Sunday, May 31, 2015

~Anak Syurga Saya..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Pagi ni anak-anak semua tak bangun lagi..
Boleh la Ibu buat Kerja dengan senang hati..
Belek pokok-pokok, basuh baju, kemas rumah, lipat baju sambil tengok cerita..
Senang hati sungguh.. Hehehehe..

Oke, nak cerita tentang anak syurga aku yang pertama..
Muhammad Imad Addin..
Dah cukup 8 tahun pada 2 May yang lalu..
Kalau anak normal, dah masuk darjah 2..
Mesti pagi-pagi sibuk buat sarapan untuk anak sekolah..
Siapkan bekal ke sekolah..
Siapkan baju sekolah anak..
Hantar pergi sekolah..
Tunggu waktu anak balik sekolah..
Petang mungkin ke sekolah agama..
Atau sekadar kelas mengaji dan belajar agama..
Haishhh.. Tapi untuk aku..
Semua tu belum sempat tempuh lagi..
InsyaAllah, ada hikmahnya semua ini..
Kena redha dengan qada' dan qadar Allah swt..

Walau Imad tak pergi sekolah..
Tapi Imad tetap belajar kat rumah..
Selepas beberapa tahun yang lalu, Imad diserang sawan yang agak kerap..
Ubat pun makin bertambah dan dos juga bertambah..
Aku makin perasan, Imad dah tak mampu bertutur macam dulu..
Menyanyi pun Imad tak boleh..
Sepatah kata pun dah tak terluah..
Imad hanya boleh senyum, ketawa, menjerit dan menangis..
Jadinya, aku cuba untuk bolehkan Imad bercakap semula..
Permulaan, Imad dah boleh sebut "dah", "jom", "nak", "wan"..
Yang lain-lain mungkin ambik masa..
Dulu bila menyanyi lagu Twinkle Little Star, Imad boleh turut menyanyi..
Tapi sekarang, Imad hanya tersenyum dan ketawa bila aku menyanyi..
Tak apa la, mungkin Imad seronok dengan lagu tu..
InsyaAllah, kalau setiap hari disebut benda yang sama, Imad mungkin boleh bertutur semula..

Imad dah 8 tahun sekarang..
Sawan pun dah sangat jarang..
Aku mencuba pelbagai kaedah perubatan untuk Imad..
Alhamdulillah, ada rezeki Imad untuk sembuh..
Kaki Imad pun, sebelum ni dua-dua belah berjingkit..
Tapi buat masa sekarang, tinggal sebelah sahaja yang berjingkit..
InsyaAllah, dalam sedikit masa lagi, kaki Imad akan pulih..
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya untuk kami..

Imad tak banyak kerenah..
Imad boleh duduk dengan siapa saja..
Orang je yang tak sanggup jaga Imad sebab Imad tak reti duduk diam..
Kalau duduk dengan Wan (mak aku)..
Wan akan peluk Imad sambil berzikir..
Panggil nama Muhammad.. Imad pun tersengih suka.. Hehehe..
Imad tak cerewet pasal makanan..
Bagi la apa saja, Imad akan telan..
Minum pun Imad tak kisah..
Tapi aku control, tak bagi Imad minum air manis selalu..
Tak nak Imad hyperactive..
Bab tidur je agak susah sikit..
Imad akan tidur sendiri jika dia betul-betul mengantuk..
Kalau dipaksa tidur, Ibu kena peluk Imad sambil mengiring..
Tapi kena letak kain tuala siap-siap kat bawah kepala dan muka..
Sebab Imad akan keluarkan air liur sebanyak mungkin..
Itu macam protes sebab paksa dia tidur..
Lepas Imad dah tidur, baru la alihkan tuala tu..

Imad masih lagi pakai lampin..
Sebelum ni pakai diapers biasa..
Tapi sebab kos sara hidup yang tinggi..
Selagi boleh berjimat, kita cuba la berjimat..
Aku belikan Imad cloth diapers..
Leceh sikit la sebab kena cuci bila setiap kali Imad buang air..
Tak apa la, orang dulu-dulu pun gitu jugak..

Tahun ni hari lahir Imad tak buat apa pun..
Buat kuih sikit dan agih pada jiran saja..
First time buat kuih ketayap dan koci labu..


Alhamdulillah, menjadi.. Hehehehe..
Jadi la.. Imad pun boleh makan..



*InsyaAllah, selagi ada daya, Ibu jaga Imad sebaik mungkin.. Moga Allah permudahkan segalanya untuk kita tempuh dugaan dan cabaran selagi usia masih ada.. Ibu sayang sangat pada Imad.. Kasih Ibu tak pernah berbeza untuk anak-anak.. Moga Allah beri peluang untuk Ibu melihat anak-anak membesar depan mata dan memberi kekuatan untuk Ibu menjaga dan mendidik anak-anak mengikut ajaran Islam yang sebenar.. InsyaAllah.. Ameen, yarobbal'alameen..*

-AkU-
Syurga Addin..
11:07 pagi..

3 comments:

  1. Semoga terus tabah menjaga imad.. i know you are strong.. bukan strong macam badang.. tapi bukan juga strong macam hulk.. strong la.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh.. Strong macam Shrek.. Ehehehe.. Tunggu Dhiya dan Iyad besar, boleh la harap kat diorang..

      Delete
  2. trimakasih infonya...
    sangat menarik dan bermanfaat...
    mantap deh infonya...
    kunjungi balik yah nonton flim online di : http://inibos.com

    ReplyDelete