Monday, July 2, 2012

~Mahkamah Syariah~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Petang yang hujan..
Basahnya bumi kerana langit "menangis"..
Basahnya pipi kerana hati menangis..

Mahkamah Syariah..

Kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam mahkamah syariah..
Kalau tak silap aku, masa aku darjah 4..
Kerana membicarakan tentang tuntutan harta sepencarian antara mak dan papa aku..
Dan selepas itu beberapa kali juga aku ke sana menemani saudara ataupun teman-teman..
Hal aku sendiri ??
Urmm.. Ada tiga kali..
Sewaktu hendak berkahwin dahulu..
Masa tu aku hanya terbayang drama dalam tv..
Cerita-cerita orang dalam mahkamah..
Cewahhh !! Macam berlakon la pulak.. Haha..
Tapi perbicaraan aku banyak disulami senyum dan ketawa..
Memang hakim tu pandai buat lawak..
Tapi dalam lawak ada pengajaran..
Oke.. Cukup cerita pasal aku..
Beberapa bulan kebelakangan ni..
Banyak cerita tentang rumahtangga yang aku dengar dari sekeliling dan baca di laman sosial..
Cerita yang melibatkan mahkamah syariah..
Aku nak cerita satu pengalaman aku semasa menemani seorang teman baik ke mahkamah syariah untuk pengesahan lafaz cerai dari suaminya..
Kisah ini berlaku bulan 10 tahun 2011..
Alkisahnya.. Satu malam, tiba-tiba best friend aku ni sms..
Mengadu macam-macam..
Sememangnya antara kami tiada rahsia..
Ouh ! mana mungkin tiada rahsia..
Ada la sikit, mana boleh semua benda cerita kat orang.. hehe..
Terkejut jugak aku bila dia bagitau, suami dia dah lafaz cerai sewaktu mereka bergaduh..
Mengucap panjang aku masa tu..
Kesian ada.. Marah ada.. Macam-macam perasaan pun ada..
Dia minta aku temankan dia ke mahkamah syariah Kuala Lumpur yang dekat stesyen keretapi tu..
Setelah aku berbincang dengan Incik Hubby, maka kami bersetuju menemani dia..
Perbicaraan bermula pukul 8.30 pagi..
Tapi pukul 9 pagi baru la kami masuk ke dalam mahkamah..
Tempat duduk diletak berasingan..
Lelaki di bahagian kiri, wanita di bahagian kanan..
Aku tengok ada lebih kurang sepuluh pasangan termasuk kami..
Satu demi satu perbicaraan berlangsung..
Banyak jugak yang ditangguh ke tarikh yang lain..
Ada pulak pasangan yang tak hadir..
Sudah la kat dalam tu panas..
Maunya tak panas.. Tak ada air cond..
Dah la masa tu aku pregnant.. Rasa nak pitam pun ada..
Nak keluar, takut pulak mengganggu perbicaraan..
Maka aku pun curi-curi ambik gambar.. Hehe..

*Time ni hakim tak masuk lagi..

*Tu dia hakim.. Dan peguam..

*Antara kes cerai yang dibicarakan.. Beberapa orang yang duduk kat depan pakai tudung biru, kuning dan pic tu ada la student..

*Ini kes teman aku dan suaminya..

Kurang dari setengah jam bicara kes diorang..
Hakim buat keputusan, jatuh talak satu..
Dan mereka rujuk di situ jugak..
Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat mereka..
Talak bukan la perkara yang boleh dibuat main..
Kami tinggalkan ruang mahkamah itu dengan harapan..
Kami TIDAK akan kembali lagi..

Pengajaran yang aku dapat disepanjang hari itu ialah..
Jangan sesekali benarkan nafsu menguasai akal dalam masalah rumahtangga..
Lebih baik berbincang suami isteri..
Kisah rumahtangga kita bukan la cerekarama untuk tontonan umum..
Sebaiknya apa yang berlaku dalam rumahtangga..
Biar la hanya kita yang tahu..
Kecuali sudah tiada jalan penyelesaian..
Itu pun masih ada jalan lain melainkan Mahkamah Syariah..
Malu rasanya bila masalah rumahtangga kita terbentang untuk tatapan umum di mahkamah..
Bukan hanya diri kita yang dipertontonkan, tetapi maruah kita..
Kebanyakan kes yang aku dengar hari itu..
Bercerai hanya kerana sebab yang sangat remeh..
Ada juga dua kes cerai melalui sms..
Yang pertama kerana suami berkahwin lain dan isteri memaksa diceraikan..
Yang kedua kerana isteri enggan ikut balik ke kampung suami..
Haishhh !! Manusia semakin hilang pertimbangan..
InsyaAllah, aku cuba untuk menjaga kerukunan rumahtangga aku..
Agar tidak perlu untuk cerita kami didengar umum..
Mudah-mudahan Allah pelihara ijab qabul kami hingga ke Syurga Akhirat..
Aameen.......................................

**Apabila "perkahwinan" itu sekadar hiasan hidup.. Maka suami dan isteri itu tak ubah seperti patung dalam kotak kaca.. Tiada perasaan dan kasih sayang.. Dan pengakhirannya.. Perkara HALAL yang DIBENCI ALLAH.. Nauzubillah min zalik..**


Berita Tambahan :- Kalau sesiapa ada terbaca tentang kisah seorang lelaki warga Pakistan yang membunuh diri dengan terjun apartment setelah menolak dua orang anak-anaknya dari tingkat 21.. Isteri kepada lelaki tersebut merupakan kenalan aku sewaktu di sekolah menengah dulu.. Sherizuraidah.. Simpati dan takziah aku hulurkan kepada Sheri.. Dalam sekelip mata kehilangan permata hati yang amat disayangi.. Aku yang membaca pun terasa hampir luruh jantung ini, apatah lagi dia yang mengalaminya.. Moga Sheri tabah menghadapi ujian yang Allah berikan ini.. 

-AkU-
Syurga Addin..
14:07 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment