Friday, May 28, 2010

~Maafkan aku~

"...Semua itu telah berlalu..
Harapanku palsu..
Dan mungkin hari yang satu..
Terus ku tertunggu..
Di hatiku masih kamu..
Belum pernah ku ingin terus menunggu..."

Assalamualaikum wbt...

Setiap ketika aku ulang mendengar bait-bait lirik lagu..
Sampai Syurga dendangan Faizal Tahir..
Sayu rasanya tika ini..
Aku berhadapan dengan kemelut kehidupan yang sentiasa tiada penghujungnya..
Semuanya berlaku atas salah dan silapku juga..
Bila nafsu sudah mengatasi akal..
Maka kewarasan hilang tatkala tindakan mengatur perjalanan..
Serasa ingin aku "pergi" tanpa perlu berhadapan dengan situasi ini lagi..
Hati yang sudah sedia retak..
Telah pecah berderai..
Menjadi butiran yang tidak mungkin untuk aku cantumkan lagi..
Berdosanya aku!!!
Tak mungkin kuulang hari semalam..
Hanya untuk membetulkan kesilapan itu..
Apa yang tak seharusnya terjadi..
Telahpun berlaku..
Biarpun berulang kali aku mohon keampunan..
Parut luka parah itu takkan hilang sakitnya..
Air mata juga tidak bisa menghilangkan kesakitan yang ditanggung..
Bersalahnya aku............
Alangkah kejamnya perbuatan aku..
Lantas aku sujud pada Pencipta..
Moga DIA mendengar rintihan hati seorang aku..
Dan moga DIA terima taubatku..
Aku sedar..
Biarpun sejuta kemaafan yang aku rayu..
Segalanya telah berakhir..
Ya ALLAH..
Bantulah aku dengan kasih dan sayangMU..

~Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu..~


~Kemana lagi nak kubawa hatiku yang lara..~


~AkU~
Kg Permai..
05:31 pagi..

Read more…

Thursday, May 27, 2010

~Aku tahu~

Assalamualaikum wbt...

malam telah lama melabuhkan tirainya..
tapi mata aku tetap tak mahu lena..
dah tiga empat hari macam ni..
memang tidur aku tak cukup..
tapi memikirkan banyak perkara yang sekian lama berlegar2 di minda..


aku terfikir tentang masa lalu..
ya, benar..
banyak yang aku pelajari dari masa silam..
dan aku masih lagi belajar..
dari pengalaman yang seterusnya..
terus berharap semoga ianya mampu mematangkan aku..
kerap kali aku dengar orang kata..
"andai masa mampu diundur kembali.."
kenapa perlu diundur??
andai itu soalan yang ditujukan pada aku..
jawapan aku ialah..
aku tak nak masa diundur kembali..
kenapa??
kerana kalau itu terjadi..
pastinya aku akan berhati2 untuk melakukan sesuatu perkara..
dan pastinya sukar untuk aku berbuat kesilapan demi kesilapan..
bukankah kesilapan itu pengajaran paling berguna??
kesilapan itulah guru yang mengajar dan mendidik kita..
untuk terus bangkit dari segala kehidupan masa silam..
dan berharap untuk menempuh masa hadapan yang lebih baik..
dan aku...
aku perlukan perubahan..
untuk terus bertahan dalam kehidupan yang sukar diramal..
apakah aku mampu untuk berubah??
aku harus!!!
semoga semangat dan kekuatan kukuh bertapak dalam sanubari..
aku umpama tiang seri yang tetap teguh berdiri..
biarpun seisi rumah sudah rebah menyembah bumi..

"...Renunglah semahumu..
Pandanglah seikhlasmu..
Tataplah sepuasmu..
Lantaran aku bukan yang dulu..
Kau harus tau itu...
Kerana..itu yang aku tahu..."
(puisi dari selatan - 2006 ~ gadis desa@AkU)
.

~AkU~
05.04 am
Kampung Permai..

Read more…

Wednesday, May 26, 2010

~SiLa AmBil pErhAtiAn!!!~

Assalamualaikum wbt...

jari aku masih lagi kaku..
tak mampu nak menaip sepatah pun perkataan..
kepala dah berdenyut2..
migrain datang balik..
tapi idea tetap tak muncul2..
hmm... nak cari kat mana la...
masa tinggal tak lama je lagi..
masalah datang bertimpa2..
huh!! nak citer dengan siapa???
simpan je la sorang2..
aku belajar dari kesilapan yang lepas2..
mudah sangat bercerita masalah..
tup..tup.. orang pun dah boring dengar masalah aku..
heheheh...
memang aku orang yang bermasalah..
mental dan fizikal!!!

impian aku ingin menjadi seorang penulis..
atau lebih tepat lagi novelis..
berlambak novel kat umah aku..
sesape yang rasa2 nak bagi hadiah kat aku...
tak payah susah2 nak fikir..
bagi je aku novel..
nescaya aku sangat hargai!!
hahahhaha!! melampau betul permintaan..
satu lagi masalah yang aku fikirkan ialah..
sekiranya manuskrip aku sudah siap..
siapa la yang aku boleh harapkan untuk membaca dan menilai..
sebelum aku hantar pada pihak penerbitan??
aku tak boleh bagi pandangan untuk karya sendiri..
tak adil namanya..
biar orang lain yang menilai aku..
itu lebih baik!!

aku sangat2 perlukan pertolongan sekarang ni..!!
idea..idea...
arggghhhh!!!!

Read more…

Tuesday, May 25, 2010

~Wanita~

kukarangkan tangis di dada lautan..
bukan menyeru semangat..
sekadar mengadu nasib diri..
berbisik pada semilir..
untuk aku kah khabar dari selatan?
rembang senja itu masih sepi..
saat warna jingga mula menyebar di kaki langit..
warna itu keindahan dan ketenangan..
aku masih menanti..
andai bersisa sebuah jawapan..
akukah terlewat menanti mentari muncul?
jika waktu itu lena masih bertamu..
kubiarkan saja hari berganti..
masih belum terlewat untuk menyedari..
kalau hari itu masih ada..
cuma belum lagi kutemui..
tika ini aku masih disini..
mencari bulan yang bakal hadir..
bersama sebuah kebahagiaan..
izinkan ku pergi.......


adakala hati perlu merajuk..
untuk menyatakan rasa..
bukankah wanita itu sendiri halus perasaannya?
Allah jadikan wanita itu sehalus2 perasaan..
dan airmata yang sangat mudah mengalir bila sahaja hati tersentuh..
tetapi bukanlah terlalu murah untuk dipersendakan..
fahamlah kamu wahai sekalian yang mampu berfikir..

Read more…

~Kasihkah ayah??~

Assalamualaikum wbt...

manuskrip yang aku usahakan..
dah suku perjalanan..
idea kadang2 ada..
kadang2 hilang terus..
tapi aku cuba jugak bertahan..

aku nak berkongsi satu cerita yang amat memedihkan hati..
sampai waktu ini pun..
bila teringat kembali cerita tu..
air mata secara automatik akan mengalir..

hari Sabtu yg lepas aku pi tengok rumah baru kat Cheras..
hari itu la cerita ni berlaku..
tapi aku harap cerita ini..
akan menjadi satu pengajaran dan panduan..
ada seorang ayah yang tengah marahkan anaknya..
puncanya hanya kerana anak tu tak masak makanan untuk adik2 nya..
mungkin selalu mak diorang yang masakkan..
tapi hari tu kebetulan mak diorang ada kerja..
ayat si ayah lebih kurang begini:-

"...Kau tak masak?? Kau ni tak reti fikir ke adik2 balik sekolah nak makan apa??
apa punya kakak la kau ni!! aku ingat kau ni bukan manusia la!! kau ni binatang sebenarnya!!
binatang pun tau kasih sayang pada anak dan adik2.. kau ni lebih rendah daripada binatang!!
dah la kerja pun malas!! kau ni beban pada aku kau tau tak?? kalau kau tak suka duduk rumah aku.. kau boleh keluar!! pergi tinggal dengan sape je yang kau suka!! kalau aku la bapak aku dah cakap macam ni.. aku tak tunggu lama.. aku dah keluar rumah!! kau ni tak tau fikir!! memang kau ni binatang!!!..."

lebih kurang begitulah ayat si ayah yang aku boleh ingat..
aku tak tau kenapa..
biarpun ayat tu bukan ditujukan pada aku..
tapi air mata aku mengalir..
aku pandang muka si anak..
dia hanya tertunduk diam..
mungkin malu dimaki sebegitu di hadapan orang lain..
namun tiada air mata yang kelihatan..
mungkin sudah terbiasa dengan makian yang sebegitu..

cuma..
apa yang aku kesalkan..
tiada perasaankah seorang ayah untuk keluarkan kata2 sebegitu??
benar dia sedang marah..
tapi pada aku kesalahan si anak tidaklah sebesar mana..
untuk menerima caci maki seperti itu..
untuk diumpakan seperti binatang..
malah lebih rendah daripada binatang..
bukankah tanggungjawab seorang ayah belum lagi terlepas..
selagi seorang anak itu belum berkahwin??
aku selalu dengar orang kata..
kata2 ibu dan ayah tu satu doa..
kalau baik, maka baiklah jadinya..
kalau tidak.. wallahualam...
entahlah...
manusia semakin hilang perasaan kasih sayang zaman ini..
dan manusia semakin sukar berfikiran waras tika ini..
aku hanya menjadi pendengar setia di situ..
aku peluk Imad lantas aku bisikkan pada Imad..
"...Insyaallah ibu dan ayah tak macam tu.. kita balik ye sayang..."
aku terus dukung Imad dan masuk dalam kereta..
dalam perjalanan balik rumah..
air mata aku masih lagi mengalir..
kenapa aku menangis???
tentunya aku faham hati si anak..
kerana aku juga pernah bergelar seorang anak kepada seorang ayah..

Read more…

Monday, May 10, 2010

~terfikir aku~

Assalamualaikum...
dah beberapa hari tak menulis..
manuskrip yang ada pun separuh jalan je..
tak ada ilham untuk diteruskan...
fikiran asyik terganggu..
tak dapat fokus sikit pun..
aku perlukan galakkan dan sokongan..
keadaan kini semakin menyesakkan..
cuma hari ni aku terasa untuk menulis sesuatu...

semua orang ada pengalaman dalam hidup..
dan seharusnya kita belajar dari apa yg kita alami..
kalaupun tak boleh belajar dari pengalaman sendiri..
tentunya kita boleh belajar dari pengalaman orang lain..
itu yang sebaiknya..

seperti itu juga aku..
ada ketika aku belajar dari cerita dan pengalaman orang lain..
mungkin pengalaman sendiri tak mampu mengajar dan mematangkan diri aku sendiri..
apa yg ingin aku kongsikan ialah kisah..
"habis madu sepah dibuang.."
bila sebut begitu pasti orang akan kaitkan dengan wanita..
sebetulnya itulah pepatah yang sinonim..
aku tak pernah bersikap prejudis pada kaum Adam..
tapi itu yang seringkali berlaku..
(mungkin apa yang aku rasa..)
baik pasangan bercinta mahupun yang telah berumah tangga..
seringkali wanita diperlakukan begitu..
kata2 manis dan pujuk rayu sentiasa meniti di bibir lelaki..
lantaran itu terciptalah kata2..
"apa pun yg terjadi, cinta saya pada awak tetap kekal dalam hati"
"saya sanggup buat apa saja, tapi utk tingggalkan awak saya tak sanggup"
"cinta saya pada awak dah lama saya pendamkan"
"bersama awak adalah saat2 yang membahagiakan saya"
sayang seluas lautan, kasih setinggi langit, cinta sepanjang zaman..
maka "apa yang ada", dikongsi bersama..
alasan yang diberi konon kerana kasih yang mendalam..
sudah dapat apa yg diidamkan..
kenangan bahagia semalam..
bukanlah sesuatu yang perlu diingat lagi..
semudah itu dilupakan dan dibuang..
dimana letaknya kedudukan sebenar takhta wanita pada lelaki?
aku sendiri tiada jawapan..
tapi aku tak kata semua lelaki bersikap begitu..
cuma ada segelintir lelaki yang memandang dan memperlakukan wanita umpama barang mainan..
tidakkah mereka sedar..
mereka juga punya saudara wanita??
apa agaknya perasaan mereka sekiranya semua itu berlaku pada keluarga mereka??
fikir2 kan lah...
dan wanita..
sedarlah diri sendiri..
tepuk sebelah tangan masakan berbunyi??!!
makanya..
andai terasa tepukan tangan sudah tak selari dan indah iramanya..
hentikanlah..
usahlah terus mendera diri sendiri untuk terus bertepuk..
kerana sebelah tangan yang hanya bersentuhan dengan angin..
pasti sumbang iramanya..
lepaskanlah.. tinggalkanlah.. lupakanlah..
carilah bahagia yang sebenar2 nya..
jangan sesekali terus diingat seseorang yang telah menghancurkan perasaan kamu!!
doakan sahaja semoga mereka ini akan berbahagia dengan apa yang telah mereka lakukan..
"what u give, you get back!!"
jangan terus mendera diri sendiri untuk seorang yang tidak menghargai anda..
berilah hati dan cinta anda pada orang yang benar2 ikhlas...
kerana hati dan cinta kita bukan untuk DIPERSENDAKAN!!

Read more…