Monday, July 30, 2012

~Adam Hakimi in da House !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Cuaca makin panas dari sehari ke sehari..
Tapi Alhamdulillah..
Biarpun beberapa hari ini hujan tak ada..
Tetap.. Rumah aku sejuk di waktu malam biarpun tak ada air cond..

Hari Jumaat yang lepas..
Aku ke Hospital Ampang melawat kakak aku ~ Amy..
Dia dimasukkan ke wad kerana kebocoran air ketuban pada malam Khamis..
Kandungan dia baru nak masuk 8 bulan..
Sepatutnya aku melawat dia hari Khamis..
Tapi masa aku on the way..
Dapat sms dari husband dia bagitau yang kakak aku dah dibawa untuk operation..
Maka tak jadi la aku melawat..
Aku datang balik hari Jumaat..
Dapat la jumpa walaupun sekejap..
Ceritanya..
Malam Khamis tu , masa tu diorang tengah tidur..
Tiba-tiba kakak aku kejut husband dia bagitau ada air keluar..
Husband dia yang tengah mamai tu pun buka la lampu nak pastikan apa yang jadi..
Bila buka je lampu.. Tengok air dah melimpah..
Terus bawa pergi Hospital Ampang..
Sampai hospital, doktor suruh masuk wad..
Doktor cakap kena paksa baby keluar atau buat operation sebab takut baby lemas kat dalam tu..
Nak tak nak, terpaksa la setuju.. Nyawa baby woooooo !!!
Doktor pun check la perut dia..
Doktor cakap baby macam kecik sikit, dalam 25 minggu je..
Tapi bila scan, doktor cakap macam 29 minggu pulak..
Cuma yang geramnya..
Masa kakak aku check kat Klinik Kesihatan..
Doktor sana cakap ok je baby..
Segalanya mengikut jadual yang betul..
Tak ada yang pelik pun..
Tapi diorang tak scan pun baby..
Duk main rasa kut luar je.. Apa punya doktor la..
Tapi kakak aku lupa nak ambik nama doktor tu..
Kalau tak, boleh buat aduan..
Heh ! Kerja main-main !!!
Lepas dah induce, doktor suruh tunggu sampai pintu terbuka..
Tapi bila check, pintu tak buka-buka pun..
Lepas lama tunggu, tak boleh jadi ni !
Terpaksa jugak buat operation sebab takut baby lemas pasal dah lama sangat..
Masa operate tu, lepas je diorang keluarkan baby..
Lepas je baby tu menangis, doktor suruh kakak aku tengok jantina anak dia..
Dalam keadaan mamai tu, kakak aku boleh jawab jugak..
Dua kali doktor tu tanya nak pastikan..
Arggghhh !! Kena operate dalam keadaan sedar..
Tak dapat aku bayangkan !!
Kakak aku masuk OT pukul 12.45 tengah hari..
Dia keluar lebih kurang pukul 4 petang..
Ini mengikut dari husband dia la..
Masa aku melawat dia tu, tengok bekas operation tu ada sepanjang sejengkal..
Huh ! Tengok pun dah ngeri..
Mintak-mintak aku tak perlu melalui cara macam ni..
Alhamdulillah, diorang dapat anak lelaki..
Berat dia lebih sikit dari Imad ~ 1.08 kg..
So, baby kena duduk dalam incubator kat NICU..
Tak tahu la berapa lama.. Tapi as long as baby stabil.. Itu dah cukup baik..
Aku cerita serba sedikit pengalaman masa aku bersalinkan Imad dulu..
Sekurang-kurangnya dia boleh get ready dari sekarang..
Oh ! Nama baby yang kakak aku cadang nak letak..
Adam Hakimi Bin Rosle..
Semoga Adam cepat membesar dan sihat..
Tak sabar nak jumpa Adam !!
Alhamdulillah, bertambah lagi ummat Muhammad SAW di muka bumi ini..
Semoga anak ini membesar menjadi khalifah yang terpuji..

*Anak-anak.. Bagi la pakai apa pun.. Mereka tetap comel..

**Pengalaman bersalin.. Setiap ibu-ibu yang bersalin mempunyai cerita dan pengalaman yang berbeza.. Namun, biarpun begitu.. Persamaannya ada la.. Pengalaman itu memberi kemanisan yang tiada bandingnya bila melihat anak-anak membesar dengan sempurna di depan mata kita..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:17 pagi..

Read more…

Friday, July 27, 2012

~Selamat Ulang Tahun, Suamiku..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Selesai sudah puasa yang ke 6..
InsyaAllah, lengkap sehingga ke penghujungnya..
Urmm.. Ini satu entry khas..
Untuk siapa ??
Meh layan gambar ni dulu..

*Siapa budak comel ini ???


*Ni gambar dah besar sikit.. Err.. Yang sebelah tu Abah dia..

Gambar ni memang tak berapa terang masa aku scan dulu..
Iye la nak cepat kan..
Janji nampak la jugak muka dia, kira oke la..
Siapakah dia ?? Haha...
Meh nak cerita sikit..

Nama penuh dia Mohamad Azhan bin Mohamed Adnan..
Lahir pada 24 July 1969..
Pukul 2.35 pagi di Kelinik Ayer Lanas..
Errr.. Kiranya gambar tu tahun 1969 la..
Budak comel tu dah besar pun..
Dia sekarang dah tua..
Eh ! Silap, dah dewasa.. Hahahahah !!
Itu la ex-boyfriend sayeeeeee.....
Itu cerita lama..
Sekarang dia dah jadi suami sayeeeeee... Hehe..
Merangkap kawan, lawan, penasihat, punahsihat, housemate, roomate, pillowmate dan macam-macam mate lagi..
Sangat comel masa budak kecik..
Sekarang dah tak comel, tapi sedap mata memandang..
Hari Selasa yang lepas bersamaan 24 July 2012 adalah Hari Ulang Tahun Incik Hubby Yang Ke-43..
Memang patutnya entry ni keluar kelmarin..
Tapi sebab aku banyak benda nak buat..
Maka entry ni keluar malam ni..
Tak kisah la kan..
Waktu entry ni ditulis, Incik Hubby dah "berpindah" kawasan..
Maka aku boleh menulis dengan selesa..
Kalau tidak dia akan menempel kat sebelah sebab nak baca apa yang aku nak tulis..
Kalau benda yang kena dengan hatinya..
Senyumnya akan sampai ke telinga..
Kalau tak kena dengan rasanya, on the spot dia akan argue..
Huh !! Dah jadi tak senang nak tulis blog pulak.. Hehe..
Eh ! Ada lagi gambar Incik Hubby masa tengah jadi anak kumbang dulu..
Meh layan sesama..

*Muka control macho.. haha..

*Konon gemar bersukan la.. Ceh !

*Geng pancasitara yang dah kena Afundi Keluar.. Haha..

*Ni calon Imam Muda dulu.. Nasib baik dulu takde Astro..

*Time ni dah jadi kumbang matang.. hehe..

*Agaknya ni memang style orang dulu-dulu bergambar.. Atas batu..

*Men in white..

*Pak Imam dah siap.. Moh kita pi Masjid.. !!

Itu je yang aku sempat scan hari tu..
Banyak sangat, jenuh nak scan..
Gambar ngan girlfriend lama pun ada.. Haha..
Yang tu kita cerita lain punya entry..
Oke.. Yang bawah ni gambar sekarang..
Tak la terkini sangat..
Tapi tak lari la muka tu..

*Amacam ?? Smart tak ??

Tahun ni tak ada sambutan apa-apa pun..
Hanya ucapan dan doa sahaja..
Yang pertama ucap ada la Dhiya..
Dhiya lanyak Ayah, suruh Ayah buka mata, then senyum..
Lebih kurang ucapan la tu.. Hehe..
Ucapan aku ??
Hmm.. Biasanya aku sms kat Incik Hubby..
Tapi tahun ni aku tak buat..
Sesekali kita ubah la cara pulak..
Aku nak bagi ucapan kat sini je..
Nanti-nanti dia baca la..

"...Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Ke-43 Suamiku.. Semoga dipanjangkan usia untuk terus beribadat kepada Allah, berbakti kepada Ummi dan Abah, menjadi suami yang dihormati isteri-isteri dan ayah yang disayangi anak-anak.. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk dunia dan akhirat.. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang berterusan dan kebahagiaan yang berkekalan.. InsyaAllah.. Aameen..."

Oke.. Ini ada la ucapan rasmi..
Yang tak rasmi biar aku dan Incik hubby je tahu.. Hehe..

**Usia hanya la sekadar penambahan nombor tahun demi tahun.. Namun demikian, bertambahnya usia harus seiring dengan kefahaman kita tentang kehidupan.. Andai kita terus tua dengan bongkak dan bangga diri yang tinggi melangit.. Alangkah ruginya kita hidup di muka bumi ini..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:37 pagi..

Read more…

Tuesday, July 24, 2012

~Perempuan Neraka..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Telah selamat berlalu 3 hari Ramadhan..
InsyaAllah, semoga kita sempat berjuang hingga ke akhirnya..

Hari Sabtu yang lepas..
Aku dan Incik Hubby sempat menonton Cerekarama di TV3..
Oh ! Incik Hubby kurang sihat, maka kami bertarawikh di rumah saja..
Sambung balik..
Cerekarama bertajuk ~ Perempuan Neraka..
Mula-mula berebut jugak la aku dan Incik Hubby..
Dia nak tengok English Blockbuster ~ Black Dawn di TV2..
Aku tak nak tengok sebab hero tua - Steven Seagal berlakon..
Haha.. Memang menyampah.. Cerita yang sama je..
Dia lawan 100 orang pun dia mesti menang..
Nasib baik Incik Hubby mengalah..
Maka kami layan la Cerekarama..
Oke.. Cerita memang best..
Lakonan mantap Fizz Fairuz, Sherie Merlis, Ika Nabila dan pelakon yang lain..
Kisah tentang seorang isteri yang mengongkong hidup suaminya dan sentiasa ingin hidup dalam kesenangan yang melampau..
Dan disebabkan nafsunya yang tinggi itu sampai sanggup "mengguna-gunakan" suami sendiri..
Cukup dah sinopsis cerita ni..
Nak tengok habis, sila pergi gugel atau cari kat utube.. Haha..
Aku pasti, ini bukan sekadar cerita di tv..
Tapi ini kisah yang ada berlaku di dunia realiti..
Dan tak mustahil ianya berlaku disekeliling kita..
Yang nyata, aku juga pernah "dihidangkan" dengan kisah yang hampir sama oleh orang yang agak dekat dengan aku..
Entah la..
Mungkin mereka yang berkelakuan macam ni dah habis akalnya..
Hingga sanggup buat macam-macam hanya kerana nafsu..
Habis je cerita tu..
Aku dan Incik Hubby pun memberi pendapat masing-masing..
Soalan aku.. "Dayuskah suaminya?"
Incik Hubby jawab.. "Tak la kut, pasal dia pun tak sedar diri diperlakukan macam tu.. Kan isteri dia buat guna-guna kat dia tu."
Hmm.. Kalau tak buat guna-guna ?
Err.. Dayus la kut.. Atau suami tak ada upaya untuk menasihati isterinya..
"Entah la Be.. Manusia ni macam-macam perangai.. Ada yang nampak lembut je kat luar, tapi kat dalam macam konkrit.. Keras sangat.. Nasihat la apa pun, tak jalan jugak.. Ada tu nampak macam keras, tapi mudah lentur sebenarnya.. cakap sekali dah boleh faham.."
Dan perbincangan kami setakat itu saja..
Aku ke tingkat bawah untuk tidurkan Dhiya..
Imad dah lama pun lena..
Incik Hubby masih lagi di tingkat atas menonton siaran yang lain..
Sewaktu tidurkan Dhiya sambil menyusu..
Teringat balik hadis di akhir cerita tadi..
Tak ingat ditulis macam mana..
Tapi bila aku gugel, lebih kurang macam ni..

"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah membencimu. Sesungguhnya dia disisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Aku sematkan dalam hati..
InsyaAllah, aku cuba jadi seorang isteri yang sesempurna mungkin..
Biar la kami tiada kesenangan atau kemewahan..
Asalkan kami bahagia..
Dan yang pasti, Allah akan sentiasa bersama-sama kami..

Ini ada sedikit cerita di zaman Rasulullah saw..


Diriwayatkan bahawa Salman Al-Farsi berkata :

Pada satu hari datanglah Fatimah ke rumah Rasulullah s.a.w dengan wajah yang pucat dan air mata berlinang 

Maka Rasulullah s.a.w bertanya : " Mengapa anakku ???""
Fatimah menjawab : " Terjadilah semalam antara SAYA dan ALI ketika bergurau dan bercakap-cakap, tiba-tiba ada kata - kata yang terkeluar dari mulutku yang membuatkan DIA marah kata-kataku.....

Setelah aku mengetahui Ali marah kepadaku..aku menyesal dan sedih maka aku merayu dan aku mengelilingi sampai 72 putaran sampai kelihatan dia REDA padaku dan terkulum senyum di bibirnya dengan ramah ...
" Aku takut kepada Tuhanku "
Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya " Wahai anakku, demi yang telah mengutusku dengan hak sebagai Nabi , sesungguhnya andaikata engkau mati sebelum Ali reda kepadamu...maka aku tidak akan SOLAT  untukmu "

Kemudian Baginda bersabda lagi :

" Hai anakku, apakah engkau tidak mengerti bahawa kerelaan dan keredaan SUAMI adalah keredhaan Allah , dan marahnya suami juga marah Allah ...

" Wahai anakku, perempuan mana pun yang beribadat seperti ibadatnya "Maryam binti Imran " tetapi tidak diredhai oleh suaminya, tidak akan diterima ibadatnya oleh Allah s.w.t..."

" Hai anakku ! Sebaik-baik amal perbuatan wanita ialah mentaati suaminya dan sesudah itu tidak ada yang lebih afdal bagi wanita daripada duduk menenun dan menjahit "

" Hai anakku sejam duduk menjahit adalah lebih baik bagi wanita daripada beribadat setahun dan Allah akan mencatat bagi mereka pahala seorang syahid untuk setiap jenis pakaian ditenun dan dijahit "

" Hai anakku, orang yang menjahit pakaian untuk suaminya dan anak - anaknya akan masuk syurga dan diberi Allah s.w.t kota di syurga sebanyak bilangan tiap orang yang memakai pakaian daripada hasil kerjanya "

Semoga kita mendapat manfaat dari kisah ini.. InsyaAllah..






**Rasulullah saw bersabda : "Aku melihat isi Neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah perempuan." Kami bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah ?" Baginda berkata, "Mereka banyak bersumpah dan meremehkan suami yang miskin." Dari riwayat lain, "Aku melihat Syurga, ternyata sedikit sekali perempuan." Aku bertanya, "Dimanakah perempuan ?" Baginda berkata, "Mereka sibuk dengan arak, emas dan za'farah." Soalan untuk kita.. Apakah kita diantara golongan ahli neraka itu ? Muhasabah diri..**



-AkU-
Syurga Addin..
00:07 malam..

Read more…

Friday, July 20, 2012

~Harapan Ramadhan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah.. InsyaAllah..
Bertemu lagi kita dengan Ramadhan Al Mubarak..
Tak jauh lagi, hanya beberapa jam dari sekarang..

Sabda Rasulullah SAW :-

"Di bulan Ramadhan, umatku telah diberi lima hal yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya; bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada haruman misik, para Malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka, juga pada bulan itu syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi Syurga dan berkata, "Hamba-hamba-Ku yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit, "Serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan."

HARAPAN RAMADHAN..

Setiap tahun dengan harapan yang sama..
Agar dapat melalui Ramadhan dengan penuh kesempurnaan..
Ibadat yang berterusan dan diredhai oleh Allah swt..
Dan sama seperti hambaNYA yang lain..
Berharap untuk "bertemu" dengan Lailatul Qadar..

Dari Anas ra, dia berkata, "Telah bersabda Rasulullah SAW :

"Pada malam Lailatul Qadar, Jibril as dengan serombongan Malaikat turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingati Allah SWT."

Dari Umar ra, Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang hidupkan malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan sampai Subuh, dia lebih kusukai daripada beribadah tiap malam Ramadhan seluruhnya. "Fatimah lalu berkata, "Wahai ayahku, apa yang mesti dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tiada mampu beribadah malam ?" Baginda menjawab, "Hendaklah mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat saja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT. Itu lebih kusukai daripada ibadahnya umatku seluruhnya pada bulan Ramadhan."

Dari Aisyah rs, dia berkata, "Telah bersabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang menghimpunkan malam Lailatul Qadar, melakukan solat dua rakaat dan memohon ampun kepada Allah di situ, tentu Allah SWT mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah serta Jibril mengusap akan dia dengan sayapnya. Siapa yang diusapi Jibril dengan sayapnya pasti dia akan masuk Syurga."


Moga bersama-sama dapat kita menjalani ibadah puasa ini dengan keimanan dan keikhlasan serta dapat bertemukan dengan malam Lailatul Qadar..
InsyaAllah...



::Lagu ni adalah lagu wajib dipasang pada setiap kali Ramadhan masa masih lagi bekerja di company "Anak la Ayam" dulu.. hehe..::

*Nabi SAW bersabda : "Siapa berpuasa pada bulan Ramdhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian."*

**Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada sesiapa saja Pembaca Syurga Addin yang dihormati.. Pastinya sepanjang saya mencurah rasa di dalam ruang Syurga Addin ini terdapat khilaf yang tak saya sedari.. Kiranya ada kata-kata yang menyinggung sesiapa, saya mohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung jari.. Lumrah manusia, tak pernah lepas dari berbuat salah dan dosa.. Kemaafan anda adalah keindahan bagi saya.. Terima kasih kerana sudi singgah di Ruang Bicara saya.. Moga Allah SWT merahmati dan meredhai kehidupan kita.. InsyaAllah, Aameen..**


-AkU-
Syurga Addin..
06:27 Subuh..

Read more…

Thursday, July 19, 2012

~Kisah di HKL..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni lama la pulak appointment Imad kat HKL..
Appointment pukul 9.30 pagi.. Sampai kat HKL pukul 10 pagi.. Lewat sikit.. hehe..
Tunggu kat luar bilik CP Clinic tu lebih dari satu jam..

*Sempat lagi berposing sementara menunggu giliran..

*Dah takde ruang, atas meja pun Dhiya boleh belajar merangkak..

Masuk jumpa doktor setengah jam..
Doktor cakap splint Imad dah tak muat untuk kaki Imad..
Ye la, splint tu dah satu tahun setengah, memang la kaki Imad dah panjang..
So, doktor suruh buat yang baru..
Ambik surat rujukan, pergi pulak kat Jabatan Rehab..
Sampai kat sana, doktor pulak nak jumpa Imad..
Kena tunggu pulak..
Ingatkan sekejap, tapi sampai ke pukul 12.30 tengah hari..
Lepas jumpa doktor, dapat surat rujukan lagi..
Kena pergi ke Jabatan Rehab kat Cheras..
Aduiiii... Jauh la pulak.. Appointment pukul 9 pagi pulak tu..
Memang tak sampai la kan.. Haha..
Mana nak hadap jam lagi..
Nak bangunkan anak-anak awal lagi..
Takpe, semua tu boleh adjust punya..
Oh.. Aku bukan nak cerita pasal tu..
Actually, ada satu kisah nak share dengan pembaca Syurga Addin..
Masa tengah tunggu doktor kat CP Clinic tadi..
Aku biarkan Imad jalan-jalan kat sekitar situ..
Lalu la depan seorang mak dan anak perempuannya..
Umur anak dia lebih kurang dalam bawah lapan tahun..
Mula-mula Imad macam nak terjah budak tu..
Laju je dia pergi jalan kat budak tu..
Bila aku nampak je tangan budak tu dah ada tiub air dan jarum yang kena cucuk untuk masuk ubat tu..
Terus aku tangkap Imad dan bawak pergi tempat lain..
Tapi masih berdekatan dengan ibu dan anak tadi..
Aku dengar ibu budak tu tengah pujuk anak dia yang tengah menangis..
"Kakak jangan la nangis.. Kita pergi kedai ya ? Ke kakak nak balik wad ?"
Agaknya geram anak dia tak bagi respon tapi asyik menangis je..
Ibu dia pun marah budak tu kat tengah orang ramai tu..
Dia cakap lebih kurang macam ni..
"Sudah la ! Tak nak sudah ! Mama cakap elok-elok, asyik menangis je ! Tau la sakit ! Jawab la mama tanya tu ! Mama tangan karang !"
Aduhhhhhh ! Anak tu dah la tengah sakit..
Lagi nak ditangankan..
Kuat pulak tu dia jerit..
Lepas tu dia terus blah tinggalkan anak dia meraung..
Suami dia macam orang tak ada perasaan je..
Kut ye pun pujuk la anak tu..
Mungkin la budak tu tak larat nak jalan ke, dukung la sekejap..
Itu pun nak kena ajar..
Diorang dah jalan lebih kurang beberapa meter, ibu dia patah balik..
Cuba lagi nak pujuk anak tu, tapi anak dia tetap menangis..
Apa lagi, mengamuk balik la ibu dia tu..
Haha ! Macam drama swasta pulak duk meroyan kat tengah jalan..
Apa punya ibu la macam ni..
Macam tak ada perasaan je..
Sabar la, anak tu tengah sakit kan..
Agaknya lepas terperasan orang semua pandang kat dia..
Dia terus tarik anak tu pergi dari situ..
Dah malu la tu ! Cehhh !
Aku pun bawak Imad pergi kat Incik Hubby..
Kitorang pun mengulas tentang kejadian tadi..
Incik Hubby cakap..
"Hmm, tengok ! Abang ni ayah terbaik tau !"
Heh ! Masuk lif tekan sendiri !
Suka hati la..
Lepas tu aku terus lagi melayan Imad jalan-jalan sambil menunggu giliran..

**Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, Allah kurniakan pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukur tidur pada malam harinya, menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah beri 12 tahun pahala ibadah..**


-AkU-
Syurga Addin..
03:07 pagi..

Read more…

Wednesday, July 18, 2012

~Imad ke HKL lagi...~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pukul 9.30 kejap lagi Imad ada appointment dengan Doktor Pakar CP Clinic kat HKL..
Biasanya appointment ni ambik masa 1 ke 2 jam..
Itu campur waktu menunggu dan waktu Imad diinterview oleh sekumpulan Doktor..
Tapi kan.. Seriously, doktor-doktor kat sini sangat friendly..
Imad dah macam selebriti bila setiap kali ada appointment..
Betul la dah tugas diorang macam tu..
Tapi peramah diorang tu sangat natural..
Bukan dibuat-buat..
Separuh orang, kita boleh kesan kalau dia berlakon atau berpura-pura..
Lagipun bukan Imad sorang patient yang diorang ada..
Tapi diorang boleh ingat macam-macam pasal Imad..
Setiap kali jumpa Imad diorang akan cakap..
Wahhh ! Ini handsome boy dah datang..
Dan Imad pun sangat friendly dengan doktor-doktor tu..
In other words, these doctors are really superb !!

Hari ni doktor nak tau tentang perkembangan ubat baru yang diorang bagi Imad masa appointment yang lepas..
So far, Imad dah makan 4 jenis ubat..
Epilim, Carbamazepine, Topiramate dan Levetiracetam..
Yang masih bertahan sampai sekarang adalah Carbamazepine (Tegretol)..
Ini yang Imad kena makan dua kali sehari untuk setiap hari..
Dan ubat yang lain ada la Diazepam..
Ini digunakan bila Imad diserang sawan je..
Ubat baru Imad ni pulak Levetiracetam..
Setiap 2 minggu kena naik dos..
Cuma waktu minggu ke 7 waktu naik dos 2 ml tu tiba-tiba badan Imad naik ruam depan dan belakang..
Mula-mula  ingat nak stop dulu..
Tapi teruskan jugak.. Lepas 2 hari, Alhamdulillah, ruam tu dan semakin surut..
Sawan Imad pun dan agak berkurangan..
Last appointment Imad pada 23 May 2012..
Imad dapat sawan sekali pada 25 Jun 2012 dan sekali lagi pada 14 July 2012..
Maksudnya hanya sekali sebulan..
InsyaAllah, harap-harap semakin pulih..

Imad sekarang aku ajar buang air kat bilik air..
Setiap satu jam aku akan bawa Imad pergi bilik air..
Dan Imad macam faham je..
Boleh kata satu hari hanya 2 keping Imad guna pampers kalau Imad tak buang air besar..
InsyaAllah akan semakin baik dari sehari ke sehari..
Dan aku akan berusaha untuk membantu Imad selagi terdaya..

Oke la.. Sekarang dah pukul 8.30 pagi..
Pukul 9 pagi nanti Incik Hubby akan datang untuk bawak kami ke HKL..
Nak kena mandikan Imad dan Dhiya lagi..



**Menjadi ibu kepada Muhammad Imad Addin tidak la membuat diri merasa susah dan lelah.. Ini merupakan satu keistimewaan kepada aku yang hanya ada pada ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa.. Hanya kami yang lebih memahami anak-anak ini..**

-AkU-
Syurga Addin..
07:47 pagi..

Read more…

Monday, July 16, 2012

~Puasa dan Sahur..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hanya dalam beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak..
Maka mari la kita mempersiapkan diri untuk menyambut bulan yang istimewa ini..
Artikel ini dipinjam dari drmaza.com ..
Semoga kita sama-sama mendapat ilmu daripadanya.. InsyaAllah..

Sahur Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya..


1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.
3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.
4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:
“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).
Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.
5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:
“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.
6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).
Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.
7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.
8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.
9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.

**Bangun la walaupun sekejap untuk  bersahur.. Tak ada pun yang rugi.. Kalau kita boleh kunci jam untuk tengok bola semata-mata ataupun untuk aktiviti yang lain.. Maka tak ada bezanya dengan bangun bersahur, malah lebih bagus lagi kerana mengikut sunnah.. Lagipun boleh terus solat Subuh di awal waktu..**
-AkU-
Syurga Addin..
06:57 pagi..

Read more…

Thursday, July 12, 2012

~Tentang Hati..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Mengapa Muslim Biarkan Hati Mati?? 

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan adalah nikmat paling agung yang diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.


Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: 

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah) 


Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14) 


Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: 

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74) 


Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak. 


Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut: 


Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)


Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). 


Firman Allah bermaksud: 

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28) 


Firman-Nya lagi bermaksud: 

"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89) 


Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

- Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
- Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
- Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
- Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
- Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. 

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :

- Hubbul dunia (kasihkan dunia)
- Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
- Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah. 

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :

- Zuhud dengan dunia
- Zikrullah
- Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah


Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. 






**Terima kasih kepada bintangbiru165..**


-AkU-
Syurga Addin..
04:27 pagi..

Read more…

~Ini Ruang Untuk Aku Bersuara !~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ruangan Syurga Addin ini..
Telah aku ciptakan semata-mata untuk aku bersuara..
Segala cerita yang aku ukirkan di dalam ini..
Ada la suara hati aku..
Makanya, terpulang kepada aku apakah bentuk cerita yang ingin aku sampaikan..
Aku tak pernah berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak..
Untuk sesiapa yang rasa tersinggung, sakit hati, terasa hati, marah atau sebagainya..
Bukan salah aku kalian rasa begitu..
Aku juga punya hak untuk bersuara..
TOLONG JANGAN NAFIKAN HAK AKU ITU..
Apakah segala-galanya tentang aku harus dikawal ???
Percakapan aku..
Penulisan aku..
Pergerakan aku..
Kebebasan aku..
Kehidupan aku..
Ahhhhh !! Manusia apakah kalian ini ??
Aku harus mengawal segala-galanya..
Tapi kalian lepas bebas berbuat sesuka hati kalian..
Aku boleh diumpat..
Aku boleh dikeji..
Aku boleh dihina..
Aku boleh dipukul..
Aku boleh diabaikan..
Aku boleh disakiti..
Semata-mata untuk puaskan hati kalian..
Hinggakan hampir setiap musibah kalian tudingkan jari pada aku..
Mengapa tidak ditelek pada diri sendiri ??
Apakah kalian sudah cukup sempurna sebagai seorang manusia ??
Apakah aku tak boleh menulis untuk kepuasan hati aku sendiri ??
Aku juga manusia..
Punya hati dan perasaan..
Saban waktu perasaan dan kehidupan aku diabaikan..
Aku sudah puas bersabar..
Tempoh masa yang aku ambil bukan sekejap..
Segala-galanya aku lakukan demi merebut sebuah ikatan silaturrahim..
Namun rupa-rupanya itu semua belum mencukupi untuk kalian..
Dan sekarang aku sudah lelah untuk berharap..
Aku perlu jaga hati dan diriku sendiri..
Setelah terlalu lama menjaga hati kalian..
Hinggakan mengabaikan perasaan sendiri..
CUKUP !!
Hidup la kalian dengan cara kalian..
Biarkan aku dengan cara aku..



**Bersihkan la hati tu dari sebarang perasaan dengki, buruk sangka, sakit hati, iri hati dan segala perasaan negatif.. Kehidupan yang bahagia datangnya dari hati yang bersih.. Rawat la hati yang hampir mati itu.. Jangan biarkan penyakit hati itu berterusan merosakkan fungsi hati itu sepenuhnya.. Bertudung, berjubah, berserban atau berkopiah tidak menandakan kalian akan masuk syurga dulu dari aku.. Bukan pakaian yang membezakan kita disisi Allah.. Tapi iman dan taqwa yang Allah teliti..**

p/s : Tak perlu baca ruangan aku ini hanya sekadar untuk mengetahui tentang kehidupan aku dan kemudian bersangka buruk.. Itu sangat la tidak bagus !!

-AkU-
Syurga Addin..
04:00 pagi..

Read more…

~Novel -7~



      “Assalamu’alaikum. Tak balik lagi ke?” Itulah sapaan pertamanya.
     “Awak ni buta ye? Tak nampak orang baru keluar dari kelas?” Memang itu yang ingin diluahkan tapi yang terkeluar hanyalah...
      “A..ah, ada kerja sikit. Awak tak balik lagi ke?” Senyum masih melekat dibibirnya.
    “Mmm.. Kalau tak keberatan, boleh kita balik sama?” Pertanyaan itu menghapuskan senyum diwajah Seri. Namun Seri cepat tersedar, lalu dibalasnya..
     “Eh.. Bukan ke rumah awak ikut jalan lain? Takkan nak ikut saya balik kut?” Seri memandang tepat ke muka Putra.
     “Taklah sampai macam tu, saya hantar awak sampai bus stop saja. Lepas tu saya baliklah. Boleh tak?” Putra masih tidak putus asa.
     “Mmm.. suka hati awaklah. Kalau tak menyusahkan awak,” Seri dah kehabisan idea. Kata tak nak pun, kalau dah degil tak boleh nak buat apa. Mereka berjalan beriringan menyusur padang sekolah. Sesekali mata Seri meliar kesekeliling arah, bimbang ada mata-mata yang tak diundang menjadi pemerhati.
     “Seri, kalau saya tanya awak sesuatu awak nak jawab tak?” Putra mengaju pertanyaan sewaktu mereka melepasi pintu pagar sekolah.
     “Tanyalah. Kalau saya boleh jawab, saya jawab,” Seri membetulkan kedudukan tudung kepalanya.
     “Awak tak kisah ke kawan dengan saya?” Soalan itu mengejutkan Seri. Seolah-olah Putra tahu apa yang terpendam dihati Seri.
    “Kenapa awak tanya saya macam tu?” Seri memandang ke arah Putra. Tapi sebentar cuma, bila bertentang mata, cepat saja Seri larikan anak matanya ke arah yang lain.
      “Tak ada apa-apa, cuma.. saya ada dengar orang kata awak tak senang dengan saya,” Dapat dilihat ada ketegangan diwajah Putra.
    “Siapa yang cakap?” Soal Seri cemas. Bimbang perbualan dengan Ina tempoh hari pecah ke pendengaran Putra.
     “Tak tahulah siapa yang mulakan cerita ini dulu tapi.. saya dapat tahu pun dari orang perantaraan,” Putra masih lagi serius.
     “Mmm.. tak adalah, saya tak pernah pun cakap macam tu,” Seri masih cuba membela diri.
     “Entahlah, mungkin ada orang yang cemburu saya berkawan dengan awak,” perlahan suara Putra mencipta alasan.
     “Dahlah, awak lupakan saja perkara tu. Bukan saya yang cakap, orang lain yang cakap. Yang penting dalam sesebuah ikatan persahabatan adalah kepercayaan dalam diri masing-masing, disertai niat yang jujur dan ikhlas,” panjang lebar ulasan Seri. Dapat dillihat senyuman terbit diwajah Putra.
     Mereka berjalan beriringan melintas dihadapan medan makan. Banyak juga mata yang memandang namun tak diketahui apa tujuannya. Saat yang ditunggu Seri tiba juga. Seri perlu memanjat jejantas untuk ke bus stop seberang jalan, dan disitu mereka perlu berpisah. Takkanlah Putra nak tunggu sampai Seri naik bas. Manalah tahu si Putra ni buat perangai gila dia.
     “So... thanks and sorry sebab menyusahkan awak,” Seri memandang ketengah jalan raya. Tak berani bertentang mata.
     “Hey! Kenapa nak minta maaf pula? Saya yang nak hantar awak. Kalau saya rasa susah, takde kerja saya nak hantar awak!” Wajahnya masam kembali.
     “Okaylah, lain kali saya tak cakap lagi. Janganlah marah,” Seri cuba memujuk.
     “Saya tak marah, Cuma saya tak nak awak cakap macam tu lagi,” suaranya perlahan.
     “Okay, saya janji,” Seri tersenyum seperti biasa.
     “Takpelah, awak pergilah balik. Hati-hati tau, jumpa lagi esok,” dia juga sudah mula tersenyum.
     Seri melangkah meninggalkan Putra tanpa berpaling. Dalam hatinya berdoa, semoga cepatlah basnya datang. Seri dapat rasa badannya terlalu letih. Nasib berpihak kepadanya, sewaktu kakinya menjejak lantai bus stop itu, bas ke rumahnya pun tiba.



**Betul ke kalau kita bermimpikan seseorang bermakna orang itu sedang merindui kita ? Atau orang yang kita mimpikan itu ditimpa musibah ? Hmm.. mimpi sekadar mainan tidur..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:57 pagi..

Read more…

~Kerjaya sebagai surirumah..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Menjadi surirumah sepenuh masa sebenarnya..
Memang penat dan letih..
Siapa kata kerja surirumah ni senang ?
Nampak je macam senang..
Tapi kalau diteliti tanggungjawab surirumah ni..
Memang penat..
Nak lagi surirumah macam aku ni..
Waktu tidur je aku boleh berehat..
Itu pun tak la berehat sepenuhnya..
Sebab sesekali kena menyusukan Dhiya..

Kerja-kerja aku..

Ini cerita lepas Subuh la..

Celik je mata..
Perkara pertama yang aku akan buat ada la kemaskan tempat tidur aku..
Separuh katil je, sebab biasanya aku bangun dulu dari Dhiya..
Lepas tu buka semua pintu dan tingkap..
Turun ke dapur untuk masak bubur Imad..
Sekejap-sekejap kena naik ke bilik untuk jenguk Dhiya dan Imad..
Sapu ruang tamu dan dapur..
Pergi buang sampah kalau dah penuh..
Siram pokok bunga kat luar rumah..
Sapu daun-daun kering yang ada kat halaman rumah..
Sekejap-sekejap kena naik ke bilik untuk jenguk Dhiya dan Imad..
Pastikan bubur Imad tak hangit..
Kalau Dhiya dah bangun..
Kemas tempat tidur Dhiya..
Bawa Dhiya turun ke bawah untuk mandi..
Biasanya memang Dhiya bangun dulu dari Imad..
Pastikan bubur Imad dah masak baru mandikan Dhiya..
Bagi Dhiya menyusu dulu lepas mandi..
Biar Dhiya tengok kartun Barney and Friends..
Letak baju dalam mesin basuh..
Kalau baju jalan aku basuh tangan, tapi rendam dulu..
Baju Dhiya memang aku basuh tangan dan guna sabun mandi..
Kalau Imad dah bangun..
Mandikan Imad, then biar Imad tengok tv..
Siapkan makanan untuk aku..
Kalau Incik Hubby ada memang kena masak awal..
Biasanya aku akan mandi pukul 1..
Alamak ! Kantoi mandi lambat ! Hahaha..
Suka hati la kan.. Bukan nak pergi mana pun..
Solat Zuhur, then siapkan makanan Imad..
Suap Imad makan sambil tengok tv dengan Dhiya..
Lepas tu akan berusaha untuk tidurkan Dhiya..
Pergi sidai baju yang basuh tadi..
Lipat baju yang sidai semalam atau dua hari lepas..
Tapi aku jarang basuh baju..
Pasal tak banyak nak kena basuh..
Kumpul dulu, baru basuh..
Jimat elektrik dan air.. Hehe..
Kalau tak puasa atau Incik Hubby ada..
Aku pun makan la tengah hari..
Kalau Dhiya masih tidur, boleh la check internet..
Sesekali kena jenguk Imad kat bilik atas..
Takut pampers Imad dah penuh..
Kalau Dhiya dah bangun..
Kena layan la pulak.. Kalau tak, merengek la Dhiya ni..
Sampai waktu Asar, solat kejap..
Mandikan Imad, lepas tu bagi Imad minum susu..
Mandikan Dhiya pulak, dan bagi Dhiya menyusu lepas mandi..
Biasanya Dhiya akan menyusu dalam setengah jam..
Kalau tak, mesti mengamuk..
Siram pokok bunga dan segala jenis pokok yang ada kat halaman tu..
Sapu lagi daun kering yang menyibuk kat depan rumah ni..
Siap-siap untuk juadah berbuka (kalau puasa) atau pun makan malam..
Masuk waktu Maghrib..
Solat dulu.. Selak sikit kitab atau mengaji satu dua muka surat..
Siap untuk makan malam..
Lepas habis makan, kemas bahagian dapur pulak..
Then siapkan makanan Imad..
Suap Imad makan sambil tengok tv dengan Dhiya..
Biasanya Imad ambik masa dua puluh minit hingga ke setengah jam untuk habiskan satu mangkuk bubur..
Itu pun kalau Imad makan secara tertib la..
Kalau dia sibuk duk kemam makanan tu, lagi lama la nampaknya..
Settle makan malam Imad, bagi ubat dan susu..
Biar Imad tengok tv hingga tertidur..
Aku kena menyusukan Dhiya dan tidurkan Dhiya pulak..
Kalau Incik Hubby ada, jarang Dhiya tidur awal..
Kalau Incik Hubby ada, dia akan tolong tidurkan Imad..
Tapi selalunya aku yang dapat tidurkan Imad dengan jayanya..
Sebab Incik Hubby mudah putus asa.. Cess !!
Kalau Incik Hubby tak ada..
Aku boleh tidur awal, itu pun kalau Dhiya tak meragam duk bangun bila jam dah tunjuk ke angka sepuluh..
Kalau Dhiya dah bangun waktu tu..
Memang tak boleh tidur awal la..
Kalau Incik Hubby ada..
Biasanya aku tak boleh tidur awal..
Sebab Incik Hubby akan lapar waktu tengah malam..
Maka, selaku isteri solehah (kahkahkah !!)..
Aku akan menyediakan apa yang termampu untuk Incik Hubby..
Lepas makan lewat malam tu..
Baru la aku boleh rehatkan diri..
Dapat la tidur sementara menanti Dhiya bangun untuk menyusu lagi dan lagi dan lagi..
Dan bangun keesokannya begitu la rutin aku seharian..
Kadang-kadang ada jugak tugas tambahan..
Bila ada orang datang rumah..
Atau bila Imad buka pampers dan kencing merata..
Takpun bila Imad atau Dhiya ada appointment hospital atau kliniik..
Semua rutin dah lari..
Kena set waktu yang baru pulak..
Macam-macam lagi tugas tambahan ni..
Tapi yang kat atas ni apa yang aku selalu buat..

Betul..
Bila baca memang nampak macam senang..
Tapi percaya la..
Memang agak penat..
Tapi ini pengorbanan aku selaku seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak..
Dan jarang sangat aku mengeluh bila Incik Hubby tak tolong aku uruskan rumahtangga..
Cuma kalau tak larat sangat, baru aku minta tolong..
But so far, memang Incik Hubby duduk goyang kaki je bila balik rumah aku..
Semuanya aku boleh control dengan jayanya..
Wahhhh !! ada nada riak kat situ.. Hahahahha !!
Takde la.. Tapi betul..
InsyaAllah, aku cuba jalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin..
Waktu-waktu pagi macam ni baru la aku boleh berblogging atau berFesbuk..
Cukup la satu entry pagi ni..
Nanti aku sambung lagi..

*Wahhh !! Tengok ! Tengok ! Ustaz hensem ni cakap apa ??! Haha..

**Ada orang mengata aku kerana tiada kerjaya sendiri.. Hanya mampu duduk di rumah dan mengharapkan sumber kewangan dari suami.. Hmm.. Suka hati la nak cakap apa pun.. Aku lebih rela orang mengata aku dari membiarkan anak-anak aku terutamanya Imad yang istimewa itu dijaga oleh orang yang tak tentu perangainya.. Orang-orang ini hanya tahu berkata-kata kerana mereka tak duduk di tempat aku.. Biar la.. Cakap la selagi masih boleh.. Dan aku halalkan segala umpat keji mereka pada aku.. Moga Allah akan beri mereka-mereka ini kesedaran suatu hari nanti.. InsyaAllah.. Aameenn..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

Read more…

Wednesday, July 11, 2012

~Hujung minggu yang lalu..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini cerita dua minggu lepas sebenarnya..
Tapi sebab aku malas nak upload video ni masuk dalam laptop..
Maka entry ni pun lambat la keluar..
Ceritanya begini..
Hari Jumaat yang lepas-lepas..
Kami satu family pergi ke rumah adik ipar aku di Kajang Country Heights..
Saja melawat Ummi dan Abah mertua aku kat sana..
Meriah la kat rumah ni..
Pasal ramai kat sini..
Selain Imad dapat kawan, tak ketinggalan aku jugak ada teman berbual..
Kalau duduk rumah, memang berbual kut internet je la..
Dan kebiasaan kalau datang sini..
Memang Incik Hubby akan layan anak-anak saudara ni mandi kolam renang..
Termasuk la Imad sekali..
Imad memang suka sangat mandi kolam..
Selalunya Imad akan duduk dalam pelampung atau Incik Hubby pegang Imad bawak keliling kolam..
Tapi kali ni Incik Hubby cakap nak ajar Imad berenang..
Aku sempat rakam macam mana Imad diajar berenang..
Hehe.. Mari kita saksikan.. !!

*Kalau tengok memang nampak macam kejam, tapi Imad macam seronok je.. Haha.. Buat beberapa kali pun Imad tak nangis..

Lepas tu Incik Hubby cuba buat kat Dhiya pulak..
Nak ajar Dhiya pandai berenang dari kecik lagi..
Tapi tak buat banyak kali kat Dhiya, pasal Dhiya meraung..
Tapi kejap je pun menangis tu..
Lepas tu dah oke..
Ni video Dhiya..

*Kesian Dhiya dipaksa macam tu.. Hehe..

Tak apa la ajar anak masa kecik ni..
Anak orang putih tu masa kecik ni la diorang ajar berenang bagai..
Dah besar tak payah terhegeh-hegeh nak belajar berenang..
Aku tak boleh la join pasal ada adik ipar lelaki kat rumah tu..
Kalau tak, aku pun terjun sekali.. Hehe..
Dekat pukul 7 tu Imad masih berendam lagi..
Walaupun sejuk, tapi Imad masih nak duduk dalam kolam..
Lepas kitorang main-main kat kolam renang tu..
Kami pun beramai-ramai ke kebun kat tepi rumah tu..
Bukan besar pun kebunnya, tapi boleh la..
Incik Hubby nak ambik ubi kayu..
Tengah duk sibuk menggali-gali tu..
Nampak la kat seberang rumah tu Yusry KRU dan Lisa Surihani baru keluar dari rumah diorang..
Nak ke mana maghrib-maghrib macam ni ??
Hmm.. Bersangka baik la ye.. Hehe..
Hasil kat kebun tu..
Dapat la ubi kayu dalam 6 batang dan berbelas biji buah kedondong..
Tapi hari ni dah habis pun aku buat macam-macam kuih..
Lain kali boleh pergi dan ambik lagi.. Heeee..

**Benar, harta itu mungkin penting didunia ini.. Kerana harta kita akan dipandang mulia oleh orang lain.. Namun ada juga kerana harta silaturrahim itu seakan satu benang halus yang bila-bila masa saja boleh putus dan terurai.. Kerana harta manusia dipuja, dan kerana harta manusia dihina.. Bukan harta ukuran Allah swt.. Namun iman dan taqwa penentu redha Allah swt..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:27 pagi..

Read more…

Monday, July 9, 2012

~Rumah terbakar panggil bomba !!~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum...

Alkisahnya..
Semalam waktu aku, Incik Hubby dan anak-anak tengah melepakkan diri kat bilik menonton..
Masa tu lebih kurang dalam pukul 11.30 malam..
Waktu malam-malam macam ni memang selalu Incik Hubby kelaparan..
Maka, selaku seorang isteri solehah (ayat tak boleh blah ! haha..)
Aku pun turun la ke dapur untuk masak apa yang patut..
Waktu kat dapur tu, aku ada dengar macam suara orang menjerit..
Lepas tu dengar pulak bunyi motor lalu lalang..
Aku duk fikir mungkin ada orang kena ragut kut..
Tapi tak berani la nak intai..
Lepas tu senyap je..
Ingatkan bila naik kat bilik tv tu nak bagitau Incik Hubby la..
Tapi terlupa la pulak ! Sampai la Incik Hubby nak pergi toilet..
Dari luar bilik aku dengar Incik Hubby tanya..
"Be, ada masak apa-apa ke kat bawah ?"
"Eh ! Takde la.. Dah tutup semua api tadi," jawab aku tanpa menyangka apa-apa pun kejadian..
Incik Hubby yang tak puas hati terus turun ke dapur..
Kejap tu aku dengar ada bunyi orang bercakap-cakap kat tepi rumah..
Aku intai kat tingkap..
Diorang duk fokus kat belakang rumah kitorang..
Aku pun pergi la ke bilik belakang, nak tau apa terjadi..
Rupa-rupanya rumah belakang dah terbakar..
Aku tukar baju, pakai tudung then terus keluar..
Aku duduk kat belakang rumah, nampak asap tebal keluar dari rumah tu..
Actually, rumah tu pun ada anak istimewa.. Setiap hari dengar suara budak tu..
Tapi tak tau la macam mana istimewanya dia..
Aku keluar tak lama, pasal risau anak-anak dalam rumah..
Masuk dalam rumah aku pun pergi balik kat bilik belakang..
Cuba rakam kejadian tu dalam gelap..
Nampak la juga asap yang tebal tu..
Tak lama lepas tu Incik Hubby pun balik..
Aku tanya apa sebab rumah tu terbakar..
Dia kata anak istimewa orang tu pergi bakar tilam dalam bilik dia..
Nasib baik ada yang sedar, kalau tak, memang dah tak selamat la..
Balai bomba pun memang dekat sangat..
Ada dua kereta bomba semalam..
Kesian jiran aku tu.. Nasib baik tak ada kemalangan jiwa..
Ye la, benda dah nak jadi.. Tak boleh cakap apa la..
Cuma lain kali kena berhati-hati dengan anak-anak kita..

*Nampak tak asap yang keluar tu ? Bilik tu je yang terbakar kut..

**Teringat pulak, kakak-kakak aku pernah pergi bakar tilam kat dalam bilik sampai terbakar rumah kami.. Nasib baik aku tak turut serta time tu.. Haha.. Oh ! Aku belum ada lagi.. Hehe..**

-AkU-
Syurga Addin..
14:07 petang..

Read more…

Wednesday, July 4, 2012

~Dhiya nak dapat Adik ???~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

*Budak comot ni suka betul bila nak ambik gambar dia..

Baca tajuk tu ???????
Suspen.. suspen..
Alkisahnya..
Lepas je bersalin Dhiya..
Aku "bercuti" selama hampir dua bulan..
Masuk bulan April..
Kitaran "bulan terang" aku terganggu..
Dapat hanya sekitar 3 hari je..
Masuk bulan May pulak..
Lebih terganggu..
Jadi bulan sabit la pulak, sebab dapat satu hari saja..
Menjengah ke Bulan June dah jadi gerhana bulan, langsung tak ada..
Maka dengan nervousnya..
Aku pun berbincang la dengan Incik Hubby..
Macam-macam andaian yang kami buat..
Dan aku sepakat dengan Incik Hubby..
Kesian kalau Dhiya nak dapat adik time ni..
Tak puas lagi nak bermanja..
Lagipun aktiviti menyusu Dhiya akan terhenti serta merta..
Tapi kalau dah rezeki, kami tak menolak..
Maka, aku pun cuba la buat Pregnancy test..
Belinya waktu malam..
Maka terpaksa tunggu lepas Subuh untuk test..
Lepas je buat test tu aku tak tunggu untuk result..
Biar lama sikit..
Aku test dalam pukul 6 pagi..
Aku tengok resultnya dalam pukul 10 pagi..
Urmm.. Alhamdulillah..
Segala yang Allah beri itu ada hikmahnya..
Dan kita sebagai hambaNYA wajib menerima segalanya dengan hati terbuka..
Kita merancang, dan Allah jua merancang..
Dan sesungguhnya perancangan Allah ada la yang terbaik..
Semalam kakak aku Doktor Kuantan tu call..
Aku pun mintak la pendapat dia..
Nak tanya doktor lain, aku malas nak ke klinik..
Makanya, baik tanya ahli keluarga sendiri je..
Dia cakap itu mungkin gangguan hormon..
Sebab penyusuan ekslusif..
Segala nasihatnya aku terima dan ambik pakai..
Iye la, dia lebih arif dari aku..
Terima kasih kakak doktor.. !! Hehe..
Err.. Betul ke Dhiya nak dapat adik ???
Urmm.. Entah !!! Kahkahkah !!!
Maleh la aku nak jawab..

*Haha.. Bear lagi besar dari Dhiya !!

**Aku planning untuk mengandung dan bersalin hingga umur cecah 40 tahun.. Tak kira dapat berapa anak pun, tapi bila cecah usia 40, aku nak stop.. Nak tumpu pada pembesaran anak dan kesihatan sendiri.. Ini hanya rancangan kalau Allah beri aku usia yang panjang.. Kalau tak.. Err.. Tak bleh cakap apa la..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

Read more…