Wednesday, July 4, 2012

~Dhiya dan Abang Imad..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lama dah tak ada entry pasal Imad..
Bukan lupa.. Tak la..
Cuma "sibuk" nak highlight Dhiya je.. Hehe..
Semenjak Dhiya dah pandai meniarap dan menjengah ke seluruh ceruk rantau ni..
Tak boleh nak tinggalkan Dhiya sesuka hati..
Kalau nak masak atau nak basuh baju ke nak kemas rumah..
Kena pastikan Dhiya sibuk melayan Barney..
Baru boleh buat semua tu..
Kalau tidak, alamatnya memang kena cari Dhiya bawah kerusi atau bawah meja..
Bila nak suap Imad makan kat bilik Imad..
Kena bawa Dhiya sekali..
Dan Dhiya akan cuba kacau Imad atau sebenarnya nak mintak perhatian dari Abangnya..
Cuma Imad je yang buat tak tau..
Kalau rajin Imad akan layan jugak..
Aku upload gambar-gambar Dhiya dan Abang Imad sepanjang 6 bulan ni..
Layannnnnnnnnn........................

*Gambar ni bertarikh 12 January 2012.. Nampak muka Abang Imad excited dapat adik.. Hehe..

*Gambar ni bertarikh 23 February 2012.. Abang Imad tak berapa nak layan Dhiya..

*Gambar ni bertarikh 16 March 2012.. Nampak muka Abang Imad terpaksa biar Dhiya duduk atas riba dia.. Haha..

*Gambar ni bertarikh 27 May 2012.. Imad boleh layan Dhiya sebab seronok dapat jalan-jalan..

*Gambar ni bertarikh 30 May 2012.. Dhiya dah mula mengganas.. Hahaha.. Terseksa Abang Imad melayan kerenah Dhiya !!

*Gambar ni bertarikh 31 May 2012.. Dhiya memang suka buat muka bila ambik gambar..

*Gambar ni bertarikh 5 June 2012.. Lepas je ambik gambar ni, Dhiya terus kacau Abang Imad isap susu.. Nakal Dhiya ni !!

*Gambar ni bertarikh 15 June 2012.. Nampak tak Abang Imad pegang kepala ?? Hahahaha.. Abang Imad pun pening nak layan Dhiya..

*Gambar ni bertarikh 21 June 2012.. Abang Imad memang dah mengantuk.. Tapi sebab Dhiya, digagahkan juga mata tu nak melayan kerenah adik.. Baiknya Abang Imad..

*Kasih seorang Abang kepada Adik.. Biarpun Dhiya suka kacau Abang Imad.. Sempat lagi Abang Imad cium Dhiya.. **Terharu::Tersentuh**

Betul.. Imad tak macam budak-budak seusianya yang lain..
Kalau budak 5 tahun yang normal..
Dah boleh tolong ibu tengokkkan adik kalau ibu nak buat kerja..
Tapi Imad hanya boleh "kerjakan" adik kalau ibu tinggalkan adik dekat dia..
Namun jauh di sudut hati Imad..
Ibu tahu Imad gembira dapat adik..
Sebab tu Imad tak pernah marah bila Dhiya kacau masa Imad tengah makan..
Atau dhiya tarik botol masa Imad tengah isap susu..
Tak pun masa Dhiya tarik rambut Imad waktu Imad tengah tengok kartun..
Imad pun tak marah bila tengok Dhiya tidur nak kena dukung atau belai dan dodoikan..
Kadang-kadang Imad juga turut ketawa bila Ibu geli-geli perut Dhiya nak bagi Dhiya ketawa..
Ahhhh.. Imad sangat istimewa..
Biarpun Ibu lebihkan masa dengan Dhiya..
Setiap hari Ibu cium dan bisikkan pada Imad..
"Ibu sayangkan Imad sangat-sangat !"
Dan Ibu harap sangat Ibu sempat jaga Imad sampai Imad besar..
Kalau tidak, Ibu harapkan Dhiya untuk jaga Imad..
Sebab Ibu tak tau sama ada Imad mampu berdikari atau pun tidak di masa hadapan..
Namun setiap hari Ibu berdoa..
Moga Allah beri peluang untuk Imad mampu memahami sepenuhnya kehidupan di dunia ini tanpa perlu kawalan orang lain..
InsyaAllah.. Allah mendengar isi hati Ibu..
Kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Aameenn...................

**Ibu bangga punya dua permata yang sangat berharga ini.. Setiap kesakitan sewaktu mengandungkan kalian dulu, tidak terasa bila setiap hari menatap wajah anak-anak Ibu yang penuh ceria dan warna-warni..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:27 Tengah Malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment