Tuesday, February 12, 2013

~Salute to Adam Corrie.. !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku dah lama tak tengok Melodi..
Alaaa.. rancangan yang kononnya sensasi kat TV3 tu..
Kalau dihitung, lebih kurang 2 tahun lebih..
Waktu dulu memang aku selalu tengok Melodi..
Time tu kerja rumah tak banyak..
Jadi banyak masa untuk menonton..
Dan lagi, dulu-dulu aku suka sangat mengambil tahu pasal artis..
So, semua cerita artis dalam tangan aku.. Hebat kan ?? Haha..
Cuma bila usia makin meningkat ni, timbul sikit kesedaran dalam hati..
Mengambil tahu pasal artis takkan menjanjikan kehidupan yang bahagia dan gembira untuk aku baik di dunia mahupun di akhirat.. Huuuuuuuuuuuu..
Itu pendapat aku, kalau kau orang ada pendapat lain..
Itu pendapat masing-masing..
Setelah 2 tahun lebih tak menonton Melodi..
Tiba-tiba Ahad yang lepas, tertengok pulak.. Haha.. Boleh la "tertengok" kannnnnnn..
Tapi tak la excited mana pun..
Sekadar tengok sambil lalu je..
Sementara anak-anak tengah tidur..
Sedang elok menonton tu..
Tiba-tiba terperasan masa segmen wartawan sedang menemubual pelakon Adam Corrie..
Aku jadi macam terpaku..
Oke.. Adam Corrie masa mula-mula aku kenal..
Masih lagi bukan muslim..
Masa tu aku hanya tau, Adam penari kat Akademi Fantasia..
Ada la tengok Adam berlakon watak sampingan, biasanya jadi penjahat la..
Dan bila terbaca berita Adam convert to Muslim sebelum berkahwin dengan isterinya sekarang..
Aku pun macam tak hairan pun..
Sebab berapa ramai artis Muslim berkahwin dengan pasangan yang bukan Muslim..
Setelah beberapa ketika berlalu..
Kadang-kadang membaca status Adam di fesbuk ( aku antara penge"like" fan page Adam )..
Aku macam melihat suatu kelainan..
Suatu kelainan yang jarang ada pada pasangan bukan Muslim yang convert to Muslim kerana ingin berkahwin..
Ya.. Adam lain..
Memang la ramai lagi pasangan yang convert to Muslim ni mengikut ajaran Islam..
Oke.. Kenapa aku highlight kan Adam ??
Sebab dia artis.. Terkenal.. Ternama.. Walaupun tak la segah mana.. Tapi tetap dikenali..
So, sedikit sebanyak dia menjadi role model untuk peminat yang bukan Muslim..
Oke sambung balik pasal Melodi..
Dalam tu lidah Adam lancar betul menyebut Alhamdulillah.. InsyaAllah.. Allah swt..
Dan ada pulak video pendek kalau tak silap aku Adam tengah azan atau iqamat.. Sorry , aku lupa..
Tapi antara dua tu la kalau tak silap..
Waahhhh... speechless..
Bukan la aku nak memperbesar-besarkan perkara ini..
Tapi aku sekadar nak lahirkan rasa kagum kepada isteri Adam, Fazima..
Kerana berjaya memelihara makna Islam dalam hati Adam..
Benar.. Besar tanggungjawab kita bila "menjemput" seorang yang bukan muslim ke dalam ajaran Rasulullah saw..
Alhamdulillah, Fazima berjaya.. Dan InsyaAllah, berkekalan hingga ke akhirnya..

Satu lagi yang aku suka dengan Adam ni..
Dia artis yang tak sombong untuk layan peminat..
Banyak comment peminat di status fesbuknya di balas walaupun tak semua..
Oh ya ! Adam juga follower aku di blog ni..

*Sila abaikan tulisan buruk tu.. Hehe..

*Ini ada la status Adam di fesbuk..

*Bulatan hijau tu ada la salah sorang antara "pemenat" Adam yang "menyibuk".. Haha..

*Ini first komen aku di blog Adam.. Dan reply dari Adam..

*Ini komen pertama Adam ketika berkunjung ke blog aku..

*Ini komen kedua Adam setelah berkunjung lagi..

*Ini blog Adam dan Fazima.. Intai-intai la ya.. AdamFazi

**Ramai yang beragama Islam teruja untuk berkahwin dengan pasangan yang bukan Muslim.. Tapi kebanyakannya tak bersedia memimpin pasangan mereka untuk lebih mengenali dan mencintai Islam.. Sementelah, mereka berkahwin hanya sekadar untuk menghalalkan yang haram.. Sedang mereka lupa tanggungjawab memimpin saudara baru ini berat.. Terdayakah kita untuk menanggung dosa pasangan andaikata kita pemimpin yang gagal ? Gagal bukan kerana kita telah mencuba, tapi gagal kerana kita hanya memandang ringan perkara ini.. Semoga kita semakin sedar dengan tanggungjawab yang harus dipikul.. Hidup bukan hanya untuk berhibur di syurga dunia.. Tapi lebih kepada mencari makna diri dan berusaha untuk ke syurga akhirat..**

-AkU-
Syurga Addin..
16:17 petang..

6 comments:

  1. Betul tu kak...sy mcm tetiba sgt minat pd abg adam n pasanganye...kak fazima...sweet sgt diorg klu tgk luaran...hrap2 dlaman pn mcm tu jgk..
    Sllu jgk sy intai2 fb abg adam sbb kdg2 bnyak dia selitkan nasihat2 kearah kebaikan...yg jrg sy dpt dr artis lain yg asalnye mmg ISLAM..

    ReplyDelete
  2. macamana yg sorang tu leh ter anterprem tuh? hehehe.. baru tgk ulangan tanah kubur si adam corie ni blakon..

    ReplyDelete
  3. kak sofie gambar tu kan buatkan link ke entry yg di print screen..

    ReplyDelete
  4. @azstory
    Hahaha.. Tak apa la.. dia pun nak nyibuk jugak.. Bagi can la !
    Dah lama tak tengok tanah kubur.. Memang insaf la..

    ReplyDelete
  5. @azstory
    Ye jugak la.. Tak terfikir pulak.. nanti nak buat.. Timo kasih la ye !! ^_^

    ReplyDelete
  6. @Anonymous
    kan ??? Memang nampak sweeeeettttt sangat ! ^_^ InsyaAllah, macam mana luaran begitu jugak dalaman.. Kita doakan..
    Tu la.. Mereka lebih lagi mencari makna Islam dari kita yang memang asalnya Islam ni.. Malu pulak rasanya..

    ReplyDelete