Monday, October 24, 2011

~Lara Hati Nur Salina~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Baru je sebentar tadi aku habis menonton drama ulangan Air Mata Nur Salina..
Karya arahan pengarah tersohor Erma Fatimah..
Lakonan mantap Datin Paduka Umie Aida, Remy Ishak, Ady Putra..


*Sweet je gambar ni.. Gambar Ady Putra takde.. hehe..

Seperti biasa..
Umie tak penah menghampakan penonton..
Lakonannya jarang tak menjadi..
Bagi la watak apa pun, mesti Umie mampu bawakan dengan jayanya..
Remy juga tak kurang hebatnya..
Walau digandingkan dengan senior seperti Umie..
Tak nampak Remy kekok.. Tetap steady..
Wajah Umie yang neutral memang banyak memberi kesan..
Walaupun endingnya agak klise..
Tapi tak rugi menonton hingga akhir..
Sebenarnya ini drama tahun lepas..
Tapi ditayangkan semula untuk Anugerah Skrin TV3..
Ulasan aku..

Mengetengahkan watak penuh emosi Salina..
Erma menggarap sebuah naskah yang sangat meruntun jiwa penonton..
Gandingan Umie dan Remy Ishak untuk pertama kalinya tidak menghampakan..
Tidak banyak watak sampingan yang dapat dilihat..
Maka tak semak mata menonton..
Dan dapat menumpukan untuk hanya beberapa watak "Killer"..
Erma banyak bermain dengan emosi penonton..
Cukup segala perasaan dihimpun dalam satu drama..
Biarpun ianya berakhir dengan "sad ending"..
Namun berbaloi untuk ditonton..

"Menyusuri kehidupan seorang wanita..
Bersifat baik dan lemah lembut..
Namun mudah tewas dengan ketaksuban rasa cinta dan setianya pada seorang lelaki..
Kebahagiaan yang dicari lewat pernikahan tanpa restu ibu bapa..
Seorang isteri yang seringkali kalah dengan cinta dan taat terhadap seorang suami..
Setia bersama biarpun susah dan senang dalam kehidupan..
Walau sesekali baran suami menyiksa diri namun demi kerana rasa cinta yang menebal..
Semua itu hanya sekadar asam garam dalam rumahtangga..
Hinggalah maruahnya tergadai dek kerakusan suami mempertaruhkan nilai seorang isteri di atas meja judi..
Disaat itu cinta dan kepercayaan yang wujud sekian lama, hilang sekelip mata..
Berganti dengan dendam dan amarah yang tak pernah padam walau nyawa sebagai pertaruhannya..
Biarpun roh dan jasad bercerai di tali gantung..
Dia rela.."


Menonton drama Air Mata Nur Salina..
Menghayati bait-bait cerita dari awal hingga akhir..
Bukan saja mengundang sedih malah air mata juga turut sama menitis..
Bila merasakan derita perjalanan seorang Salina..
Dan sudah tentu terselit perasaan geram dan benci pada watak Afkar..
Seorang lelaki yang menjerat Salina dengan cintanya..
Mengheret wanita itu ke kancah derita..
Biarpun sesekali terlihat kasih dan sayang seorang suami dan bapa..
Namun tak mampu memadam perbuatan kejinya..
Yang tega menggadai harga diri isteri semata-mata kerana tewas dengan nafsu berjudi..
Maka cinta dan kepercayaan yang disulam sekian lama..
Menjadi debu-debu berterbangan..


Ini realiti kehidupan kita..
Bukan hanya dalam lakonan, tapi ini kebenaran..
Ramai yang mengalami nasib sebegini di luar sana..
Apa yang dapat aku katakan..
Masih ramai isteri yang tetap taat dan setia pada suami biarpun diperlakukan sedemikian rupa..
Bernilaikah cinta dan kepercayaan walau acapkali maruah kita dipersendakan ??
Entah la.. Manusia semakin hilang rasa hormat pada diri sendiri..

Drama ini bukan sekadar hiburan semata-mata..
Tapi sebagai pengajaran buat isteri-isteri yang tertindas sedemikian rupa..
Bangkit la.. Sedar la dari belaian cinta yang pura-pura..
Cukup la hidup dalam angan-angan yang dianyam tanpa benang realiti..
Hidup terlalu berharga untuk disia-siakan begitu saja..

Sekian.. Ulasan penuh emosi dari aku.. Hehe..

**Mungkin waktu Umie nak kena seret ke tali gantung.. Agak kurang emosi di situ.. Macam tak cukup perasaan je.. Hehe.. Anyway.. 4 1/2 star aku bagi.. Tahniah !! Gud job Erma and all the team of Air Mata Nur Salina..**

-AkU-
Syurga Addin..
02:37 pagi..

Read more…

Sunday, October 23, 2011

~Hari istimewa Kak Long...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Huh !! Seminggu di Bumi Darul Naim..
Memang menghilangkan aku dari dunia internet..
Bila kat sana, memang aku lupakan terus laptop dan broadband..
Bukan tak sengaja, tapi memang sengaja buat macam tu..
Sebabnya, line kat sana memang kureeeenggggggg gilerrrrr..
Daripada sakit jiwa lebih baik aku tak payah online..
Banyak entry yang bermain difikiran..
Dan ini entry yang pertama aku dapat tulis sesampainya aku dengan selamat di Syurga Addin..

Siapa Kak Long ??

Kak Long ni ialah kakak sulung aku.. Kakak yang pertama la kiranya..
Masa kecik dulu aku selalu dengan Kak Long..
Nak kata manja tak jugak..
Kak Long dulu memang garang orangnya.. Macam singa lapar..
Yang aku tak boleh lupa..
Aku la antara machai yang kena buka kasut dan stokin busuk Kak Long setiap kali balik dari sekolah..
Tak nak pun kena buat jugak..
Kalau tak memang kena marah.. Huhu.. Kejam kan ???
Memang Kak Long sangat garang masa muda-muda dulu..
Semua adik-adik yang kecik ni memang takut kat Kak Long..
Apa je Kak Long suruh buat..
Memang semua akan buat dengan jayanya..
Bukan nak sangat buat pun..
Tapi dah terpaksa..
Nak kata Kak Long macam Hitler pun boleh jugak.. Hahahaha !!
Tapi bila Kak Long dah kerja..
Aku antara orang yang beruntung..
Kak Long selalu beli permainan untuk aku..
Maklumlah, masa tu aku je adik yang tinggal dengan Kak Long dan mak..
Setelah berlaku perpisahan antara mak dan abah kami..
Dan Kak Long antara penyumbang duit sekolah aku waktu aku sekolah rendah..
Aku ingat lagi.. Belanja sekolah 70 sen sehari aku tak pernah miss..
Disebalik sikap panas baran dan garangnya Kak Long..
Kak Long memang seorang kakak penyayang..
Aku tak akan pernah lupa jasa-jasa Kak Long..
Untuk membalasnya sememangnya aku tak mampu..
Maka aku serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa..
Cuma sekarang ni Kak Long semakin berubah..
Kalau dulu Kak Long panas baran..
Sekarang susah nak tengok Kak Long marah..
Dengan anak-anak pun Kak Long relaks je..
Tu yang aku pelik.. Ke mana hilangnya baran Kak Long ??
Mungkin ada betulnya kata orang..
Semakin berusia kita, maka semakin matang dan tenang kita menangani kehidupan..
Orang kata ?? Siapa ?? Entah.. Aku yang kata kut.. Hehe..
Kak Long juga dah tak rugged macam dulu..
Aku tak pernah lupa style Kak Long dulu..
Yang paling aku ingat, style rambut yang ada jambul tu..
Buat dengan tangan je.. Ada lagi gambar Long dengan jambul tu.. Haha !!
Bila ingat balik kenangan dulu.. Memang boleh gelak guling-guling..
Biarpun beza umur aku dengan Kak Long jauh sangat, 12 tahun..
Tapi itu tak menjadikan jurang untuk kami..
Biarpun tak serapat mana..
Tapi aku tahu suka duka, bahagia derita hidup Kak Long..
Dan apa yang boleh aku kata..
Kak Long seorang wanita yang tabah..
Biarpun seringkali tersungkur..
Tapi Kak Long tetap cuba bangkit untuk terus melangkah biarpun terpaksa bertatih..
Itu semangat yang ada dalam jiwa Kak Long..
Walaupun Kak Long selalu menjadi "pelawak" tak berbayar.. hehe..
Tapi adakala itu hanya sebagai hijab untuk menyembunyikan duka di hati Kak Long..
Apa yang dapat aku tafsirkan..
Diwajah Kak Long terpamer seribu satu perasaan..
Hanya yang benar-benar mampu membaca saja..
Dapat mengerti garis-garis cerita yang ada,,


16 October yang lepas..
Genap usia Kak Long 42 tahun..
Kak Long dah tua.. Haha !! Dah menghampiri usia warga emas..
Tak ada hadiah, kek atau sambutan yang dapat aku sediakan..
Apa yang mampu aku buat..
Hanyalah menghadirkan nama Kak Long dalam setiap doa aku..
Selamat Menyambut Hari Lahir Yang Ke-42 Kak Long..
Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang berterusan dan kebahagiaan yang berkekalan..
Terus la berpegang dengan keyakinan akan setiap dugaan dan ujian yang Allah swt berikan itu adalah sekadar bersifat sementara..
Semuanya itu tanda Allah sayangkan Kak Long..
Hadapi la setiap ujian itu dengan tabah dan sabar..
InsyaAllah ada kemanisan di sebalik kepahitan yang hadir..

~Salam dari kejauhan.. Adikmu.. Olie~

*Ni gambar Kak Long dengan mak aku..

**Pssttt !! Kalau nak suruh orang buat kek coklat moist tu.. Meh la datang rumah.. Hehe.. Sorry la lambat ucap.. Nak sms, macam tak best je.. Nak tulis gak kat blog.. Tapi internet kat Kelantan memang macam siput.. Terpaksa tunggu balik KL.. Huh !! Alasan bagus punya.. Haha..**

-AkU-
Syurga Addin..
17:07 petang..

Read more…

Monday, October 10, 2011

~Subhanallah.. Indahnya malam..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Selalukah kita bersyukur pada Allah bila setiap hari dalam kehidupan kita..
Kita masih lagi boleh melihat keindahan alam ??

Malam tadi.. 09/10/11.. Cantik tarikhnya..
Heboh di status-status Facebook..
Masing-masing menceritakan keindahan dan kepelikkan bulan..
Mula-mula aku buat tak tau je..
Tapi bila dah semakin ramai update status yang sama..
Maka aku pun teringin juga nak tahu..
Cukup sekadar melihat dari beranda bilik aku..
Maka terlihat la satu pemandangan yang sangat mengasyikkan..
Subhanallah.. Maha suci Allah yang menjadikan sekalian alam..
Terpegun aku seketika..
Cantik sungguh bulan malam ni..
Semacam ada satu lingkaran di sekeliling bulan..
Tapi tak dapat la aku nak ambik gambar.. Hehe..
Tapi aku pasti, ramai yang sudah menonton fenomena yang jarang-jarang berlaku ni..
Agak-agak apa yang kita fikir bila keadaan ini berlaku ??
Masing-masing dengan teori tersendiri.. Hehe..
Ini antara halaman yang aku sempat baca..
Ring around the moon dan juga Lingkaran bulan..
Ini pulak antara gambar yang orang lain upload..
Aku tumpang je..

*Gambar di sebelah kiri tu aku ambik kat web universetoday.. Gambar sebelah kanan tu aku ambik kat web giegi.wordpress..

*Dua gambar ni aku ambik dari member-member yang upload kat Facebook.. Cuma gambar yang sebelah kanan tu.. Korang nampak tak apa yang tertulis tu ?? Aku tak pasti kesahihan dan ketulenan gambar ni..

Biar apa pun teori yang kita baca tentang fenomena ini..
Namun.. Adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada ??
Telinga untuk mendengar berita ini..
Mulut dan lidah untuk berkata-kata tentang perkara ini..
Hidung untuk menyedut udara di waktu ini..
Tangan untuk menghantar sms atau menulis tentang keajaiban ini..
Kaki untuk berjalan dihalaman rumah..
Dan yang penting mata untuk melihat keindahan bulan itu..
Ada tak kita bersyukur bila melihat pada diri sendiri..
Kita lengkap segalanya..
Sedangkan orang lain ??
Mereka punya kekurangan dan ketidaksempurnaan..
Mereka yang tidak punya salah satu deria yang menghalang mereka dari menikmati keindahan malam ini..
Satu persoalan untuk kita tanyakan pada diri..

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


Subhanallah Walhamdulillah Wa laa ilahaillallah Wallahu Akbar Wa lahaula Wala Quwwata Illa Billahil 'aliyyil  Azhiim..

Oleh itu bersyukur la..
Selagi Allah memberi kita peluang menikmati pinjaman dariNYA..

**Merenung bulan di waktu begini.. Ada ketika membuat aku terfikir dan tertanya-tanya tentang sesuatu..**

-AkU-
Syurga Addin..
02:07 pagi..

Read more…

Sunday, October 9, 2011

~Moga kita semakin sedar..~

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamu'alaikum wbt...


Aku terbaca kisah ini..
Maka ingin aku kongsikan dengan mereka yang sudi membaca bicara Syurga Addin..


Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas : Ketika kami sedang bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam di kediaman seorang sabar Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah :

Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku.
Rasulullah bersabda, “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”
Kami menjawab, “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.”
Baginda melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.”
Segera Umar bin Khattab berkata, “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah.”
Rasulullah menahannya, “Sabar wahai Umar. Bukankah kamu tahu bahawa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat?Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini. Pahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”
Ibnu Abbas radiallahu anhu berkata, pintu lalu dibuka. Ternyata dia seorang kakek (orang tua) yang cacat satu mata. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda. Taringnya terlihat seperti taring babi. Bibirnya seperti bibir sapi. Kemudian langsung percakapan (soal jawab) antara Rasulullah dan Iblis laknatullah.
Iblis : Wahai Muhammad. Aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.
Rasulullah : Siapa yang memaksamu?
Iblis : Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata, “Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali sahaja, maka Allah akan jadikan dirimu (seperti) debu yang ditiup angin.” Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang lebih besar menimpaku daripada cacian musuh.”


ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah : Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?
Iblis : Kamu. Kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.
Rasulullah : Siapa selanjutnya?
Iblis : Pemuda yang bertakwa yang akan memberikan dirinya mengabdi kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Rasulullah : Lalu siapa lagi?
Iblis : Orang yang alim dan wara’(loyal).
Rasulullah : Lalu siapa lagi?
Iblis : Orang yang selalu bersuci.
Rasulullah : Siapa lagi?
Iblis : Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain.
Rasulullah : Apa tanda kesabarannya?
Iblis : Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar.
Rasulullah : Selanjutnya apa?
Iblis : Orang kaya yang bersyukur.
Rasulullah : Apa tanda kesyukurannya?
Iblis : Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkan juga dari tempatnya.
Rasulullah : Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?
Iblis : Ia tidak pernah menurutiku dimasa jahiliyah, apalagi dalam Islam.
Rasulullah : Umar Al-Khattab?
Iblis : Demi Allah! Setiap berjumpa dengannya, pasti aku kabur.
Rasulullah : Usman bin Affan?
Iblis : Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.
Rasulullah : Ali bin Abi Talib?
Iblis : Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu. (Ali bin Abi Talib selalu berzikir kepada Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI IBLIS

Rasulullah : Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?
Iblis : Aku akan merasa panas dingin dan gementar.
Rasulullah : Kenapa?
Iblis : Sebab, setiap seorang hamba bersujud satu kali kepada Allah, maka Allah mengangkatnya satu derajat.
Rasulullah : Jika seorang umatku berpuasa?
Iblis : Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.
Rasulullah : Jika ia berhaji?
Iblis : Aku seperti orang gila.
Rasulullah : Jika ia membaca Al-Quran?
Iblis : Aku akan merasa meleleh laksana timah di atas api.
Rasulullah : Jika ia bersedekah?
Iblis : Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.
Rasulullah : Mengapa bisa begitu?
Iblis : Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.


HAL-HAL YANG MENGHANCURKAN IBLIS

Rasulullah : Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?
Iblis : Suara kuda perang di jalan Allah.
Rasulullah : Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?
Iblis : Taubat orang yang bertaubat.
Rasulullah : Apa yang dapat membakar hatimu?
Iblis : Istighfar di waktu siang dan malam.
Rasulullah  : Apa yang dapat mencoreng wajahmu?
Iblis : Sedekah yang diam-diam.
Rasulullah : Apa yang dapat menusuk matamu?
Iblis : Solat fajar.
Rasulullah : Apa yang dapat memukul kepalamu?
Iblis : Solat bejamaah.
Rasulullah : Apa yang paling mengganggumu?
Iblis : Majlis para ulama.
Rasulullah : Bagaimana cara makanmu?
Iblis : Dengan tangan kiri dan jariku.
Rasulullah : Dimanakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?
Iblis : Di bawah kuku manusia.

MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Rasulullah : Siapa temanmu wahai iblis?
Iblis : Pemakan riba.
Rasulullah : Siapa sahabatmu?
Iblis : Penzina.
Rasulullah : Siapa teman tidurmu?
Iblis : Pemabuk.
Rasulullah : Siapa tamumu?
Iblis : Pencuri.
Rasulullah : Siapa utusanmu?
Iblis : Tukang sihir.
Rasulullah : Apa yang membuatmu gembira?
Iblis : Bersumpah dengan cerai.
Rasulullah  : Siapa kekasihmu?
Iblis : Orang yang meninggalkan solat Jumaat.
Rasulullah : Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?
Iblis : Orang yang meninggalkan solat dengan senghaja.


IBLIS TIDAK BERDAYA DI HADAPAN ORANG YANG IKHLAS

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”
Iblis segera menimpali, “Tidak! Tidak! Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikan aku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca. Yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba yang ikhlas.”
Rasulullah : Siapa hamba yang ikhlas menurutmu?
Iblis : Tidakkah kau tahu wahai Muhammad bahawa barangsiapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku akan meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.


IBLIS DIBANTU OLEH 70,000 ANAK-ANAKNYA.

Iblis : Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70,000 anak. Dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan. Sebagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebagian untuk mengganggu orang-orang tua, sebagian untuk mengganggu wanita-wanita tua, sebagian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid. Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjemaah. Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya terhapus. Pada setiap wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya agar setiap orang memandangnya. Syaitan juga berkata, “Keluarkan tanganmu,” lalu ia mengeluarkan tangannya kemudian syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anakku selalu menyusup dan berubah dari satu kondisi ke kondisi yang lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa. Tahukah kamu Muhammad bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.


CARA IBLIS MENGGODA

Iblis : Tahukah kau Muhammad, dusta dari diriku? Akulah makhluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad, aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku. Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya, ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barangsiapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI. Wahai Muhammad. Umatmu ada yang suka mengulur-ulurkan solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanaka solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ketelinganya, “Lihat kiri dan kananmu,” iapun menoleh. Pada saat itu, aku usap dengan tanganku dan ku cium keningnya lalu aku katakan, “Solatmu tidak sah.” Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul. Jika ia solat sendirian, aku suruh dia bergegas. Ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjemaah, aku ikat lehernya dengan tali hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam. Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai. Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan iapun semakin taat padaku.  Kebahagiaan apa untukmu sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan kepadanya, “Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.” Lalu ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan. Wahai Muhammad, jika aku berdusta, Allah akan menjadikanku debu. Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA

Rasulullah : Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?
Iblis : 10 macam.
Rasulullah : Apa saja?
Iblis :
1-Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia. Allah mengizikan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka tidaklah janji setan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra : 64). Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan  nama Allah.
2-Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh dengan syaitan.
3-Aku minta agar bisa ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
4-Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.
5-Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
6-Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
7-Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.
8-Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Allah jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaithan.” (QS Al-Isra : 27).
9-Aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.
10-Aku minta agar Allah memberikanku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “Silakan.” Aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebagian besar manusia bersamaku di hari kiamat. Wahai Muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Seandainya aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun (yang tidak tersesat).Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Seandainya kau bisa memberi hidayah, maka tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam membaca ayat , “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata’ala.” (QS Hud : 118-119), juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku.”(QS Al-Ahzab : 38).
Iblis lalu berkata, “Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tidak berbohong.”

Wallahualam.



**Maka terpulang kepada kita untuk memilih jalan mana yang harus kita ikuti.. Moga ada NUR yang menghiasi setiap hati kita untuk terus mendekatiNYA.. InsyaAllah..**


-AkU-
Syurga Addin..
18:47 petang..

Read more…

Thursday, October 6, 2011

~Bila orang biadap !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Beberapa hari badan aku tak berapa sihat..
Ini keadaan biasa untuk orang macam aku..
Hari ni Alhamdulillah.. Ada sedikit tenaga untuk buat kerja..
Hmm.. Tajuk aku kat atas tu..
Tentang seseorang yang berpangkat adik daripada aku..
Entah la.. Aku tak kacau orang..
Dan aku harap orang juga tak kacau hidup aku..
Tapi yang jadi sebaliknya..
Mungkin dia rasa dia dah "terlalu besar" untuk maki aku macam-macam..
Aduhhh... Cuma yang tak boleh nak fikirkan..
Anak-anak muda sekarang memang tak tahu langsung nak hormati orang yang lebih tua..
Seharusnya makin dewasa kita..
Maka makin matang bicara dan perbuatan kita..
Jangan ingat kedudukan kita membolehkan kita berbuat apa sahaja tanpa mempedulikan orang lain..
Allah swt tak menjadikan semua itu satu ukuran..
InsyaAllah semua benda ini tak mempengaruhi keadaan aku seharian..
Bagi aku, budak ini belum cukup matang biarpun sudah berumahtangga..
Maka aku maafkan sahaja segala caci maki yang dilemparkan keatas aku biarpun apa yang terjadi bukan berpunca dari aku..
Sepatutnya bila berlaku salah faham begini..
Harus la dia memohon maaf kerana tersilap sangka..
Tapi sebaliknya aku dimaki..
Huh !! Siapa yang patut disalahkan ??
Ibu bapa dia ?? Aku tak fikir macam tu..
Dia dah cukup dewasa untuk membezakan baik dan buruk..
Nak kata tak sekolah.. Dia dah lebih dari sekolah..
Ini la bahananya bila manusia dikawal oleh nafsu..
Segalanya dibuat tanpa berfikir dengan akal yang waras..
Sedar la.. takkan selamanya kita hebat dan gagah..
Suatu masa nanti kita akan jatuh juga ke bawah..
Jangan sampai waktu itu kita menyesal dengan segala kata-kata yang pernah terlepas dari mulut kita..
Perempuan.. Kesopanan tingkah laku dan bicara adalah segala-galanya..
Bila mulut kita terlalu lancang berkata-kata..
Bimbang itu menjadi punca kehancuran kita..
Terpulang pada kita untuk berfikir dan memilih..



**Satu lagi untuk aku ingatkan.. Jangan sesuka hati menggelar seseorang itu anak haram.. Itu memang sangat biadap !! Aku punya mak dan abah yang sah.. Apa perasaan kau bila orang menggelarkan kau sebegitu ?? Jangan terlalu suka berbuat dosa sesama manusia.. Kerana dosa sesama manusia harus ada keampunan dari manusia itu sendiri.. Bayangkan andai kita "pergi" tanpa sempat meminta keampunan.. Malangnya..**


-AkU-
Syurga Addin..
23:27 malam..

Read more…