Friday, March 30, 2012

~Wanita Dalam Neraka..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam Jumaat begini..
Seeloknya membaca Al-Quran..
Kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi..
Biarpun hanya satu surah..
Kalau malas nak baca surah yang panjang, surah yang pendek pun Alhamdulillah..
Esok penghulu segala hari..

Pernah tak kita bayangkan andai kata kita hanya sempat hidup untuk hari ini ?
Tentu bermacam benda yang kita nak buat dalam satu masa..
Ialah, berapa banyak sangat masa yang kita ada untuk buat semua tu..
Mesti kita sibuk nak mengaji sepanjang masa..
Sibuk nak solat sunat sepanjang waktu..
Berzikir setiap saat..
Kalau boleh nak beribadat sampai la masa nyawa kita diambil malaikat Izrail..
Tapi malangnya kita tak akan tahu bila nyawa kita berakhir..
Sebab tu setiap masa kena muhasabah diri..
Renung dalam diri sendiri..
Berapa banyak dosa kita sepanjang usia kita sekarang..
Cukup dah ke pahala untuk kita bawa ke "alam sana" nanti..
Sudah tentu jawapannya TAK CUKUP..
Tapi kita tak pernah nak sedar..
Biasanya sampai ke hujung nyawa baru kita nak tersedar..
Tapi tentu la dah terlambat.. Hmm..

Untuk entry kali ni aku nak bagi beberapa keadaan wanita dalam neraka..
Khas buat semua wanita Islam yang membaca Syurga Addin..

1) Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab dikalangan lelaki..

2) Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata..

3) Wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya..

4) Wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas..

5) Wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang..

6) Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya..

7) Wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib..

8) Wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta..

9) Wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah dan suka marah-marah pada suaminya..

Itu diantara keadaan wanita di dalam neraka..
Cuba renung diri sendiri..
Adakah kita termasuk dalam golongan diatas ?
Kalau jawapannya ada..
Maka berubah la.. 
Masih belum terlambat untuk kita berubah kearah sesuatu yang lebih  baik..
Tidak rugi menjadi orang yang baik..
Wanita sangat senang untuk ke syurgaNYA..
Hanya perlu mengikut setiap apa yang diperintah olehNYA..
Maka mengapa memilih untuk ke neraka ?
Pilihan terletak di tangan kita..
Tepuk dada tanya iman..
Wahai wanita-wanita diluar sana..
Jadi la wanita-wanita yang diredhai oleh Allah..
Cari la kasih sayangNYA melalui keampunanNYA..
Moga akan bertemu lewat sujud dan doa kepada Ilahi..
InsyaAllah..



**Kita akui rindukanNYA.. Kita akui sayangkanNYA.. Kita akui mencintaiNYA.. Namun mengapa kita tak berusaha untuk mendekatiNYA.. Bukan DIA yang perlu mencari kita.. Tetapi kita yang harus mendapatkanNYA.. Percaya la.. Kasih sayang NYA tak pernah hilang untuk kita biarpun kita sering melupakanNYA.. Allahuakbar...**

-AkU-
Syurga Addin..
00:47 tengah malam..

Read more…

Wednesday, March 28, 2012

~Aku dan Nasha Aziz..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ku sangkakan panas hingga ke petang..
Rupanya hujan di tengah hari..
Lebat pulak tu.. (peribahasa tambahan).. Hehe..
Oke la tu.. Tak la panas mana cuaca..
Eh ! Dah berenti ?? Hehe..

Kalau tengok dekat Fesbuk aku..
Profile picture yang aku gunakan ada la gambar hitam putih yang agak samar..
Ala-ala nampak dan tidak je..
Sebelum ni aku rajin tukar gambar..
Tapi rasanya dah lama sangat tak tukar gambar..
Sebab aku rasa gambar yang sekarang ni lagi menarik..
Gambar apa ??

*Ni profile picture aku yang paling bertahan lama..

Gambar ni aku ambik sendiri..
Dalam banyak-banyak gambar yang aku ambik..
Hanya ni yang berkenan kat mata aku untuk jadi profile picture..
Kenapa aku ambik gambar macam ni..
Ceritanya begini.. Hehe.. Macam drama pulak !
Sebenarnya aku nak buat gambar macam Nasha Aziz dalam Teater Lantai T.Pinkie..

*Haha.. Seksi kan ?? Seksa pulak menengoknya..

Tapi bila fikir-fikir balik..
Gambar Nasha tu sangat seksi dan aku tak la seseksi Nasha..
Maka aku batalkan la niat di hati tu..
Dan tercipta la gambar yang ini..
Biar la tak seksi pun..
Tapi aku suka gambar ni..
Tafsiran aku tentang gambar ni ialah..
Seorang gadis misteri..
Menyimpan seribu satu kisah hidup yang tak terungkap..
Kisahnya penuh warna warni..
Akan tetapi pada pandangan mata orang lain..
Hidupnya hanya punya dua warna..
Iaitu hitam dan putih..
Kerana untuk melihat warna-warna dalam hidupnya..
Bukan sekejap masa yang diperlukan..
Tiada sesiapa yang mampu memahami dirinya..
Kerana dia lebih senang "bersendiri"..
Haha.. Ye.. ye je aku punya tafsiran..

Aku memang meminati Nasha Aziz semenjak dari sekolah dulu..
Melihat Nasha, aku rasa teruja sangat..
Masa tu Nasha lebih kepada bidang modelling..
Tapi bila Nasha dah masuk bidang lakonan..
Keghairahan aku makin bertambah-tambah..
Apa saja lakonan Nasha Aziz aku akan tonton..
Haha.. Begitu sekali minatnya aku pada Nasha..
Pada aku Nasha artis yang bersih..
Apa sangat gossip dan kontroversi yang kita dengar pasal Nasha..
Kalau setakat cerita video yang dicuri rakam..
Kes dengan ayah kandungnya..
Bagi aku itu tak menjadi hal..
Nasha masih lagi bersih pada pandangan mata aku..
Pernah aku bercita-cita untuk jadi macam Nasha..
Sebab aku rasa ketinggian aku cukup untuk jadi macam tu..
Keinginan itu masih aku pendam setelah berkerjaya..
Namun setelah berumahtangga..
Keinginan itu padam sedikit demi sedikit..
Aku rasa kehidupan aku dan Nasha cukup berbeza..
Sekarang ini pun..
Aku sekadar suka menonton lakonannya..
Tak ada lagi keghairahan seperti dulu..
Kenapa ? Urmm.. Biar la aku yang tahu sebabnya..

**Sahabatku.. Iman bukan diukur dari sejauh mana labuhnya tudung.. Iman bukan diukur dari sejauh mana dakwah anda di MukaBuku.. Iman bukan diukur dari sehelai kain yang menutupi wajah.. Seriously, NEVER THINK OTHERS SMALLER THAN YOU.. Jangan pernah membandingkan betapa jauh hebatnya tarbiah kita dari orang yang belum kenal apa itu tarbiyah.. Siapa tahu satu hari nanti, kehidupannya lebih diberkati daripada kita.. Tugas dakwah bukannya dengan "Menjadi seseorang yang nampak lebih baik dari yang lain", tetapi didahului dengan menjadi dai'e di hati sendiri.. Kerana sifat ujub dimulai dengan merasa diri LEBIH dari orang lain..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

Read more…

Sunday, March 25, 2012

~Bertemu.. Kita bertemu..~

"...Bertemu kita bertemu,
Berpisah jangan la resah..
Seperti pelangi senja,
Datang dan pergi..


Bertemu kita bertemu,
Berpisah jangan la resah..
Seperti malam dan siang,
Silih berganti.."

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Seperti bait-bait lirik di atas..
Begitu la kehidupan yang kita lalui..
Pasti ada perpisahan setelah pertemuan..
Dan tidak semestinya perpisahan itu kekal selamanya..
Andai masih ada kesempatan, pertemuan pasti berulang kembali..

Ini cerita 10 March yang lalu..
Macam biasa..
Disebabkan aku perasan sibuk, maka banyak entry yang tak sempat nak publish..
Draftnya dah ada, tapi tak sempat ending.. Hehe..
Pada hari Sabtu bertempat di Taman Tasik Permaisuri..
Telah berlangsung small reunion antara kami..
Pelajar UPSR Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Tasik tahun 1993..
Kenapa small je ? Hehe.. Sebab tak ramai mana yang hadir..
Jadi la dari tak ada langsung kan ?!
Aku hanya sempat bersekolah disana dari pertengahan tahun hingga la akhir..
Maka tak ramai yang aku kenal walaupun member satu kelas..
Melainkan yang memang selalu berkeliaran kat taman perumahan aku.. Haha..
Tak payah cerita banyak..
Kita layan dulu gambar-gambar yang sempat disnap oleh jurugambar yang tak berbayar..

*Ini la tempat diorang berkumpul dulu.. Aku takde sebab aku sibuk makan rendang ayam turkey.. Lebih sedap dari ayam KFC.. Hoho..

*Semua sibuk makan sampai tak sedar dirakam..

*Ina sedang menasihati anaknya.. "Budak kecik tak bleh makan ayam lebih.. Orang besar takpe".. Hehe..

*"Ibu, ada paparazzi tengah ambik gambar kita" bisik anak Ita.. Tapi Ita buat dek je.. heh !

*Dah dapat ayam tak pandang kiri kanan.. "Rezeki jangan ditolak" kata Ayu.. Hehe..

*Ini peserta dari jauh ~UTARA~.. Tak bawa anak, pinjam anak orang pun jadi la..

*Encik Amir yang sampai awal, balik pun awal jugak.. Tak sempat nak jumpa..

*Besar gelak Ana.. Ngumpat orang eaaaaaa ??! Hehe..

*Boring betul la kalau ikut orang tua berjumpa ramai-ramai ni.. ! Huh ! ~ Keluh kesah anak Ita..

*Ehem.. Ehem.. Ni bukan sesi mengumpat ye.. Sedang dengar ceramah ibu bapa oleh Ayu.. Hehe.. (Nampak kaki Ayu tu ??!)

*Ini je la kaum lelaki yang aku jumpa.. Kesian, makin pupus kaum mereka ni.. Hakhak !!

*Ibu-ibu gorgeous !!

*Si kecik comel ni anak Ayu.. Entah apa la yang suka sangat tu..

*Si kecik comot ni anak.. Ehem.. Ehem.. Anak siapa lagi.. Tuan punya blog la.. Hehe..

*Ini la jurugambar tak berbayar tu.. Orangnya sangat kiut, sebab tu baik hati.. hahaha..

*Ini la antara kami yang hadir petang tu..

Ini titik permulaan..
InsyaAllah, semoga kita akan bertemu lagi dalam keadaan yang lebih meriah..

*Jangan lupa datang tau lain kali !!

**Persahabatan tidak diukur dengan berapa ramai dapat kita simpulkan ikatan itu, atau berapa tahun kita menjalinkan hubungan itu.. Ia diukur dari sudut kejujuran dan keikhlasan hati kita bila menghulur salam persahabatan.. Mencari sahabat yang sempurna, umpama mencari berlian dalam taburan pasir.. Sempurnakan diri kita sebelum kita mencari kesempurnaan orang lain.. Semoga kita berada di kalangan sahabat yang berpendirian.. InsyaAllah..**

-AkU-
Syurga Addin..
02:37 pagi..

Read more…

Friday, March 23, 2012

~Sambutan Ulang Tahun Yang Baru~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini cerita 26 February yang dah lepas..
Baru ada ruang untuk aku menulis..
Kenapa ? Biasa la busy (konon).. Hehe..
Kat rumah aku ada sambutan..
Sambutan apa ??
Sambutan Hari Jadi Tertangguh untuk 3 sahabat.. Hehe..
Betul la..
Hari Ahad tu kami sambut harijadi masing-masing yang berlainan tarikh tapi dalam bulan yang sama, February..
Dua tahun lepas pun sama jugak.. Cuma hanya sambutan untuk dua orang..
Tapi kali ni kami sambut berempat..
Kami berkawan sewaktu sama-sama masih bekerja di AmBank..
Tapi sekarang ni hanya aku sorang je yang dah berenti..
Tapi kami masih berhubung dan berkawan..
(Berapa banyak tapi daa..)
Siapa ?
8 February - Noor Hamisah Shaari..
17 February - Ehem ! Ehem ! Tuan punya blog la..

Sorang lagi, Cik Nor..
Harijadi dia lambat lagi..
Jadi dia hanya penghias majlis.. Haha.. Jangan marah Cik Nor !
Mari kita tengok apa yang kitorang makan hari tu..

*Laksa dengan mee goreng tu disponsor khas oleh Mimie..

*Ni cake kitorang.. White Chocolate Macadamia dari Secret Recipe disponsor juga.. aku sponsor apa ?? Aku boleh sponsor rumah dan air je la.. hehe.. Oke la tu..

*Ni sorang lagi cuba nak jadi mummy mithali.. Tapi failed ! Haha..

*Tiga anak dara.. Eh silap ! Dua mak dara.. Kat tengah tu je anak dara..

*Melaram dengan kereta member.. Huhu.. Best !

*Smart kereta ni..

*Cantik kan ??! Tapi dua pintu je..

Itu la gambar-gambar yang sempat aku edit..
Yang lain malas la pulak.. Hehe..
Walaupun sambutan berempat je..
Tapi meriah dan riuhnya macam sambut beramai-ramai..
InsyaAllah, panjang umur tahun depan kami akan berjumpa lagi..
Buat Mimie dan Cik Nor..
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke rumah saya dan mensponsor semuanya..
InsyaAllah ada rezeki nanti kita buat lebih meriah lagi ya !

**Kita akan lebih mulia bila menilai insan lain dari sudut kebaikan dan bukan mengukur keburukan yang ada pada diri mereka.. Kadang-kadang keburukan mereka yang kita perkatakan itu, sebenarnya ada la milik kita juga.. Hanya kita yang lupa memandang cermin diri sendiri..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:57 tengah malam..

Read more…

Thursday, March 22, 2012

~Kenangan SPM~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni rumah aku ada tetamu baru..
Anak kecik yang comel ni aku jaga sekejap..

*Syok sungguh Mia main dengan anak patung Dhiya..

*Dah penat main dan bercakap bahasa ayam itek dengan aku.. Maka Mia pun terlelap..

Sebab pengasuh dia ada hal lain..
Siapa ?? Hehe.. Ni anak My Honey Dew..
Anak aku la jugak..
Nasib baik tak susah jaga dia..
Mula-mula je nak nangis..
Lepas tu, terus bersuka ria.. Hehe..
Biasa la, aku ni pengasuh berpengalaman..

*Dhiya pun tertonggeng tidur.. Hehe..

Oke.. Aku bukan nak cerita pasal dua baby comot ni..
Semalam bebudak SPM tahun lepas duk ambil result..
Anak sedara aku sorang pun ada jugak..
Entah la berapa keputusan dia..
Menyingkap kenangan zaman aku 13 tahun yang lepas..
Aku SPM batch 1998..
Seingat aku result keluar April 1999..
Tapi aku tak pergi hari pertama result keluar..
Aku datang ke sekolah petang hari kedua..
Tapi tak dapat ambik..
Sebab aku belum pulangkan uniform kadet polis..
Alah cikgu ni ! Benda kecik pun nak tahan result orang.. Hehe..
Kenapa aku datang hari kedua ?
Hmm.. Aku tak nak jumpa member-member..
Kenapa ? Saja je.. Hehe..
Tak la.. Sebenarnya aku malu nak jumpa diorang..
Sebulan sebelum SPM aku dah berenti sekolah atas faktor keluarga..
Maka, aku hanya belajar dari rumah saja..
Sebab tu aku tak nak jumpa member-member ni..
Tak nak diorang banyak tanya..
Result aku berapa ?
Urmmm.. Tak la baik mana, dan tak la teruk mana..
Boleh kata hanya sikit lagi aku boleh dapat Pangkat 1..
Tapi nasib tak menyebelahi aku..
Dan aku tak meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi lagi..
Kenapa ?? Aku merajuk.. Hmm.. Betul la..
Banyak faktor yang membuatkan aku tak ada hati untuk sambung study..
Menyesal ?? Memang menyesal pun..
Tapi tak ada gunanya.. Benda dah lepas..
Aku pun dah ada komitmen sekarang ni..
InsyaAllah, kalau ada rezeki aku nak memulakan perniagaan sendiri..
Aku tengah siapkan satu kertas kerja..
Harap-harap rezeki berpihak pada aku kali ni.. Amin..

**Sedari la bahawa jalan yang dilalui tidak melalui jalan yang bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh dengan onak dan duri**

-AkU-
Syurga Addin..
17:07 petang..

Read more…

Wednesday, March 21, 2012

~Rasa hati..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Soal hati.......
Sukar untuk kita perkatakan..
Kadang kala mengakui sesuatu perasaan..
Lebih berat dari menyembunyikannya..
Namun tidak semua perasaan itu boleh diselindungkan..
Kerana akibatnya..
Rasa hati akan kian parah..

Bila hati mengatakan suka..
Diri terasa di awang-awangan..
Namun bukan semua suka boleh kita terjemahkan dengan bahasa..
Ada ketika gerak tubuh memainkan peranan..
Ada saatnya jelingan mata menceritakan perasaan..
Waktu itu hanya tuhan yang tahu rasa hati..

Bila hati menyatakan benci..
Jangan kata nak tengok muka..
Nak tengok bayang pun tak sudi..
Entah apa la salah bayang tu..
Tapi itu la realiti..
Ada ketika kita membenci setelah disakiti..
Atau itu memang sudah jadi lumrah kehidupan seseorang..
Membenci itu membahagiakan..

Bila hati berdetik sayang..
Setiap ketika hati rasa tak kena..
Siang malam terbayang-bayang..
Bulan disangka matahari, matahari disangka bintang..
Tidur malam berselimut angau..
Hari-hari dipenuhi taman bunga..
Bukan satu, tapi beraneka warna..
Rama-rama setia menghiasi angan..
Aduhh.. tau kah sidia ??

Bila hati terukir cinta..
Urmm.. Perasaan yang satu ini sukar untuk aku terjemahkan..
Kerana baru sekali aku mengalaminya dalam erti kata sebenar..
Ya.. Cinta pada yang memiliki diriku..
Hanya mereka yang benar-benar merasai tahu apa itu erti cinta..
Namun yang pasti..
Cinta padaNYA tetap ditakhta yang teratas..
Setia la padaNYA..
Kerana hanya DIA yang akan kekal selamanya..



**Kita akan melihat hanya kebaikan dengan orang yang kita suka.. Kita akan melihat hanya kekurangan dengan orang yang kita tak suka.. Tapi kita tak pernah nak sedar, orang yang kita suka kadang-kadang hanya berpura-pura.. Kenapa kita tak pernah nak bagi peluang kepada mereka yang kita tak suka ??? Itu la manusia..**

-AkU-
Syurga Addin..
00:37 tengah malam..

Read more…

Wednesday, March 7, 2012

~Win Coach Wristlets at BabyIbu~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini kali kedua join contest dalam blog BabyIbu..
Hehe.. Saja-saja nak try..
Mana tau ada rezeki..

**Klik banner untuk join**
**Tarikh tutup 31 March 2012**




Hadiah..


Coach Julia Legacy Stripe Multi-Color Wristlet worth RM250 x 1


COACH Signature Stripe Khaki/Multi Wristlet worth RM220 x 1


Bag Holder worth RM25 x 3

Top Referer

Environsax Bag bernilai RM30


PARA PENAJA..


**Urmm.. Agak-agak boleh dapat ke ? InsyaAllah..**

-AkU-
Syurga Addin..
22:17 malam..

Read more…