Monday, July 2, 2012

~Aisy Dhiya Sufia ::6 Bulan::~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni 2 July 2012..
Genap la usia Dhiya 6 bulan..
Dah besar Dhiya.. Dah pandai macam-macam..
Rasa masa cepat je berjalan..
Tengah hari tadi buat pertama kali Dhiya disuap bubur..
Selalunya Dhiya tengok je bila Abang Imad makan..
Tapi kali ni Dhiya dah boleh makan sekali..

*Hari ni Dhiya bangun awal.. Pukul 8 dah bulat matanya.. Ni gambar baru lepas mandi..

*Ini la bubur Dhiya.. Campuran ayam, sawi, carrot dan telur.. Bahan utama sudah tentu la beras..

*Ini lepas bubur dah kena blender.. Terang sangat gambarnya.. Hehe..

Pukul 12.30 tengah hari Dhiya dah mula makan..
Sudu pertama tu Dhiya nganga mulut..
Tapi lepas tu buat muka pelik.. Haha..
Entah apa la rasanya..
Layan jap muka-muka Dhiya 1st time makan..

*Mula-mula ok je muka, lepas tu....... Hahahaha !!

Macam-macam la Dhiya ni..
Tengok gelagat Dhiya..
Hati tengah marah ke, sedih ke, sakit hati ke..
Terus jadi baik..

video
*Masa ni Dhiya tengah syok tengok video Barney.. Hehe..

Banyak lagi nak tulis pasal Dhiya..
Tapi memang tangan ni tak sempat nak menaip..
Macam banyak sangat la kerja aku ni.. Haha..
Nanti-nanti la kalau berkesempatan.. InsyaAllah..

-AkU-
Syurga Addin..
16:17 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment