Monday, May 30, 2011

~Bersedialah untuk ditegur~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Aku jarang sangat nak menegur orang..
Kecuali sesuatu perkara yang aku rasa perlu sangat-sangat untuk ditegur..
Kadang-kadang kita tak sedar perlakuan kita melukakan hati orang lain..
Sementelah kita sangat selesa dengan keadaan diri sendiri..
Namun kita harus ingat..
Keselesaan bagi diri kita tak bermakna keselesaan bagi diri orang lain..
Andai kita fikir begitu..
Maknanya kita seorang yang pentingkan diri sendiri..
Sampai bila kita nak jadi macam tu..
Jangan jadi orang yang punya mata, tetapi buta untuk melihat..
Atau orang punya telinga tapi tuli untuk mendengar..
Juga orang yang punya akal fikiran tapi tak mampu untuk berfikir..
Aku juga pernah ditegur untuk setiap kesalahan aku..
Benar.. Pada mulanya agak terasa hati bila ditegur..
Tapi bila aku muhasabah diri sendiri..
Ada benarnya teguran orang itu..
Dan aku bertindak untuk berubah..
Ucapan maaf dan terima kasih aku hulurkan buat menghargai keprihatinan mereka..
Itu lebih baik rasanya dari terus mempertahankan tindakan kita yang belum tentu betul..
Aku tak suka sebenarnya untuk menegur orang di luar lingkungan keluarga..
Kerana pada aku orang tak akan selesa bila ditegur oleh orang luar..
Namun bila sesuatu perkara yang aku fikir agak melampaui batas..
Maka aku tak akan teragak-agak untuk menegur..
Dan terpulang kepada yang empunya diri untuk terima atau tidak teguran aku..
Aku juga tak akan menagih untuk ucapan terima kasih atau kata maaf dari mereka..
Kerana aku hanya menjalankan tanggungjawab..
Akan tetapi jangan sekali-kali menyangka aku menegur kerana benci !!
Ouh.. Tidak sama sekali..
Aku tidak mudah untuk membenci biarpun sesuatu perbuatan itu terlalu melukakan aku..
Aku masih mampu memaafkan lagi..
Kerana pada aku setiap orang berhak diberi peluang..
Andai aku membenci terus, bermakna aku menutup setiap peluang untuk seseorang itu berubah..
Aku tidak sekejam itu..
Aku terus memberi peluang sebagaimana aku juga inginkan peluang bila melakukan kesalahan..
Tidak rugi untuk terus memberi maaf atau menghulurkan maaf..
Bukankah itu lebih dituntut dalam agama ??
Rasulullah sendiri memaafkan musuh-musuh baginda..
Mengapa tidak kita sendiri sebagai umat Muhammad saw menuruti keindahan akhlak baginda..

Buat sesiapa yang pernah aku tegur perbuatan mereka..
Aku harap tiada yang berfikiran negatif terhadap teguran aku..
Berfikirlah sebaiknya..
Kita tak mampu untuk menilai setiap perlakuan kita..
Akan tetapi bersyukurlah bila ada yang prihatin dengan keadaan kita..
Dan aku juga mohon maaf andai ada yang terasa hati dengan teguran aku..
Aku tak berniat untuk menyakiti sesiapa..
Aku hanya bersuara bila keadaan memerlukan..



**Kadang kala kita tak sedar bila perlakuan kita menyakiti orang lain.. Dan kita akan terus hanyut dengan keadaan yang sama.. Kerana kita tak akan pernah tahu bila tiada yang menegur.. Untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam.. Kita perlu bersedia untuk ditegur.. Atau kita akan tetap menjadi manusia yang sama setiap hari.. Bila sahaja kita terlalu angkuh untuk menerima teguran..**

-AkU-
Syurga Addin...
11:07 pagi...

Read more…

Friday, May 27, 2011

~Yakinkah kita ?~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Sempat juga aku buat pulut kuning, rendang paru dan pulut manis (wajik) kelmarin..
Takde apa tujuan pun..
Saja je terasa nak makan..
Pulut kuning dengan rendang tu memang dari minggu lepas lagi aku nak makan..
Tapi pulut manis tu aku buat untuk Incik hubby..
Sebab dia memang tak suka pulut kuning..
Cuma tengah hari dan petang semalam ada beberapa berita gembira yang aku terima..
Maka makanan yang ada tu aku agihkan kepada beberapa orang..
Antara berita gembranya ialah..
Adik aku Wai, lulus exam dia sekaligus melayakkan dia ke semester seterusnya..
Dan seorang lagi adik aku Jijie, lulus dengan Anugerah Dekan..
Bangga ?? Mestilah !! Kakak mana yang tak bangga ??
Biarpun kadangkala aku usik-usik diorang fail dalam exam..
Tapi dalam hati aku sentiasa berdoa diorang akan lulus dengan cemerlang..
Maka terbalas la segala jasa papa membesarkan diorang..
Dan ada lagi dua berita yang akan aku kongsikan di entry akan datang..
Ini berita sensasi.. Hehe..
Tapi aku yakin dengan janji Allah swt..
Oke.. Sebenarnya aku nak bercerita tentang benda lain..
Hari ni aku terima dua panggilan dari teman rapat..
Seorang (A) mengadu tentang hubungan cinta dengan bossnya..
Seorang lagi (B) baru sahaja kehilangan anak yang dikandungnya..
Sedih ?? Ya.. Aku yang mendengar pun rasa sedih..
Apatah lagi mereka yang mengalami..

Cerita A..
Dah lama sebenarnya dia bercinta dengan boss dia ni..
Sebelum ni tak la kerja sekali.. Baru-baru ni saja..
Cuma kebelakangan ni banyak masalah yang terjadi..
Ouh.. boss dia ni someone husband.. Ehemm !!
Lama dah diorang bercinta..
Memang la nak kawin..
Masalahnya, member aku ni banyak kali kena "guna-guna" oleh isteri pertama..
Jenuh dah berubat sana-sini..
Dan yang terbaru dia cerita..
Kekasih merangkap boss dia ni selalu bad mood dengan dia..
Nangis-nangis dia bercerita..
Kesian la jugak.. Tapi bila fikir balik..
Kalau kita dah teringin nak berkongsi, maka kena tanggung semua risiko..
Bila dia minta nasihat..
Aku bagi kata dua..
Sama ada dia "berhenti terus" atau "redah je"..
Dia kena fikir sampai habis..
Dan satu lagi aku nasihat..
Cuba-cuba la buat solat Taubat, Tahajjud dan Hajat..
Minta dengan Allah..
Allah itu Maha Mendengar..
Asyik minta dengan manusia je, sampai bila..
Yakinlah dengan Pencipta.. Dia tak pernah mungkir janji..

Cerita B
Seorang lagi ni baru je kehilangan anak dalam kandungan..
Dia cerita, suami dia macam serik nak bagi dia mengandung lagi..
Sebelum ni dia dah cerita..
Tapi aku bagi kata-kata nasihat dan sokongan macam biasa..
Cuma kali ni aku terus-terang dengan dia..
Aku cakap..
"Awak tau tak kenapa Allah tak bagi anak tu kat awak ? Sebab awak suka merungut ! Risau sangat bila anak tu lahir nanti tak cukup perbelanjaan awak satu keluarga.. Kena ingat setiap anak tu ada rezeki masing-masing.. Kena yakin dengan janji Allah ! Bila awak dah merungut macam tu.. Agaknya sebab tu Allah tarik balik anak tu.. Senang la hidup awak, tak payah fikir pasal tak cukup makan.."
Dia balas..
"Bukan la kata merungut.. Tapi sekarang ni pun cukup-cukup je makan kitorang anak-beranak.. Nanti kalau tambah lagi satu, silap-silap kitorang makan nasi kosong je.."
Aku pun balas lagi..
"Bersyukur la dapat makan nasi kosong.. Ada jugak nasi.. Ada orang yang lagi miski tu, makan siput babi je anak beranak.. Awak nak cakap apa ??"
Dia gelak je..
Aku cakap lagi..
"Kena yakin dengan Allah.. Rukun Iman ke 6- Percaya kepada Qada dan Qadar.. Tapi awak ni tak percaya.. Sebab tu sangka dan fikir yang bukan-bukan !"
Dia jawab..
"Percaya.. Tapi hati ni banyak kali berbelah bahagi.. Nak buat macam mana.."
Endingnya sebab aku geram.. Aku jawab macam ni..
"Tak percaya la tu.. Kalau mulut je kata percaya tapi hati kata tak.. Tu dah jatuh macam was-was.. Tak boleh macam tu.. Kena percaya dan yakin 100%.. Baru la kehidupan kita tenang dan aman.. Awak fikir la balik.."
Dia masih lagi gelak-gelak sebelum letak phone..

Aku tak kata aku bagus.. Sebab aku juga masih belajar tentang Islam dan Iman.. Cuma aku sampaikan apa yang aku tau.. Jangan kedekut ilmu.. hehe..

Ouh ya.. kat bawah ni gambar pulut aku.. Tapi dah habis la semalam..

*Gambar tak berapa clear.. Ni masa masih panas lagi..

*Hehe.. Ini santapan pertama aku.. Huhu.. Sedap !! Pulut manis (wajik) aku tak sempat nak ambik gambar..

**Keyakinan 100%.. Lafaz dengan lidah, percaya dengan hati dan bertindak dengan tubuh badan.. Mungkin kaedah aku lain dari orang lain.. Yang penting kena percaya pada Allah 100%..**
-AkU-
Syurga Addin...
17:27 petang..

Read more…

Sunday, May 22, 2011

~Pengalaman mengajar aku..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari-hari cuti macam ni..
Kebiasannya aku hanya akan berehat-rehat dengan Imad..
Kalau kami berdua, tak ada apa sangat yang aku boleh buat..
Badan pun masih lemah lagi..
Hanya mampu baring sambil tengok tv saja la..

Kata orang..
Kita belajar dari pengalaman..
Pengalaman yang akan mematangkan dan mendewasakan kita..
Ya.. Aku setuju dengan kenyataan itu..
Kerana itu yang aku praktikkan dalam kehidupan seharian..
Benar, adakala pengalaman itu menyakitkan..
Tetapi, kita masih boleh memilih..
Sama ada untuk terus terluka dengan pengalaman itu..
Atau pun belajar dari kesakitan itu..
Segalanya terpulang kepada kita untuk membuat keputusan..

Waktu aku kecil dulu..
Setiap kali mendengan cerita orang yang lebih tua..
Aku akan cuba bertanya untuk lebih faham..
Tetapi jawapan yang akan aku terima ialah..
"Dah besar nanti, kamu akan faham sendiri"
Maksud dah besar disini, bukan la apabila kita mencapai tahap kebesaran tertentu..
Itu aku tahu semua orang sedia maklum..
Tapi apabila umur kita semakin meningkat..
Tentunya pelbagai jalan yang telah kita lalui dan terokai..
Maka itu la pengajaran yang paling berguna untuk kita meneruskan perjalanan..
Sebagai seorang wanita yang telah mencapai umur 30 tahun..
Sejujurnya banyak yang aku telah pelajari..
Dari seorang anak kecil, aku belajar menjadi seorang adik, seterusnya seorang kakak, melangkah lagi menjadi seorang kawan, satu tahap lagi bergelar seorang kekasih, diangkat darjatku menjadi seorang isteri, lalu dimuliakan lagi menjadi seorang ibu..
Segala pengalaman ini telah aku simpan kemas dalam "diari" sejarah kehidupan aku..
Kerana sesekali aku pasti akan menjenguk ke sana untuk belajar dari kisah semalam..

Sewaktu aku bujang dan tinggal bersama kakak aku..
Ada ketika aku memberontak bila permintaanku sukar untuk dipenuhi..
Terdengar juga keluhan dari mereka..
Maka aku bertanya..
"Sukarkah memahami hati seorang adik ?"
Jawab mereka..
"Kau akan tahu bila saja kau bergelar seorang kakak"
Ya.. aku sudah menjadi seorang kakak..
Dan aku faham perasaan mereka kini..
Mempunyai adik-adik yang berbagai kerenah..
Adakala hampir membuatkan aku putus asa untuk terus membimbing..

Ada juga aku bertanya kepada kakak-kakakku yang sudah berumahtangga..
Bila ada saja keluhan mereka tentang seorang suami..
Soalan aku tetap sama.. 
"Sukarkah menjadi seorang isteri ?"
Jawapan mereka juga sama..
"Kau akan tahu juga nanti bila kau bergelar seorang isteri"
Aku telah bergelar seorang isteri kini..
Ya.. Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri bila kita sendiri tak faham apa maknanya ISTERI..
Dan aku makin belajar dari sehari ke sehari bagaimana untuk menjadi seorang isteri yang sentiasa didambakan oleh seorang suami..
Benar..ada kala aku hampir tewas kepada pencarian itu..
Namun kasih sayang Allah sentiasa ada untuk aku berpaut..
Maka aku teruskan mencari biarpun ada ketika hati aku terluka pedih..

Pernah suatu ketika di sekolah..
Aku bertanya kepada seorang guru yang sangat memahami keadaan aku waktu itu..
"Cikgu, sukarkah menjadi seorang ibu dan ayah yang memahami ?"
Panjang jawapan guru itu dan pengakhirannya..
"Kamu akan faham juga nanti bila kamu bergelar ibu kepada anak-anak"
Aku sudah menjadi seorang ibu kini..
Bukan ibu kepada seorang anak..
Tetapi aku punyai empat lagi anak-anak kecil yang semakin meningkat remaja..
Dan InsyaAllah, ada yang bakal menyusul..
Aku semakin memahami hati seorang ibu..

Ya.. Aku telah lalui semua gelaran itu..
Dan aku semakin faham apa sahaja yang mereka alami..
Pendapat peribadi aku..
Pengalaman adalah guru yang paling baik untuk mengajar kita tentang sesuatu perkara..
Namun.. Andaikata pengalaman sendiri tak mencukupi untuk memberi pengajaran kepada kita..
Belajar la dari pengalaman orang lain..
Tak ada ruginya bila kita sentiasa belajar..
Ilmu Allah itu terlalu luas untuk kita pelajari dalam masa yang singkat..



**Ada teman yang tak mampu belajar dari pengalaman kerana mengganggap pengalaman adalah kisah semalam yang harus kita lupakan.. Katanya "Mata dicipta untuk memandang ke hadapan, bukan menoleh kebelakang.." Jawapan aku "Sesekali kita harus menoleh juga, kerana langkah yang kita tinggalkan pasti ada pengajaran yang berguna untuk destinasi kita yang seterusnya.."**

-AkU-
Syurga Addin...
11:27 pagi...

Read more…

Friday, May 20, 2011

~Mak dan abah.. Aku terasa hati..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sejak dari dulu lagi..
Persoalan ini seringkali aku tanyakan..
Kerapkali jawapannya berubah dari semasa ke semasa..
Semakin aku dewasa..
Aku semakin faham tentang makna kasih sayang..
Cuma sesekali hati ini hampir terpesong dari paksi fitrah kehidupan manusia..
Ye la.. Bila bercerita tentang soal hati ini..
Bukan boleh dipaksa perasaan yang hadir..
Aku juga manusia biasa yang tak dapat lari dari semua itu..
Seperti tajuk diatas..
Aku juga pernah berkecil hati..terasa hati dengan kedua orang tua aku..
Mungkin mereka tak bermaksud sedemikian..
Tapi aku saja yang merasa begitu..
Patutkah kita berkecil hati dengan ibu dan bapa ??
Mungkin jawapannya tak patut.. Tapi kita hanya manusia biasa..
Sewaktu aku hidup bujang dengan kakak-kakak aku dulu..
Berkali-kali rasanya aku rasa jauh hati dengan mak abah sendiri..
Mungkin sebab aku rasa terpinggir bila mereka sudah punya anak-anak lain hasil perkahwinan kali kedua mereka..
Maka hati aku seperti merajuk dengan keadaan itu..
Aku rasa diabaikan dan dilupakan..
Aku rasa setiap tumpuan dan perhatian mereka hanya untuk adik-adik baru aku..
Sewaktu bersekolah dulu..
Tak pernah aku diberi galakkan dan sokongan untuk setiap apa yang aku lakukan..
Jadi selalu aku melakukan kesalahan semata-mata untuk meminta perhatian dari mereka..
Aku bukanlah pelajar bermasalah..
Namun keadaan menjadikan aku sebaliknya..
Bila telah meningkat remaja dan hidup berdikari..
Beberapa ketika aku cuba menjauhkan diri dari mereka..
Rasa rindu dan kasih yang ada aku lupakan seketika..
Hanya kerana melayan amarah dan rajuk yang menebal..
Itu salah satu cara aku memprotes..dalam diam..
Aku susah untuk bersuara apatah lagi meluah rasa..
Maka mereka tidak pernah tahu apa yang aku rasakan selama ini..
Aku juga tak pernah rasa untuk meluahkan rasa kasih sayang aku kepada mereka..
Aku tak pandai semua itu.. Kerana telah diajar sebegitu..
Bertahun aku memendam rasa..
Segalanya aku luahkan dengan tulisan.. Maka tak hairanlah koleksi diari aku memenuhi bilik stor dalam rumah aku sekarang..
Dan ada beberapa yang telah aku hapuskan..
Semata-mata untuk "membuang" rasa negatif yang menghuni hati..
Akan tetapi setelah aku semakin meningkat dewasa..
Semua perasaan itu menjadi sirna..
Aku semakin memahami keadaan ini..
Dan aku tahu, aku terlalu berprasangka..
Allah telah menjadikan kehidupan ini sebaik-baiknya..
Maka setiap kejadian ada hikmahnya..
Dan aku telah belajar banyak perkara dari kehidupan yang lampau..
Lantaran itu diketika ini..
Aku cuba memahami setiap orang yang ada di sekeliling aku..
Aku menghargai kasih sayang yang wujud di setiap ketika..
Aku semakin bersyukur dengan apa yang aku perolehi..
Dan pastinya aku lebih banyak belajar dari pengalaman..
Aku lebih berdikari sekarang..
Kerana "kisah dulu" itu.. Aku tidak bergantung kepada orang lain..
Aku mampu berdiri diatas kudrat sendiri..
Aku tidak menjadi seorang anak manja yang setiap masa perlukan kasih sayang dan kehadiran ibu bapa untuk menjalani kehidupan seharian..
Biarpun kata orang.. Anak bongsu adalah anak yang paling manja..
Tidak sama sekali.. Aku tak pernah merasakan begitu..
Aku lebih bertanggungjawab untuk setiap langkah yang aku atur tanpa ragu-ragu..
Alhamdulillah.. Aku semakin dewasa dengan kesedaran dalam hati..
Dan yang penting..
Aku tak mahu apa yang aku rasa..
Bakal dirasai oleh anak-anak aku..
Biarlah kehidupan mereka terisi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang berpanjangan..
InsyaAllah..




**Aku tak nafikan ada ketika perasaan itu hadir kembali.. Ahhh.. Aku hanya manusia biasa..**

-AkU-
Syurga Addin...
11:37 pagi...

Read more…

Thursday, May 19, 2011

~Satu kisah di rumah aku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dah memang lama sangat tak tulis kat blog ni..
Banyak aktiviti lain yang menghalang..
Pagi ni ada la masa lebih sikit..
Tak nak cerita panjang-panjang..
Aku nak tunjuk gambar ni je..

**Gambar Imad tengah tidur sambil tertonggeng !!

Hehe..
Masa ni aku kat bawah..
Dan aku harapkan seseorang untuk tengokkan Imad..
Tapi apa yang jadi ??

**Perempuan ni pun sakan tidur !!

Ces !! Memang tak boleh diharapkan..
Ini la mak sedara Imad.. ~AUNTIE WAI~
Kahkah !! Tengok muka tidur camtu..
Confirm air liur basi menjejeh jatuh atas bantal aku..

Adik-adik aku ada kat rumah sejak dari pagi semalam lagi..
Diorang datang berhajat..
Bukan nak melawat sangat pun..
Biasa la budak-budak ni..
Kalau datang sesaje je memang tak la..
Kali ni dorang datang sebab nak merompak !!
Rompak apa ??

**Ini la khazanah yang diorang rompak dari rumah aku.. Tudung !!

Aku memang banyak koleksi tudung masa kerja dulu..
Ada yang dah bertahun beli..
Tapi tak pernah pakai sekali pun..
Saja, suka-suka nak buat koleksi..
Dalam gambar tu, boleh kata hanya satu atau dua je tudung dia..
Yang lain semua tudung aku..
Tapi takpe.. Sekurang-kurangnya adik aku dah ada kesedaran untuk menutup aurat..
Alhamdulillah..
Harap-harap tak la untuk sementara..
Hehe.. Selamat berhijrah untuk Wai !!


**Bukan senang nak mengajak orang ke arah kebaikan terutamanya keluarga.. Dan itu la yang aku rasai.. Mereka selalu salah sangka.. Benar la kata pepatah.. Lebih mudah menolak seekor unta melalui lubang jarum yang kecil berbanding mengajak manusia ke arah kebaikan..**

-AkU-
Syurga Addin...
10:27 pagi...

Read more…

Sunday, May 8, 2011

~Aku bakal ke Hospital~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dalam pada ketawa kita pasti menangis..
Dalam pada bersenang hati pasti ada keresahan terselit..
Dalam pada berduka pasti ada kebahagiaan yang menanti..

Sudah masuk bulan keempat penyakit yang aku deritai masih lagi menghuni..
InsyaAllah, hari Isnin ini aku akan ke Hospital Ampang untuk membuat pemeriksaan menyeluruh..
Semoga tiada apa yang merbahaya..
Biarpun saban hari membaca tentang simptom-simptom penyakit berbahaya di internet membuatkan aku takut..
Namun, diharap semuanya itu hanyalah sekadar pengajaran.. Bukanlah sesuatu yang harus aku tanggung untuk tempoh waktu yang lama..
Sekurang-kurangnya ia mengajar aku tentang betapa berharganya kesihatan untuk diri aku..
Saban waktu hati aku berdebar menanti hari diperiksa oleh doktor..
Resah hati andai ada yang tidak kena dengan kesihatan aku..
Setiap saat aku memikirkan tentang orang-orang disekeliling aku..
Mampukah mereka mengerti keadaan aku nanti ?
Aduhhh !! Semakin difikir semakin bertambah debar didada..
Aku mengharapkan doa teman-teman semua agar Allah swt mengurniakan aku kesihatan yang sempurna buat aku terus "berjalan" di bumi ini..
Benarlah.. Penantian satu penyiksaan..



**Semoga Allah swt "mendengar" permintaan aku.. Amin.. Yarobbal 'Alamin..**

-AkU-
Syurga Addin...
20:07 malam...

Read more…

Saturday, May 7, 2011

~Hari makan besar !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam tadi memang agak panas..
Aku yang biasanya tidur berselimut ni..
Malam tadi memang selimut tak dapat chance nak cecah hujung jari kaki pun..
Berapa kali terbangun sebab nak tukar position..
Alas katil pun dan lembap dengan peluh aku..
Dah la "rumate" sementara aku ni tidur lasak..
Kejap kang kaki dia hinggap kat badan aku..
Kejap pulak tangan dia singgah kat muka aku..
Memang tak bleh lena la kan !!
Siapa dia ?? Wohoooo !! Itu la adik aku yang belajar kat UITM tu..
Sekarang ni tengah cuti sem..
Tu yang datang menyibuk menetap kat rumah aku kejap..
Ouhh !! Aku nak cerita pasal malam tadi..
Betapa meriahnya rumah aku dengan makanan..
Tak percaya ?? Tengok la gambar kat bawah ni..



**Apa yang ada ?? Aku list kan ya..
1.Satay Ayam - 10
2.Satay Daging - 10
3.Satay Perut - 10
4.Kerang bakar - 2 set
5.Sup Perut - 1
6.Tom Yam Campur - 1
7.Air 100Plus - 1 jug

Ini untuk makanan 2 orang sambil menonton Maharaja Lawak..
Memang melampau ok !!
Tapi semua ni bukan idea aku..
Kalau ikut aku.. Roti dengan sambal ikan bilis dah cukup..
Nak tau idea siapa ?? Budak ni..

**Ini la budak yang bertanggungjawab bakal membuatkan berat badan aku naik nanti.. Memang NAFSU makan budak ni BESAR GILER !!

Tapi memang tak habis la semua tu..
Last sekali yang tinggal..
Satay - 10 dengan kerang bakar adalah dalam suku dari tadi..
Memang perut aku tak bleh nak habiskan semua..
Nasib baik tak mengantuk lepas makan banyak tu..
Kalau tak, harus aku terpaksa exercise lebih..
Hehe.. Dah la semalam duk melantak McD MEGA Mac Large Set..
Semata-mata nak dapatkan koleksi Coca-Cola Glass Meal..

**Ini la rupanya.. Cantik la untuk collection aku.. Hehe..

Ouh.. Lupa nak cakap..
Tima kasih ye Jie..
Lain kali kita makan besar lagi..
Kita ajak Wai perut Buncet dan Abang Gumuk !!
Wohoooo !!

**Kalau la dapat makan macam ni dengan Imad.. Lagi best !! Sekarang ni Imad hanya boleh tengok je la..**

-AkU-
Syurga Addin
10:37 pagi...

Read more…

Thursday, May 5, 2011

~Puisi Cinta Buat Puteri~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari tu aku janji untuk sambung nota untuk adik aku..
So.. Ini sambungannya..
Yang kat bawah ni lirik lagu kumpulan Spider..
Yang lain tu semua hak cipta terpelihara aku..
Bila kenangan dan pengalaman kita simpulkan menjadi satu..
Itulah yang dinamakan kehidupan..
Dan telah aku layari kehidupan ini dengan penuh keinsafan..
Hanya menanti satu jalan lurus..
Buat mengiringi aku ke "sana"..

"Hilang mentari, ada yang tinggal..
Rembulan kegersangan..
Yang meratapi..
Cahaya hujung malam di kala sunyi..


Hilang kekasih, ada yang tinggal..
Pemuja kesepian..
Yang melayani..
Puisi cinta buat Sang Puteri"

Mata itu merenung di kejauhan..
Memandang sepi sebuah kenangan..
Biar kaki memijak butiran pasir..
Namun seakan terasa kaca bertebaran..
Darah yang mewarnai bumi..
Bukanlah dari hentakan itu..
Namun merahnya hadir dari carik luka sebuah jiwa..
Bukan duka itu yang harus mekar..
Sedang tawa ria yang dia semaikan..
Jujurkah huluran persahabatan itu ?
Andai kalimahnya bersulam dusta..
Mungkin hatinya ditabiri warna cinta..
Lantas bicara palsu umpama penawar jiwa..
Mengapa hati masih berharap ?
Biar taman itu hanya hamparan tanah..
Tiada bunga mesra menguntum mekar..
Atau pohon rendang meneduh bahang..
Mungkin hati tak bisa mendustai diri..
Cinta itu hadir kerana bicara manis..
Walau seringkali semilir membisik peringatan..
Bangkitlah sang Puteri..
Bahagia bukan untuk seketika..
Cinta itu umpama permata dalam butiran pasir..
Carilah.. Terokalah.. Hayatilah..
Ia pasti ada menanti di suatu hari yang nyata..
Saat dia sedar diri tak selamanya bernafas..
Diri tak selamanya memandang bulan..
Diri tak selamanya mengira bintang..
Saat itu satu suara berbisik..
Bukalah matamu Puteri..
Carilah kembali sinar itu..
Di bawah teduhan rendang..
Di celah guguran dedaun..
Di antara mekar bungaan..
Pelangi itu pasti hadir kembali..
Hanya menanti..
Sang mentari dan titisan hujan..
Kembali bertaut..

~Gadis Desa~ ::Puisi Cinta Buat Puteri:: 1999 - KLCC~

**Kenangan itu pernah bertaut di minda.. Namun telah aku hanyutkan ia jauh dari hentian.. Biar ia terus hilang dan tenggelam bersama hujan dan arus..**



-AkU-
Syurga Addin...
11:47 pagi...

Read more…

Monday, May 2, 2011

~2 Hari Istimewa dalam hidup aku !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Entry kali ini aku nak bercerita tentang istimewanya 2 hari ini dalam hidup aku..
Yang pertama tentang 1 Mei setiap tahun..
Kalau kebiasaannya rakyat Malaysia menyambut Hari Pekerja..
Tapi aku menyambut Ulangtahun Perkahwinan aku..
Untuk tahun ini, sudah genap 7 tahun ijab qabul antara aku dan suami..
Alhamdulillah.. syukur..
Bermacam cerita suka duka kehidupan berumahtangga yang sudah aku tempuhi..
Segalanya mengajar aku makna menjadi seorang isteri buat seorang suami..
Bukan sekali aku tersungkur dalam pencarian..
Malah pernah berdarah berkali-kali..
Bukan sedikit hati aku terluka dalam melayari bahtera..
Malah hampir jatuh berkecai jiwa ini..
Namun semangat yang Allah pinjamkan buat aku..
Memberi satu keyakinan inilah jalan ke syurga yang aku cari selama ini..
Kita takkan berjumpa jalan bahagia saja sepanjang hidup..
Sedang pantai pun sesekali dilanda badai..
Bumi juga ada ketika ditimpa hujan..
Apatah lagi kita manusia..
Sedangkan lidah lagi tergigit..
Apalah bezanya kita suami dan isteri..
Cuma bertolak ansur, saling memahami dan menghormati akan menjadi pemanis dalam sesebuah rumahtangga..
Itulah yang aku pelajari sepanjang 7 tahun bergelar isteri kepada Mohamad Azhan Mohamad Adnan..
Doa aku saban ketika, moga Allah swt akan memberikan kebahagiaan yang berkekalan buat keluarga kami..
Dan semoga diberi lebih kekuatan untuk kami mengharungi badai dan onak duri sepanjang perjalanan kami di dunia ini..
Sebelum kami dijemput mengadapNYA.. 
InsyaAllah.. Amin..



Hari yang kedua istimewa ialah 2 Mei pada setiap tahun..
Tarikh ini adalah Ulangtahun Kelahiran Muhammad Imad Addin..
Tahun ini genap usia Imad yang ke 4..
Biarpun Imad tidak seperti anak-anak yang lain..
Tapi Imad seorang anak yang sangat istimewa di mata aku..
Dialah penghibur di kala aku kesunyian..
Pemberi semangat di kala aku keresahan..
Menjadi penawar di kala aku kesedihan..
Banyak titisan airmata aku tertumpah kerana Imad..
Segala-galanya kerana Imad..
Bukan sedikit doa yang aku pohon setiap ketika untuk Imad..
Aku ingin melihat Imad membesar seperti anak-anak yang lain..
Tapi sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya..
Aku tetap bersyukur Allah mengurniakan Imad dalam kehidupan kami..
Imad antara pengerat kasih sayang antara kami..
Imad penguat cinta aku dan suami..
Imad segala-galanya..
Diusia 4 tahun..
Imad dah pandai berjalan sikit-sikit..
Imad dah pandai gigit kek yang aku buat..
Imad dah pandai nyanyi lagu untuk tidur..
Imad dah pandai selawat ke atas Nabi..
Imad dah pandai tepuk ibu dan ayah nak suruh tidur..
Imad dah pandai pura-pura pejam mata bila dipaksa tidur..
Dan yang paling Imad pandai adalah..
Masukkan segala jenis benda dalam mulut dia.. Kehkeh !!
Ini adalah kemahiran Imad yang utama..
Bagilah apa saja, semua akan dirasa terlebih dahulu..
Doa aku setiap ketika untuk Imad..
Moga Allah memberi kehidupan yang lebih sempurna kepadanya..
Dan semoga Imad dapat membesar menjadi seorang anak yang mampu membahagiakan keluarga serta anak yang bakal menemani ibu dan ayah meniti jalan ke syurga..
InsyaAllah.. Amin..

*Petang tadi aku dan suami jemput My Honey Dew datang dengan anak-anak yang lain..

p/s : Istimewanya kedua-dua hari ni ialah kerana waktu aku diijab qabulkan dan waktu Imad dilahirkan adalah sama pada pukul 10:00 malam.. Wohoooo !!

**Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-7 buat aku dan suami.. Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-4 Imad !! Ibu dan ayah sayang sangat Imad !!**

-AkU-
Syurga Addin...
09:07 pagi..

Read more…