Saturday, May 7, 2016

~REDHA : Realiti Dan Air Mata..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Petang yang suam-suam..
Hujan tapi tidak menyejukkan suasana..
Alhamdulillah, biar tak sejuk asal jangan panas melampau..


2 minggu yang lalu..
Saya bawa anak-anak beriadah..
Menontong wayang cerita REDHA..
Mula-mula risau juga tak mampu nak handle 3 orang anak-anak yang bermacam kerenah..
Namun Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..

Tak rancang pun nak bawa anak-anak sendiri..
Pukul 3 petang siapkan anak-anak..
Pukul 3.45 petang gerak dari rumah menuju ke AEON AU2..
Sampai sana, mujur saja ada parking yang berdekatan dengan pintu masuk..
Naik di tingkat atas, nampak signboard untuk ke TGV..
Sewaktu beli tiket, jam sudah menginjak ke pukul 4.10 petang..
Saya tanya pada kaunter kalau-kalau saya terlepas tayangan..
Katanya masih sempat kerana waktu itu sedang ditayangkan iklan..
Masuk ke dalam panggung, dudukkan anak-anak dan kami mula menonton..


Imad sangat baik..
Tidak tantrum dan duduk diam sepanjang masa..
Dhiya pula setengah jam awal, merengek tak mau menonton..
Minta dibawa ke pasar malam.. hahaha..
Iyad juga tidak reti duduk diam..
Tapi masih dalam kawalan..
Alhamdulillah, kami dapat menonton hingga ke akhirnya..

Kisah ini satu realiti..
Hanya mereka yang punya anak istimewa saja yang mampu rasa..
Ada part yang sedih, namun belum mampu menitiskan air mata saya..
Kerana apa yang telah saya alami, lebih lagi dari itu..
Penafian, penolakan, penghinaan, dan bermacam lagi..
Itu lumrah bila kita berhadapan dengan mereka yang rasa hidup mereka lebih sempurna dari orang lain..
Ini sekadar secebis dari kisah masyarakat yang dinafikan hak mereka untuk hidup sempurna seperti orang lain oleh segelintir manusia..
Namun yang secebis ini, bila dikisahkan kepada umum, mampu membuka mata kita untuk lebih prihatin..
Tayangan di layar perak bukan untuk untung semata..
Tapi buat mewujudkan rasa perikemanusiaan dan sensitiviti dalam masyarakat umum..
Mungkin bukan dalam kalangan keluarga kita..
Tapi tak mustahil kalau suatu masa nanti kita diuji sebegini..
Dan di kala itu baru kita tau apa perasaan mereka yang punya insan istimewa ini..


*Imad sumber kekuatan saya saat dihina dan dicerca kerana punya anak istimewa begini.. Biar la.. Allah menguji bukan kerana benci.. Tapi kerana kasih sayangnya.. Imad bukan lahir kerana dosa tapi kerana rahmat Allah buat saya dan suami.. InsyaAllah..*

-AkU-
Syurga Addin..
15:47 petang..

2 comments:

  1. Tak berkesempatan lagi untuk menonton cerita ni.
    Tapi pasti tak sama dgn yg alaminya sendiri.
    Moga terus kuat.
    (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi menonton kisah ini.. Sebab tu saya berusaha juga untuk menonton walaupun sedikit risau akan kerenah anak-anak..
      Betul, yang memandang tak akan sama dengan yang merasa.. Cuma kita harus beri mereka galakan dan semangat agar mereka tidak rasa terhina dan serba kekurangan hanya kerana punya anak yang istimewa begini..

      Delete