Thursday, May 19, 2016

~Harta Dunia Yang Sementara..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hujan turun lebat beberapa hari ini..
Buat membersih duka..
Menghapus cerita luka..
Satu peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lalu..
Mengingatkan saya tentang kisah beberapa tahun yang telah lalu..

Dikala itu saya baru lepas bersalinkan Muhammad Imad Addin..
Sewaktu awal pernikahan dengan Incik Hubby..
Saya membeli sebuah kereta untuk kemudahan saya memandangkan kediaman kami di atas sebuah bukit..
Setelah mengandung, rezeki anak kami dapat menyewa di rumah atas tanah..
Selepas berhenti kerja, masa saya lebih banyak di rumah kerana menjaga anak syurga kami..
Menjalankan perniagaan dari rumah memudahkan saya..
Maka saya tidak perlu keluar rumah terlalu kerap..
Kereta yang ada tu pun hanya kadang kala saja digunakan..
Selang beberapa tahun, Incik Hubby minta izin untuk dipinjamkan kereta saya kepada jirannya..
Bukan pinjam sehari dua, tapi tempoh yang agak lama..
Alasannya kerana kereta jiran tu mengalami masalah dan agak banyak kos untuk diperbaiki..
Memang saya agak keberatan sebenarnya..
Itu la satu-satunya harta yang saya beli dengan hasil titik peluh saya sendiri..
Saya bayar bulanan kereta dan service..
Memandangkan suami ada perbelanjaan yang lain..
Walaupun saya sudah berhenti kerja, tetapi hasil dari perniagaan saya tetap mampu untuk membayar bulanan kereta..
Minggu pertama kereta saya dipinjam, saya luahkan resah hati pada Ummi angkat saya..
Kata Ummi,

"Tak apa la, harta dunia bukan boleh bawa mati.. Redha saja la.."

Saya jawab..

"Memang la tak boleh bawak mati, tapi orang bayar kereta tu, sedap-sedap bagi pinjam orang lain.."

Ummi kata..

"Kan bagus membantu orang dalam keperluan.."

Lepas tu saya diamkan saja..
Selang beberapa bulan..
Saya makin jadi hiba..
Sesekali saya "pinjam" kembali kereta di hujung minggu..
Ada saja perkara yang buatkan saya pilu..
Kereta saya tidak dijaga dengan sebaiknya..
Viper yang rosak, tidak pernah diganti..
Saya yang usaha untuk ganti..
Seat yang koyak dibiar begitu saja..
Saya yang usaha untuk menjahit..
Kereta saya service sendiri..
Sebelum "pulangkan" kereta, saya basuh dahulu..
Kereta bersepah dengan bermacam benda..
Saya usahakan untuk bersih..
Calar sana sini memang tak payah cerita la..
Sampaikan kereta pernah ditarik sebab suami culas untuk membuat pembayaran walaupun setiap bulan saya memberi duit..
Saya juga keluarkan separuh perbelanjaan untuk mendapatkan kembali kereta..
Hanya untuk memberi kesenangan kepada orang lain..
Bila saya suarakan pada Ummi.. Katanya..

"Kita membantu kesusahan orang lain, Allah akan memberi kesenangan kepada kita.."

Saya jawab dengan linangan air mata..

"Beri bantuan pada orang yang tak tau menghargai, hati pun jadi tak tentu arah.. Harta orang tau, Ummi.."

Ummi pandang saya dan sedikit tinggi suaranya..

"Kereta tu nanti takkan boleh bawak masuk kubur dan takkan boleh bantu kita seberang titian sirat untuk masuk syurga.. Belajar la untuk redha.."

Saya terus terdiam dan tak bersuara lagi..
Sesekali Ummi mengamuk, saya pun "segan" juga.. hehehe..
Selepas beberapa bulan, jiran Incik Hubby sudahpun memperbaiki keretanya..
Maka, dapat la semula harta saya walaupun dipulangkan dengan tiada kesempurnaan..
Ada juga saya dengar jiran ini ingin menampung kos membaiki kereta saya..
Namun kata-katanya bagai angin lalu..
Kereta itu tetap begitu sehingga dijual..



Sedih ? Ya..
Marah ? Ya..
Redha ? Ya.. saya harus redha kerana telah tertulis rezeki itu untuk dikongsi bersama orang lain..
InsyaAllah, Allah telah janjikan rezeki yang lain buat saya..
Hanya perlu tunggu waktu dan ketikanya saja..


**Banyak kenangan saya dengan kereta itu.. Kereta itu la yang menyelamatkan saya dari "di serang" oleh manusia yang kurang tamadun.. Kereta itu juga yang membaw saya "lari" dari ribut perasaan.. Dan pernah dalam kereta itu luahan hati seorang isteri yang tega mengatakan suaminya "barang terpakai" hanya kerana amarah dalam hati.. Haishh.. macam-macam hal..**

-AkU-
Syurga Addin..
06:17 subuh..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment