Wednesday, February 24, 2016

~Selangkah Menuju KepadaNYA..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Melihat wajah tenang anak-anak yang sedang lena..
Memberikan satu perasaan damai..
Ini harta yang tak ternilai saya miliki ketika ini..
Anak-anak ini la penyejuk hati, penenang jiwa, penghilang duka dan bermacam lagi..
Mereka yang menghiasi hari-hari kosong saya..

Tahun berganti.. Usia bertambah..
Selangkah lagi mendekati penghujung nyawa..
Saya sedang menghitung sebuah perjalanan kematian..
Entah sempat atau tidak melihat permata hati membesar depan mata..
Andaikata Allah menjemput saya lebih awal..
Sama ada berpunca dari penyakit yang sedia ada, mahupun sebab yang lain..
Namun saya tak pernah putus asa..
Saban waktu saya mohon belas ihsan Yang Maha Pencipta..
Agar diberi peluang dan ruang untuk mengiringi setiap langkah yang anak-anak saya atur..
InsyaAllah..


35 tahun.. Sekejap waktu beredar..
Sesekali pandangan saya tolehkan kebelakang..
Merenung jejak-jejak waktu yang telah saya tinggalkan..
Entah berapa banyak dosa pahala yang telah malaikat catatkan buat saya..
Moga masih ada kesempatan buat saya meraih keampunan Yang Maha Esa..
Menjadi muslimah sejati yang Solehah..
Sebagai persediaan di "alam sana"..


Pengalaman hidup itu mematangkan dan memberi pengajaran buat saya..
Mengajar saya erti sebuah kehidupan..
Mengajar saya makna kemanusiaan..
Mendidik saya maksud pengorbanan..
Mengasuh saya apa itu keyakinan dan keteguhan hati..
Dan saya masih terus melangkah menimba pengalaman buat meneruskan kelangsungan hidup..


Terima kasih ucapan dan doa keluarga serta teman-teman..
Moga Allah melindungi kita semua di bawah payung rahmat dan kasih sayang NYA..

Doa saya di ulang tahun kali ini..

Moga Allah swt beri saya..

Kekuatan hati untuk terus mencari jalan yang diredhaiNYA..
Ketenangan jiwa buat menghadapi ujian dan dugaanNYA..
Ketabahan hati untuk terus menyusun langkah di atas muka bumiNYA..
Keteguhan jiwa buat meraih kasih sayangNYA..
Dan moga Allah beri saya kesabaran dan melapangkan hati saya buat menghadapi makhlukNYA yang bermacam ragam..
Mudah-mudahan Allah swt mengasihani saya dan kita semua..
InsyaAllah, ameen..


*Tengah hari itu saya menerima ucapan kasih dari suami.. Menyusul pula satu pelukan dan ciuman cinta dari si dia.. Tiada hadiah katanya, melainkan doa buat saya menjadi muslimah yang diredhai oleh Allah.. Alhamdulillah, terima kasih suami.. Cukup sudah hadiah yang Allah beri.. Kebahagiaan dalam Syurga Addin.. Syukur ya Allah...*

-AkU-
Syurga Addin..
06:37 subuh..

2 comments:

  1. sanah helwah..benar..syurga kita di dunia ini adalah keluarga kita..kasih sayang suami & wajah anak2 penawar lara..saya juga baru menyambut ulangtahun kelahiran saya tapi bezanya saya menyambut tanpa suami lagi namun berulangkali saya ucap alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur utk melihat puteri kecil saya membesar. Saya juga seperti puan, isteri ke2 tapi saya telah diceraikan secara taklik oleh bekas suami hanya kerana isteri pertama mohon fasakh dan akhirnya kami semua bercerai pada tarikh yang sama jatuhnya talak mereka di mahkamah. Saya diberitahu secara sms pada tarikh yag sama bahawa bekas suami telah bertaklik lepaskan kedua2 isteri sekiranya dia terpaksa melepaskan isteri pertama. Bayangkan hari ini kita bersama, bergurau mesra...esok rupanya telah diceraikan secara taklik dan lebih hebat taklik itu tidak dibuat dihadapan saya...saya lalui dengan perit..saya jatuh lemah x berdaya...sekelip mata kehilangan suami dan saya tahu penceraian kami memang dinantikan oleh keluarga bekas suami & bekas madu setelah cubaan kali pertama mereka gagal apabila kami rujuk selepas bercerai secara paksa suatu waktu dahulu. Saya kumpul kekuatan utk melangkah dan saya yakin Allah beri saya ujian ini kerana saya kuat. Allah dah tunjukkan Allah sayang pada saya apabila dlm keadaan serba kurang, dizalimi & dihina, Allah rezekikan saya 2 permata...namun permata kedua saya gugur ketika dlm hanya 6 minggu dlm kandungan. Ye, saya masih menangis tapi saya masih tidak putus asa teruskan hidup sebagai hamba Allah yang faham apa ertinya makna hamba Allah. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam buat Puan yang dirahmati Allah..
      Terima kasih sudi singgah membaca penulisan saya yang tak seberapa ini..
      Allahuakbar, sayu sungguh membaca kisah Puan..
      Berat sungguh ujian yang Allah beri..
      Bersabar la Puan.. Tabah dan redha menerima qada' dan qadar dari Yang Maha Esa..
      DIA menguji kerana kasihkan hambaNYA..
      Bersangka baik untuk setiap dugaan..
      Mudah-mudahan kita peroleh rahmat dan kasih sayang NYA hingga ke akhirnya..
      InsyaAllah, ameen..

      Delete