Tuesday, July 5, 2011

~Manusia semakin hilang pertimbangan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni aku harus gagahkan diri memandu ke Kuala Lipis untuk menghantar Bonda yang mengurut My Honey Dew dalam pantang..
Badan belum berapa sihat lagi..
Tapi tanggungjawab tetap akan aku laksanakan..
Aku ingin bercerita satu kisah..
Malam tadi aku bercerita dengan seorang teman..
Teman yang setiap ketika menemani aku sejak alam persekolahan lagi..
Antara kami bukan sekadar hubungan biasa..
Lebih erat berbanding adik dan kakak..
Agak lama kami tidak meluah rasa..
Mungkin gerak hati aku dan dia sama..
Maka kami berhubungan melalui talian untuk saling bertukar kisah..
Bercerita hampir satu jam di talian..
Membuatkan aku termenung seketika setelah talian diputuskan..
Dan aku bertanya pada diri sendiri..
Mengapa manusia semakin hilang pertimbangan ?
Kisah hidup dia umpama satu cereka yang saban waktu kita tonton di layar televisyen..
Cerita tentang manusia yang selalunya tidak berpuas hati dengan kehidupan orang lain..
Cuma kali ini datangnya dari darah daging sendiri..
Keluarga yang disangka sentiasa memberi sokongan dan dorongan..
Rupa-rupanya sekadar lakonan semata..
Bukan sehari dua mereka mengkhianati..
Tetapi sudah bertahun lamanya..
Apa agaknya rasa hati bila disakiti begitu ?
Ya.. Sakit yang amat sangat ! Kerana aku juga pernah mengalaminya..
Bila difikirkan.. Teganya hati menyakiti saudara sendiri..
Menjadi gunting dalam lipatan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan..
Namun manusia ini semakin sukar berfikir menggunakan akal..
Sementelah nafsu lebih dulu bersuara..
Seharusnya semakin lanjut usia kita..
Maka semakin matang kita untuk berfikir..
Ini bukan masanya lagi untuk kita hanya berfikir tentang diri sendiri..
Tetapi lihat dan fikirkan juga tentang orang lain..
Aku bukan cuba menjadi orang tengah pelerai masalah..
Tetapi sekadar mampu berbicara tanpa suara..
Dengan harapan mata-mata yang membaca mampu belajar sesuatu..
Entah la..
Bila bercerita tentang perangai manusia yang berbagai ini..
Aku jadi lelah..
Apa yang dapat aku katakan pada teman ini..
Bersabar la.. Semua ini hanya dugaan untuk dia mendapat kebahagiaan..
Hidup tak akan terlalu mudah untuk kita harungi..
Andai keinginan itu mudah untuk kita perolehi..
Kemungkinan kita tidak akan menghargainya..

*Gambar ini sewaktu aku sampai di Lipis petang tadi.. Hanya berehat seketika dan aku terus memandu pulang ke Kuala Lumpur.. Sampai lebih kurang pukul 10 malam tadi..*

**Pesan buat teman ini.. Cari la aku setiap ketika kamu memerlukan.. Aku sentiasa sudi menjadi pendengar setia.. Aku tetap sama seperti dulu.. Seperti saat pertama kita bertemu dan menjadi sahabat..**

-AkU-
Syurga Addin...
22:17 malam...

2 comments:

  1. assalamualaikum p'milik syurga addin...

    kisah teman saudari itu sememangnya tak lekang dalam hidup kita.. cuma itulah hakikatnya, drama tv yg saban hari ditonton seakan2 tiada pengajaran buat mereka.. seolah2 menyuruh utk diikut.. yg tak elok diikut, yg baik tak pula dicontohi.. pelik2..

    pada kita yg masih mempunyai akal kurniaan Illahi biarlah ianya menjadi benteng mengawal nafsu yg tiada had dan batasnya hinggakan saudara sendiri menjadi korban..

    p/s: terima kasih berkongsi cerita buat pengajaran brsama..

    nice n sweet pose.. klik LIKE 1000x :)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam sUcI..

    Ini la yang dinamakan kehidupan.. Tiada kesempurnaan dalam hidup setiap dari kita.. Itu hanya secebis kisah.. Derita di sini, mungkin bahagia "disana".. Allah Maha Pengasih.. Beringat dan bersyukur la sementara kita masih mampu menghela nafas..

    p/s : Terima kasih kembali..

    urmm.. err.. no comment..

    ReplyDelete