Wednesday, December 18, 2013

~Hidayah itu milik Allah swt..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Minggu ni hari-hari cuaca panas..
Hujan semacam merajuk untuk turun walau setitis pun..
Ini la masanya kita bersyukur sesudah Allah turunkan hujan setiap hari..
Awan kelabu kelihatan berarak seakan membawa titis-titis hujan..
Namun belum tentu hamparan bumi akan basah kembali..

"...Allah tidak melihat permulaan seseorang hambaNYA..
Tapi Allah melihat pengakhiran mereka..."




Seringkali aku mendengar kata-kata ini..
Benar..
Seandainya Allah kehendaki, maka pasti mereka akan berubah..
Hidayah Allah tidak mengenal siapa..
Pangkat atau darjat mahupun keturunan..
Biar siapa pun kita dahulu..
Itu bukan penentu pengakhiran perjalanan kita nanti..
Usah la berbangga dengan amal ibadat kita yang sedikit..
Dengan memperlekehkan amalan orang lain..
Kerana kita sendiri tidak mampu menentukan siapakah diri kita di masa akan datang..
Mungkin suatu masa, orang yang kita hina dan caci itu..
Lebih sempurna amalannya dari kita..
Siapa tahu ??

Semasa mengikut Incik Hubby outstation di Kuantan..
Kami menumpang rumah kakak aku di sana..
Seharian ditinggalkan Incik Hubby dirumah..
Bila balik saja malam itu ada cerita yang ingin disampaikan..
Nampak excited sungguh..
Katanya ada seorang pemuda India yang baru dikenali..
Sewaktu sedang duduk di dalam kereta..
Tiba-tiba pemuda itu meluahkan betapa dia sebenarnya percaya Allah itu ESA..
Dan sesungguhnya tiada agama lain yang mampu menandingi kehebatan Islam..
Incik Hubby hanya terdiam berfikir sesuatu..
Kenapa pemuda India itu bercerita tentang Islam bila dia sendiri seorang ATHEIST ?
Setelah puas bersoal jawab..
Baru la Incik Hubby tahu kisah sebenar..
Pemuda itu sebenarnya sedang mencari agama yang sebenar-benarnya boleh membimbing dia ke jalan yang benar..
Alhamdulillah, hati dia terbuka untuk mengenal Islam dengan lebih dalam lagi..
Incik Hubby sibuk mengaturkan urusan pemuda India ini untuk memeluk Islam..
Pulang saja ke Kuala Lumpur..
Kami menjemput pemuda India itu dan pasangannya ke rumah..
Berbicara dengan lebih dalam lagi tentang hasrat hatinya..
Maka hari yang ditetapkan, pemuda itu telah pun selamat "berhijrah"..
Sewaktu itu kami di Kuantan sekali lagi..
Incik Hubby hanya menyampaikan perkhabaran gembira itu kepada aku melalui telefon..
Dan pemuda India tadi yang hanya dikenali sebagai RYAN telah memilih nama Muhammad Adam Rayyan bin Abdullah..
Nama yang di cadangkan oleh Incik Hubby sendiri..
Alhamdulillah, moga rahmat dan kasih sayang Allah swt akan sentiasa bersama-samanya..

Satu lagi kisah ada la mengenai dua orang teman yang berbeza cara perkenalan kami..
Seorang ada la bekas rakan sekerja..
Dan seorang lagi ada la teman di alam maya..
Rakan sekerja itu dahulunya agak kurang mempraktikkan ajaran Islam..
Mungkin keadaan sekeliling yang membuatkan dia begitu..
(Pada pandangan dan pengamatan aku)
Rasanya aku pernah tanya pada dia, kenapa dia berpakaian seksi..
Pakaian dia sewaktu bekerja dahulu agak seksi..
Katanya, mamanya tidak pernah melarang atau menegur cara pemakaian dia..
Maka tak ada salah rasanya dia berpakaian begitu..
Biarpun begitu, kami tetap bersahabat..
Banyak kisah yang kami kongsikan bersama..
Kami berpisah sementara setelah dia berhenti kerja dan bekerja di tempat lain..
Dan bertemu semula di Laman Muka Buku..

Rakan alam maya ini pula..
Memang seorang wanita berhijab..
Cuma hijabnya seperti kebanyakan wanita..
Hijab yang tidak sempurna menutup aurat..
(Apa yang aku lihat pada beberapa gambarnya)
Kami berkenalan secara tidak sengaja..
Dari hanya bertegur sapa..
Kami mula berbual mesra..
Dan terjadi la satu pertemuan..

Benar, mereka berbeza..
Cuma apa yang sama antara mereka ada la..
Waktu dan ketika ini.. Mereka telah berubah..
Menjadi lebih baik dari semalam dan kelmarin..
Ya, siapa sangka ?
Aku sendiri tidak menyangka perubahan itu..
Aurat mereka ditutup lebih sempurna..
Bukan saja berhijab tapi berniqab..
Menjaga kecantikan hanya untuk suami dan bukan tatapan lelaki lain..
Hati mereka telah terbuka untuk menerima hidayah Allah..
Alhamdulillah, moga mereka terus istiqomah..



*Buat sahabat ini.. Terima kasih kerana menjadi sahabat biar pun kita berbeza keadaan.. Doakan aku juga bakal bersama kalian dan mendapat hidayah Allah swt.. InsyaAllah.. Ameen..*

-AkU-
Syurga Addin..
17:27 petang..

2 comments: