Saturday, February 2, 2013

~Abah.. Menyusul pula..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

كل نفس ذائقة الموت
Setiap yang hidup itu pasti akan mati..

Seratus empat hari selepas pemergian Ummi yang dikasihi..
Abah pula menyusul Ummi..

26 Januari 2013..
Selalunya memang aku tidur lewat..
Cuma malam tu mata aku tak nak lelap..
Imad dan Dhiya dah pun lena selepas penat bersenda gurau..
Melayan cerita di tv dan sesekali melepas pandangan pada skrin laptop..
Sehingga jam menganjak ke tengah malam..

27 Januari 2013..
Walau waktu sudah memasuki fasa tengah malam / awal pagi..
Mata aku tetap berkeras tak mau lelap..
Sedang melayan waktu yang terus berlalu..
Aku dikejutkan dengan gegaran dari handphone di bawah bantal..
Panggilan Incik Hubby di waktu jam menunjukkan pukul 4 pagi lebih bukan la sesuatu yang normal..
Dan berita yang disampaikan membuatkan jantung aku terhenti seketika..
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Abah telah pergi mengadap Yang Maha ESA..
Pemergian Abah tidak pernah diduga..
Dan rasanya aku tidak bersedia lagi untuk menerima berita sebegitu..
Tapi, semua ini ketentuan Ilahi..
Kita sebagai makhlukNYA tiada kuasa untuk melambatkan atau mempercepatkan sesuatu perkara..
Ahhhh !! Beratnya rasa yang ditanggung..

Aku bergegas siapkan barang-barang keperluan aku dan anak-anak untuk pulang ke Bumi Darul Naim..
Siap semuanya, aku duduk berzikir sementara menanti panggilan Incik Hubby..
Pukul 6 pagi lebih Incik Hubby call bagitau aku dan anak-anak tak perlu ikut balik..
Sebab Incik Hubby tak larat bawa kereta..
Maka dia menumpang naik kereta adik dari Bangi..
Sedih ?? Ya, sudah tentu sedih..
Sudah la aku tak dapat jaga Abah di saat-saat akhir usianya..
Aku juga tak dapat pulang untuk memberi penghormatan terakhir buat Abah..
Aku menangis di sisi Dhiya yang sudah pun terjaga..
Seolah faham dengan rasa hati aku..
Dhiya tenggelam dalam dakapan dan tangisan aku di hening Subuh itu..

Setelah beberapa ketika Incik Hubby pergi..
Aku menerima satu sms dari Incik Hubby..
Katanya dia menangis dan sedih yang teramat dengan pemergian Abah..
Dia juga seperti aku, malah lebih teruk lagi..
Pastinya pemergian Abah tak pernah diduga..
Aku titipkan satu pesanan pada Incik Hubby..
Pesanan khas buat Abah setibanya dia di Bumi Darul Naim nanti..
Biarpun hanya jasad Abah yang menerima pesan..
Moga Abah mengerti "disana" nanti..
Bila 'Asar merangkak pergi..
Aku terima pesan dari Incik Hubby..
Katanya, pesanan aku telah selamat mengiringi jasad Abah ke liang lahad..
Alhamdulillah..

*Antara kenangan bersama Abah yang masih aku simpan..

Tenang la Abah "di sana".. Di sisi Ummi tercinta..
Moga kasih sayang kalian, yang dipupuk di dunia, bakal bertemu kembali di Syurga Akhirat.. InsyaAllah..

**Hampir seminggu setelah Abah pergi mengadap PENCIPTA.. Baru aku terdaya menulis satu entry ini.. Bukan saja melengah masa.. Cuma setiap kali teringat Abah, kenangan antara kami tergambar di depan mata, membuatkan kolam mata aku sering melimpah keluar.. Aduhhh.. Abah.. Allah.. Allah.. Allah..**

~Abah Mohamed Adnan Bin Ghazali :: 02/04/1944 - 27/01/2013~

-AkU-
Syurga Addin..
06:27 subuh..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment