Sunday, June 15, 2014

~Imad Anak Istimewa..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Muhammad Imad Addin...



Ini cahaya mata kami yang pertama..
Sewaktu lahir dulu..
Kami berikan nama Muhammad Airel Etiqaz..
Nama ini aku yang pilih berpandukan nama-nama yang dicadangkan oleh adik-adik..
Entah apa tak kena dengan nama itu..
Aku jarang sekali memanggil anak dengan salah satu dari nama-nama tu..
Aku lebih selesa dengan panggilan "anak" atau "anak Ibu"..
Maka setahun selepas itu kami tukarkan namanya dengan nama yang lebih mempunyai makna dan lebih mudah disebut..
Dan Alhamdulillah, nama itu kekal sehingga ke hari ini..
Agak sukar juga sebenarnya bila bertukar nama ni..
Segala dokumentasi anak di hospital juga perlu dibuat fail yang baru berdasarkan pada nama yang baru.
Tapi, Allah permudahkan segala urusan.. Alhamdulillah, syukur..

Imad Yang Kecil..


Benar, lahirnya Imad hanya seberat 885 gram..
Pergelangan kaki Imad hanya sebesar lilitan ibu jari aku..
Dan panjangnya antara lutut hingga pergelangan kaki Imad hanya la sepanjang jari kelingking aku..
Segalanya masih jelas diingatan biarpun telah 7 tahun berlalu..
Memang agak sukar untuk aku terima sewaktu mula-mula dikhabarkan doktor yang Imad tidak akan normal seperti kanak-kanak yang lain..
Lantaran masalah yang dialami semasa dalam kandungan dan juga sewaktu bersalin..
Tertekan.. Sangat tertekan sebenarnya keadaan aku ketika itu..
Sementelah lagi pandangan dan kata-kata hinaan serta cercaan segelintir manusia..
Membuatkan aku terus melutut, terduduk dan hampir jatuh tertiarap..
Namun semangat si kecil ini yang membuatkan aku bangkit semula untuk terus berjalan biarpun lontaran "duri" dan "kaca" masih terus-terusan berlaku.. (hingga ke hari ini sebenarnya)

Imad Penawar Duka..



Benar, aku sudah terlalu banyak menangis..
Hinggakan tiada lagi airmata untuk ditangis..
Dan melihat wajah dan keletah Imad buatkan aku mampu senyum dan ketawa semula..
Imad mengajar aku untuk terus tersenyum biarpun hati pedih terluka..
Imad menyorak aku untuk terus ketawa walaupun jiwa sarat menanggung duka..
Bersama Imad aku menyusuri hari-hari yang membahagiakan kami dalam dunia kami yang tersendiri..

Imad Yang Mengajar Aku..



Benar, tak semua ibu bapa berpeluang untuk punyai anak seistimewa ini..
Hanya yang betul-betul terpilih saja yang mampu..
Dan ternyata, setiap ujian yang Allah berikan, ada hikmah yang tak kita ketahui..
Bersama Imad aku belajar erti menerima segala dugaan Allah..
Bersama Imad aku belajar erti redha dengan ketentuanNYA..
Bersama Imad aku belajar erti sabar dengan segala masalah yang ada..
Bersama Imad aku belajar erti kekuatan untuk bangkit kembali..
Bersama Imad aku belajar erti keyakinan untuk terus melangkah..
Bersama Imad aku belajar erti bahagia..
Bahagia kerana Allah telah berikan aku rezqi anak biarpun sebegini..

Imad Yang Istimewa..



Biarpun Imad tidak senormal kanak-kanak lain..
Tapi Imad istimewa dalam kelasnya yang tersendiri..
Mungkin Imad tak pandai bercakap..
Tapi aku tahu apa keinginan Imad biarpun tanpa percakapan..
Mungkin Imad tak pandai berjalan..
Tapi aku ada sebagai "kaki" untuk Imad menikmati dunia luar..
Mungkin Imad tak pandai berdikari..
InsyaAllah, aku akan sentiasa di sisi bila saja Imad perlukan..
Ya, Imad istimewa..
Istimewanya Imad kerana dia cahaya mata pertama kami..
Kerana dia mengajar kami sesuatu yang baru..
Kerana dia memberikan kami pengalaman yang paling berharga..
Kerana dia menjadikan kami Ibu dan Ayah yang penyabar..
Kerana Imad, kami.. Ibu dan Ayah lebih menghargai antara satu sama lain..



**Ada yang kata anak OKU ini diberi padaku sebagai balasan dari Allah kerana menjadi isteri kedua.. Mudah-mudahan Allah memberi rahmat dan kasih sayang yang melimpah ruah buat orang ini.. Aku percaya Allah tidak zalim untuk berbuat demikian.. Ibu sayang sangat pada Imad.. Biar la apa yang orang mahu kata.. Ibu tak pernah menyesal dikurniakan anak seperti Imad.. Orang akan terus berkata-kata.. Kerana mereka cemburu melihat kita bahagia.. **

***Special people were given to special parents as a SPECIAL BLESSING FROM ALLAH..***

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

11 comments:

  1. Sedih aku baca kak...tp sesungguhnya kaulah insan yg allah pilih yg mampu menempuh semuanya...sedangkn insan2 yg mencemuh belum tentu mereka dpt
    melaksanaknya..tidakkah mereka tahu anak istimewa ini telah allah janjikn syuga buat mereka...dan menjadi isteri kedua mungkin salah disisi isteri petama tp x salah dimata allah, itu yg penting.. Kerna manusia selalu manilai dan menhukum sedangkn itu bukan pekerjaan mereka ...proud of u kak... Terus tabah untuk imad &keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ida.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. cakap lebih2 karang, orang kata kita perasan baik.. susah betul.. Tak apa la.. Allah tahu apa yang dirancang untuk hambaNYA.. mudah2an All permudahkan segalana.. Tima kasih banyak ya Ida..

      Delete
  2. Subhanallah...saya juga isteri kedua yg sekarang sedang hamil anak pertama...biarpun sy lansung tidak diterima, biarpun sy meletakkan hak sy sebagai isteri di tangga yg terakhir....sy masih tetap tidak diterima hanya kerana sejarah keluarga mertua yg mendendami poligami...sy dihina..dicaci depan publik tanpa simpati...dipaksa bercerai n memang telah diceraikan namun kuasa Allah..kami rujuk tanpa pengetahuan mereka & seterusnya Allah anugerahkan hadiah bermakna dalam hidup saya...sy serahkan segalanya pada Allah...sekiranya Allah ambil nyawa saya ketika melahirkan pun sy tetap redha kerana mungkin ini sahaja yg akan menenangkan hati mereka yg menzalimi sy selama ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabar la Puan.. setiap dugaan yang Allah berikan itu, ada hikmah yang tersendiri.. Biar la mereka yang suka menghina dan mencaci maki itu.. Banyakkan berdoa, kerana doa orang yang teraniaya itu, tiada hijab antara dia dengan PENCIPTA.. Mudah-mudahan Allah buka pintu hati mereka untuk menerima segala ketentuan Allah swt.. doa saya moga Puan akan terus kuat dan tabah untuk mengharungi segala sandiwara dunia ini.. berjuang la untuk hak bahagia puan dan bakal cahaya mata itu..

      Delete
  3. Assalamualikum pn, saya sungguh terkesan membaca blog pn sehingga sebak rasa hati. Bersabarlah kerana pasti ada hikmah yg terbaik di sebalik semua ini. Untuk Imad, Allah telah berikan dia ibu yang terbaik di dunia ini. Sy percaya anak ini yang akan membantu pn di Syurga kelak, Inn sha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam.. Terima kasih sudi membaca tulisan saya yang tak seberapa ni.. InsyaAllah, saya cuba bersabar dan menerima segala ketentuan Ilahi dengan hati yang redha.. Saya sebenarnya yang beruntung dikurniakan anak seperti Imad kerana terlalu banyak yang saya belajar dari Imad.. Mudahan-mudahan hati saya akan terus redha.. Terima kasih sekali lagi.. moga Allah swt merahmati kehidupan anda dan seluruh keluarga anda..

      Delete
  4. Semoga puan tabah dan kuat..imad mmg istimewa untuk ibu yg istimewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berkunjung ke mari.. Terima kasih juga kerana sudi memberi sokongan buat kami.. Iya, saya perlu kuat untuk Imad Dan anak-anak yang lain.. InsyaAllah, moga Allah permudahkan segalanya..

      Delete
  5. Ank sye istimewa..sbb x cukup jari..jari je x cukup bkn x de tangan.tp org ckp mcm2..pegi memancing lah..potong kaki ayam lah..walhal dorg x tahu bende ni doktor diagnose as amniotic band syndrome..kata lah ape nk kata..dorang sape nk menghina ciptaan tuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia akan sentiasa berkata-kata selagi mereka punya nafas.. ambil yang positif dan biarkan yang negatif.. jangan sampai kata-kata mereka mempengaruhi kehidupan kita.. Allah berikan anak istimewa ini kepada mereka-mereka yang terpilih.. Bertabah la Puan.. Moga Allah merahmati Puan sekeluarga..

      Delete
    2. Manusia akan sentiasa berkata-kata selagi mereka punya nafas.. ambil yang positif dan biarkan yang negatif.. jangan sampai kata-kata mereka mempengaruhi kehidupan kita.. Allah berikan anak istimewa ini kepada mereka-mereka yang terpilih.. Bertabah la Puan.. Moga Allah merahmati Puan sekeluarga..

      Delete