Thursday, October 6, 2011

~Bila orang biadap !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Beberapa hari badan aku tak berapa sihat..
Ini keadaan biasa untuk orang macam aku..
Hari ni Alhamdulillah.. Ada sedikit tenaga untuk buat kerja..
Hmm.. Tajuk aku kat atas tu..
Tentang seseorang yang berpangkat adik daripada aku..
Entah la.. Aku tak kacau orang..
Dan aku harap orang juga tak kacau hidup aku..
Tapi yang jadi sebaliknya..
Mungkin dia rasa dia dah "terlalu besar" untuk maki aku macam-macam..
Aduhhh... Cuma yang tak boleh nak fikirkan..
Anak-anak muda sekarang memang tak tahu langsung nak hormati orang yang lebih tua..
Seharusnya makin dewasa kita..
Maka makin matang bicara dan perbuatan kita..
Jangan ingat kedudukan kita membolehkan kita berbuat apa sahaja tanpa mempedulikan orang lain..
Allah swt tak menjadikan semua itu satu ukuran..
InsyaAllah semua benda ini tak mempengaruhi keadaan aku seharian..
Bagi aku, budak ini belum cukup matang biarpun sudah berumahtangga..
Maka aku maafkan sahaja segala caci maki yang dilemparkan keatas aku biarpun apa yang terjadi bukan berpunca dari aku..
Sepatutnya bila berlaku salah faham begini..
Harus la dia memohon maaf kerana tersilap sangka..
Tapi sebaliknya aku dimaki..
Huh !! Siapa yang patut disalahkan ??
Ibu bapa dia ?? Aku tak fikir macam tu..
Dia dah cukup dewasa untuk membezakan baik dan buruk..
Nak kata tak sekolah.. Dia dah lebih dari sekolah..
Ini la bahananya bila manusia dikawal oleh nafsu..
Segalanya dibuat tanpa berfikir dengan akal yang waras..
Sedar la.. takkan selamanya kita hebat dan gagah..
Suatu masa nanti kita akan jatuh juga ke bawah..
Jangan sampai waktu itu kita menyesal dengan segala kata-kata yang pernah terlepas dari mulut kita..
Perempuan.. Kesopanan tingkah laku dan bicara adalah segala-galanya..
Bila mulut kita terlalu lancang berkata-kata..
Bimbang itu menjadi punca kehancuran kita..
Terpulang pada kita untuk berfikir dan memilih..



**Satu lagi untuk aku ingatkan.. Jangan sesuka hati menggelar seseorang itu anak haram.. Itu memang sangat biadap !! Aku punya mak dan abah yang sah.. Apa perasaan kau bila orang menggelarkan kau sebegitu ?? Jangan terlalu suka berbuat dosa sesama manusia.. Kerana dosa sesama manusia harus ada keampunan dari manusia itu sendiri.. Bayangkan andai kita "pergi" tanpa sempat meminta keampunan.. Malangnya..**


-AkU-
Syurga Addin..
23:27 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment