Friday, May 27, 2011

~Yakinkah kita ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Sempat juga aku buat pulut kuning, rendang paru dan pulut manis (wajik) kelmarin..
Takde apa tujuan pun..
Saja je terasa nak makan..
Pulut kuning dengan rendang tu memang dari minggu lepas lagi aku nak makan..
Tapi pulut manis tu aku buat untuk Incik hubby..
Sebab dia memang tak suka pulut kuning..
Cuma tengah hari dan petang semalam ada beberapa berita gembira yang aku terima..
Maka makanan yang ada tu aku agihkan kepada beberapa orang..
Antara berita gembranya ialah..
Adik aku Wai, lulus exam dia sekaligus melayakkan dia ke semester seterusnya..
Dan seorang lagi adik aku Jijie, lulus dengan Anugerah Dekan..
Bangga ?? Mestilah !! Kakak mana yang tak bangga ??
Biarpun kadangkala aku usik-usik diorang fail dalam exam..
Tapi dalam hati aku sentiasa berdoa diorang akan lulus dengan cemerlang..
Maka terbalas la segala jasa papa membesarkan diorang..
Dan ada lagi dua berita yang akan aku kongsikan di entry akan datang..
Ini berita sensasi.. Hehe..
Tapi aku yakin dengan janji Allah swt..
Oke.. Sebenarnya aku nak bercerita tentang benda lain..
Hari ni aku terima dua panggilan dari teman rapat..
Seorang (A) mengadu tentang hubungan cinta dengan bossnya..
Seorang lagi (B) baru sahaja kehilangan anak yang dikandungnya..
Sedih ?? Ya.. Aku yang mendengar pun rasa sedih..
Apatah lagi mereka yang mengalami..

Cerita A..
Dah lama sebenarnya dia bercinta dengan boss dia ni..
Sebelum ni tak la kerja sekali.. Baru-baru ni saja..
Cuma kebelakangan ni banyak masalah yang terjadi..
Ouh.. boss dia ni someone husband.. Ehemm !!
Lama dah diorang bercinta..
Memang la nak kawin..
Masalahnya, member aku ni banyak kali kena "guna-guna" oleh isteri pertama..
Jenuh dah berubat sana-sini..
Dan yang terbaru dia cerita..
Kekasih merangkap boss dia ni selalu bad mood dengan dia..
Nangis-nangis dia bercerita..
Kesian la jugak.. Tapi bila fikir balik..
Kalau kita dah teringin nak berkongsi, maka kena tanggung semua risiko..
Bila dia minta nasihat..
Aku bagi kata dua..
Sama ada dia "berhenti terus" atau "redah je"..
Dia kena fikir sampai habis..
Dan satu lagi aku nasihat..
Cuba-cuba la buat solat Taubat, Tahajjud dan Hajat..
Minta dengan Allah..
Allah itu Maha Mendengar..
Asyik minta dengan manusia je, sampai bila..
Yakinlah dengan Pencipta.. Dia tak pernah mungkir janji..

Cerita B
Seorang lagi ni baru je kehilangan anak dalam kandungan..
Dia cerita, suami dia macam serik nak bagi dia mengandung lagi..
Sebelum ni dia dah cerita..
Tapi aku bagi kata-kata nasihat dan sokongan macam biasa..
Cuma kali ni aku terus-terang dengan dia..
Aku cakap..
"Awak tau tak kenapa Allah tak bagi anak tu kat awak ? Sebab awak suka merungut ! Risau sangat bila anak tu lahir nanti tak cukup perbelanjaan awak satu keluarga.. Kena ingat setiap anak tu ada rezeki masing-masing.. Kena yakin dengan janji Allah ! Bila awak dah merungut macam tu.. Agaknya sebab tu Allah tarik balik anak tu.. Senang la hidup awak, tak payah fikir pasal tak cukup makan.."
Dia balas..
"Bukan la kata merungut.. Tapi sekarang ni pun cukup-cukup je makan kitorang anak-beranak.. Nanti kalau tambah lagi satu, silap-silap kitorang makan nasi kosong je.."
Aku pun balas lagi..
"Bersyukur la dapat makan nasi kosong.. Ada jugak nasi.. Ada orang yang lagi miski tu, makan siput babi je anak beranak.. Awak nak cakap apa ??"
Dia gelak je..
Aku cakap lagi..
"Kena yakin dengan Allah.. Rukun Iman ke 6- Percaya kepada Qada dan Qadar.. Tapi awak ni tak percaya.. Sebab tu sangka dan fikir yang bukan-bukan !"
Dia jawab..
"Percaya.. Tapi hati ni banyak kali berbelah bahagi.. Nak buat macam mana.."
Endingnya sebab aku geram.. Aku jawab macam ni..
"Tak percaya la tu.. Kalau mulut je kata percaya tapi hati kata tak.. Tu dah jatuh macam was-was.. Tak boleh macam tu.. Kena percaya dan yakin 100%.. Baru la kehidupan kita tenang dan aman.. Awak fikir la balik.."
Dia masih lagi gelak-gelak sebelum letak phone..

Aku tak kata aku bagus.. Sebab aku juga masih belajar tentang Islam dan Iman.. Cuma aku sampaikan apa yang aku tau.. Jangan kedekut ilmu.. hehe..

Ouh ya.. kat bawah ni gambar pulut aku.. Tapi dah habis la semalam..

*Gambar tak berapa clear.. Ni masa masih panas lagi..

*Hehe.. Ini santapan pertama aku.. Huhu.. Sedap !! Pulut manis (wajik) aku tak sempat nak ambik gambar..

**Keyakinan 100%.. Lafaz dengan lidah, percaya dengan hati dan bertindak dengan tubuh badan.. Mungkin kaedah aku lain dari orang lain.. Yang penting kena percaya pada Allah 100%..**
-AkU-
Syurga Addin...
17:27 petang..

4 comments:

  1. hahaha...tu lah. org ckp kan, ape kite cakap tu DOA. lepas ni, kene la slalu kata Y pass!! YAHOOOOO!!

    kawan A - no komen.

    kawan B - firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 :

    "Sesungguhnya jika kamu bersyukur dengan nikmat-Ku, pasti akan Ku tambahkan nikmat kepadamu...." =)

    ReplyDelete
  2. Tak nak cakap depan kau.. Nanti kau riak !! hikhik !!

    ReplyDelete
  3. Cerita A: terpulang pada dialah..ok gak nasihat awak tu...kebetulan awak pun ade experience.

    Citer B: Setuju gak, kawan awak tu macam tak caye dgn rezeki Allah, Anak tu kan pembawa Rezeki. Org kg saye, ade je anak berbelas2, alhamdulillah..cukup je makan minum derang wlupun dok kg. Mana tau dgn ade ank baru, Allah bagi lagi rezeki pd famili dia, cam gaji bertambah naik ke..dpt side income kat mana2 ke...hmmm...kadang2 susah nak paham kan...

    sian kat awak yg blom2 dpt rezeki anak. Saye doakan semoga awak cepat2 dapat rezeki anak ni. Amin

    ReplyDelete
  4. Akma..
    Terima kasih sudi singgah dan beri pendapat..
    Kadang-kadang kita curiga dengan janji Allah, sedang kita percaya dengan bisikan palsu syaitan.. Mengapa begitu ? Kerana tipisnya tahap keimanan kita..

    Ouh.. Saya dah ada seorang anak lelaki.. Cuma tak normal seperti kanan-kanak yang lain.. Akma boleh baca kat sini.. http://aku-alam.blogspot.com/2010/11/imad-sakit-apa.html

    ReplyDelete