Friday, December 30, 2011

~9 Bulan.. Antara Kami~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Makin hari makin berat badan ni..
Dah tak larat nak bawak badan sendiri..
Betul la kata orang..
Dah macam penguin berjalan.. Hehe..
Oh ya.. Aku nak berkongsi dengan pembaca Syurga Addin..
Aku telah pun memasuki bulan yang ke 9 dalam arena mengandung.. Hahaha..
Melampau betul ayat..
Ya ! Aku dah cukup 9 bulan 15 hari, hari ni..
Tunggu masa je nak bersalin..
InsyaAllah, kalau sempat bertahan..
Anak ini akan keluar bulan January nanti..
Bersabar ya baby.. Jangan keluar hujung tahun.. Tak best ! Hehe..
Kali ni aku dan Incik Hubby bercadang untuk bersalin di Kelantan..
Kalau diizinkan olehNYA la..
Badan aku tetap maintain macam sebelum mengandung..
Cuma perut je makin besar..
Yang lain semuanya sama.. Tak kembang pun..
Separuh orang, memang habis kembang satu badan..
Tapi aku sama je..

Betul, aku tak pernah share lagi berita ni dalam entry blog Syurga Addin..
Kenapa ?? Urmm.. Entah la.. Belum bersedia kut..
Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang 9 bulan aku mengandung ni..
Tapi Alhamdulillah, Allah masih bersama aku untuk menempuh segala dugaan dan ujian yang datang..
Aku sudah semakin matang dan bersedia menghadapi tekanan dalam kehidupan..
Berbanding dengan waktu aku mengandungkan Imad dulu..
Memang banyak dugaan yang aku tak mampu tangani sendirian..
Dan boleh kata macam pesakit mental pulak.. Haha..
Tinggal lagi belum boleh register kat wad je..
Itu maknanya Allah masih sayangkan aku dan beri aku peluang untuk memperbaiki kehidupan aku..
Alhamdulillah, syukur..
Dan atas sebab tu juga la aku masih bernafas hingga ke hari ini..

Waktu entry ni aku tulis..
Aku, Incik Hubby dan Imad berada di Kelantan..
Bukan buat persiapan untuk bersalin..
Tapi Incik Hubby ada kerja di sini..
Maka, aku pun selaku "setiausaha tak berbayar" ikut la sekali.. Hehe..

Rentetan sepanjang aku mengandung..
Waktu bulan kedua hingga keempat..
Banyak kali aku bleeding..
Tapi "jodoh" kami masih kuat..
Sepanjang bulan kelima hingga sekarang..
Aku jarang dapat berehat sepenuhnya..
Bulan July hari tu..
Aku terpaksa mengemas rumah sorang-sorang sebab nak pindah rumah..
Masuk bulan Ogos dan masuk rumah baru..
Sekali lagi aku kena mengemas rumah..
Memang tak ada orang yang tolong selain Incik Hubby membantu mana yang berat-berat sangat..
Sepanjang bulan puasa, Alhamdulillah puasa aku penuh walaupun badan tak sihat mana..
Imad yang sentiasa aktif lagi tak mengizinkan aku untuk berehat..
Hari Raya seperti tahun-tahun yang lalu, aku bersama-sama Imad menyediakan apa yang patut untuk jamuan kami berdua di pagi raya..
Tiga kali check up terakhir ni bacaan HGB aku rendah, platlet pun rendah jugak..
Jenuh dah makan macam-macam ubat dan makanan..
Doktor pun tak tahu kenapa..
Disuruh aku rujuk ke HKL..
Tapi atas faktor tiada siapa boleh memandu aku kesana..
Maka...................... tak pergi la..
Dan hari ini.. sekarang ni..
Aku hanya mampu terbaring je atas katil..
Menahan sengal-sengal kat badan dan punggung..
Dan sakit kat betis hasil dari kekejangan dua hari berturut-turut..
Sama macam ibu-ibu mengandung yang lain..
Tak daya nak masak.. Sempat makan kek sepotong je tadi..
Imad pun macam kurang sihat hari ni..
Seharian asyik tidur je..
Huh !! Dugaan.. Dugaan..
InsyaAllah.. Aku boleh atasi semuanya..
Ouhh.. Anak bergerak-gerak.. !!
Mungkin memberi semangat dan perangsang..
Tak sabar rasanya nak melihat wajah gabungan cinta antara aku dan suami..



**Doakan semoga aku selamat bersalin nanti.. Moga dapat aku didik anak-anak kami dengan tangan aku sendiri dan menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah.. InsyaAllah..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment