Dan panggilan "auntie" itu bertukar kepada "mama"..
Ya ! Aku punya seorang "mak" dan seorang "mama"..
Kehidupan dengan mama tidak la seindah yang disangka..
Kerana selaku anak kecil..
Aku merasakan mama umpama cuba merampas kasih sayang abah kepada aku..
Biarpun keadaannya tidak la sebegitu..
Naluri kecil aku seringkali berasa cemburu dengan mama..
Maafkan aku mama..
Tahun demi tahun hidup bersama mama..
Segala keperluan aku cukup dijaga oleh mama..
Aku antara kanak-kanak bertuah bila setiap kali raya..
Berpasang baju baru dan perhiasan dibeli mama..
Semata-mata untuk aku nampak cantik dan kemas dihari raya..
Tak cukup bersyukurkah aku ?
Ya, kerana hati aku masih lagi terseksa..

PRASANGKA...
Bila sahaja seorang anak perempuan mama lahirkan..
Terasa seluruh kasih sayang abah dan mama diserahkan buat anak itu.. adikku..
8 tahun menjadi anak bongsu membuatkan aku berkecil hati dengan kehadirannya..
Tiada lagi perhatian dan kasih sayang buatku..
Ternyata hanya aku yang prasangka..
Maafkan aku mama..
Tahun demi tahun mama menghadiahkan aku 2 orang lagi adik perempuan..
Aku terasa semakin jauh dengan abah dan mama..
Segala-galanya diserahkan kepada mereka bertiga..
Aku ?? Diberi tanggungjawab untuk mengasuh adik-adik..
Argghhh !! Hati kecilku selalu memberontak..
Namun tak pernah terluah walau sedikit pun dihadapan mereka..
Biarpun cemburu dengan adik-adik, namun masih terselit perasaan sayang sebagai seorang kakak..
Manakan tidak..
Aku yang menjaga dan mengasuh mereka dari sejak lahir..
Aku yang menyuap makanan ke mulut mereka..
Aku yang memandikan mereka..
Aku yang menidurkan mereka..
Aku yang menjaga pakaian mereka..
Semua ini membuahkan perasaan kasih dan sayang buat mereka..
Biarpun aku cuba menafikannya..
Sewaktu usia aku 12 tahun..
Aku tinggalkan mama untuk bersama mak..
Tak lama, 2 tahun sahaja aku berkesempatan dengan mak..
Dan aku kembali bersama mama semula..
Biarpun begitu.. Mama tetap menerima aku sebagai anaknya..
Layanan mama masih sama biarpun aku sudah pandai memberontak melalui gerak bahasa tubuh..
Biasa la, darah remaja yang sedang panas..
Aku tahu, aku banyak membuatkan mama kecil hati dan terasa hati..
Namun mama tetap menjalankan tugas sebagai seorang ibu..
Maafkan aku mama..
Ouh ya, mama juga telah melahirkan seorang adik lelaki untuk aku..
Satu-satunya anak lelaki dalam hidup mama..

AKU PERGI LAGI...
Aku mulai memahami perasaan mama sewaktu aku ditingkatan 4..
Dan sekali lagi aku tinggalkan mama untuk bersama mak..
Sewaktu aku  menduduki SPM, aku menumpang sekejap dirumah mama yang berdekatan dengan sekolah..
Setelah habis peperiksaan, aku terus pergi..
Kali ini aku tinggalkan mama dalam keadaan mama sakit..
Dan waktu ini aku sangat jarang bertemu mama..
Sementelah mama juga sudah berpindah ke Melaka dengan abah dan adik-adik..
Dan ketika itu aku tak lagi berjumpa mama..
Aku sudah lama mengetahui tentang penyakit mama..
Namun tak pernah aku tahu betapa menderitanya mama..

KASIH ITU KEMBALI MENGHUNI...
Kemuncak penderitaan mama aku ketahui ialah sewaktu mama dimasukkan ke HKL..
Setiap hari aku bersama seorang kakak melawat mama..
Tak tertahan airmata aku mendengar keluhan hati mama..
Disitu mama luahkan segalanya..
Disitu aku memahami mama..
Disitu kemaafan mama pohonkan..
Disitu kemaafan aku hulurkan..
Disitu dendam dihati aku terlerai..
Disitu kasih sayang aku untuk mama mulai mekar..
Disitu aku menyedari segalanya terlewat..
Dari keadaan mama, aku tahu masa untuk mama tak banyak yang tinggal..
Dan masa untuk aku juga hampir tiada..
Mama dibawa pulang ke rumah abangnya..
Saat itu airmata aku tiada lagi..
Aku relakan pemergian mama..
Biarpun ini yang terakhir aku menatap wajah mama..
Namun di wajah itu terukir kedamaian dan ketenangan..
Amanat terakhir mama untuk menjaga adik-adik, aku pegang hingga sekarang..
Akan tetapi, aku hanya manusia yang tidak pernah sempurna..
Mereka juga insan yang punya kekurangan dan kelemahan..
Maka, disitu aku hampir gagal..
Jasad mama disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Kuari, Cheras..
Sudah sekian lama aku tidak "mengunjungi" mama..
Namun setiap ketika ada doa untuk mama yang aku titipkan lewat solat..
Suatu detik nanti, akan kuhadirkan jua diriku ke sana..
Menyusuri kenangan diwaktu mama masih bersama..
Akan kuceritakan kisah sepanjang peninggalan mama..
Kisah aku, abah dan adik-adik..
Biarpun mama tak mampu mendengar..
Biarkan.....
Bersama doa dan harapan moga ditempatkan mama bersama para muslimin..
Ingin juga aku titipkan kata-kata..
"Selamat Ulang Tahun Buat Mama Yang Ke-53 Tahun"..


**...Melalui mama aku belajar menjadi insan yang tabah, sabar, cekal, berusaha, yakin, tidak putus asa, memberi dan menerima dan pelbagai lagi.. Yang pentingnya, melalui mama aku belajar untuk memaafkan dan melupakan dendam.. Mama mengajar aku erti hidup.. Aku kini bukan lagi aku yang dulu.. Maafkan aku mama.. Hingga hujung nyawa, aku tetap menyayangi mama sama seperti ibuku sendiri...**


-AkU-
Syurga Addin...
12:17 tengah hari...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment